MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Wednesday, September 7, 2011

Title 'Pelajar Sekolah Agama'..?



-gambar hiasan-


"Budak sekolah agama dah macam bukan budak sekolah agama!", luahan seorang adik kepadaku.

Terasa juga genjatannya, namun riak wajahku seolah tenang, kerana ini bukan pertama kali statement yang masuk ke gegendang telingaku.

"Kenapa kamu cakap macam tu?", tanyaku, mencari asbab (sebab-sebab) dan kepastian menurut pandangannya.

"Ye lah kak.. Sebab aku pun pernah sekolah agama jugak dulu waktu Form 1 sampai Form 2, pastu tak tahan, aku keluar. Rules dia macam-macam, kena kancing lengan baju la, pakai stokin la, tudung labuh paras siku la, kasut B.U.M. yang aku baru beli dulu pun, pengawas tak bagi pakai. Dah la beli mahal-mahal. Memang tak tahan r..", ada nada ketidakpuashatian melalui suaranya. 

Aku terus mendengar.

-gambar hiasan-

"Dah tu, diorang-diorang yang tudung labuh sampai bawah punggung, jalan tunduk penuh wara', nak dengar diorang ketawa pun payah, tup-tup, aku jumpa dia kat shopping complex baru ni, pakaian bukan main ketat, sendat, tudung pun kalah aku, macam pakai scarf je!", luahnya dalam satu nafas. 

"Gambar-gambar kat facebook tak yah cakap r kan.. Lagi meluat aku tengok. Bergambar dengan balak, peluk-peluk, macam nak cium dah ha! Dulu bukan main lagi, "Sahabat-sahabat, kita orang-orang yang punyai agama dan iman dalam diri perlu istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah. Jauhi perkara-perkara maksiat, dan jangan sesekali ber'couple' kerana ia potensi besar untuk kita terjerumus ke kancah zina..". Hooo..sori la beb..cakap tak serupa bikin betul.", sempat dia melakonkan watak orang yang dia maksudkan.

Aku mengetip bibir, tanganku memangku dagu. Masih menghayati bait-bait kekesalan dalam setiap kata-katanya, sambil memikirkan apa jawapan yang perlu aku berikan. 

"Susah dah nak jumpa kawan-kawan aku dulu yang betul-betul konsisten sekarang. Lepas keluar sekolah tu, aku ada jugak follow-up cerita member-member kat sana. Kata kawan-kawan aku, kebanyakan yang berlagak alim waktu sekolah dulu, semua tak menjadi. Aku ni walaupun takde la alim sangat, tapi at least aku tahu jugak apa yang patut dan apa yang tak patut.", nadanya sedikit menurun. 

Diam seketika. Mungkin tiba masanya dia memberi ruang padaku untuk bersuara. 

"Erm.. Agak-agak la kan, kalau kamu berada di tempat dia, dan dia berada di tempat kamu, apa yang kamu mahukan dari dia untuk kebaikan kamu?", sengaja saya lontarkan soalan ini, walaupun saya tak pasti soalan jenis apa ni..

Dia diam seribu bahasa, mencari jawapan barangkali. 

"Tegur aku.", jawabnya ringkas.

Kepalanya tunduk ke bawah. Dia sudah cuba mula memahami maksudku.

"Lagi?", soalku lagi.

"Erm.. selalu ingatkan aku, bimbing aku, doakan aku.."

"Tapi kak, aku ni bukannya baik pun nak bimbing-bimbing orang ni..", sambungnya lagi.

"Akak pun bukan baik orangnya. Erm.. Awak pernah tegur perbuatan dia yang awak tak suka tu?", tanya saya.

"Aku ada jugak tegur-tegur dia camtu, tapi by PM kat FB. Tapi hampeh, dia tak balas pun."

"Pernah jumpa dia?"

"Reunion raya tahun lepas."

"Emm.. Dik, iman manusia bukan seperti malaikat yang sentiasa 'maintain', iman kita bukan seperti Nabi dan Rasul yang sentiasa meningkat, iman kita sebagai manusia, ada naik, ada turunnya. Mungkin di kala ini, iman akak sedang menurun, mungkin juga ketika ini, iman kamu sedang menaik. Wallahu a'lam.", dia seolah-olah tersentak, saya malas untuk meneka mengapa.

"Akak mengerti apa yang kamu rasai. Itu tandanya kamu masih punya iman dan kesedaran akan perubahan yang melanda kawan-kawan kamu tu. Allah telah campakkan rasa benci pada hati kamu akan perbuatan mereka, namun kita jangan sekali-kali membenci mereka. Akak bukannya membela mereka, cuma akak nak nyatakan di sini, kita punya ada hak dan tanggungjawab masing-masing. Hak dan tanggungjawab dia adalah untuk mempraktikkan hal-hal agama yang dia tahu dan faham selama ni. Dan hak serta tanggungjawab kamu adalah menegur dia sebagai seorang Muslim kepada saudara seIslam yang lain, meskipun kita tidaklah punya kesempurnaan untuk menegur kesilapan orang, namun apa yang diperkatakan barangkali membuka hatinya untuk berubah ke arah yang lebih baik."

"Mungkin saat ini dia terjatuh di bawah godaan syaitan, mungkin juga sebentar lagi hatinya terbuka semula untuk kembali pada dirinya yang asal. Kita, mungkin saja saat ini, kita hebat perkatakan hukum-hakam dan sebagainya, walhal kita tidak tahu apakah kita mampu teguh tunduk pada jalan hidup sebenar sebagai seorang yang mengaku Islam pada masa akan datang. Hati ini milik Allah, maka pintalah padaNya agar Dia menjaga hati dan iman kita agar tegar dalam mentaati suruhanNya, dan meninggalkan laranganNya."

"Serulah diri adik dan rakan-rakan agar kembali pada fitrah manusia dalam hidup berTuhan. Seringkali kita ingat padaNya tika kita susah sahaja, namun bila nikmat kesenangan membaluti hidup kita, langsung kita tidak endah akanNya. Ingatlah, di dalam Surah Az-Zumar ayat 53, Allah Taala ada memberi surat cinta pada kita bahasawanya, 
"Katakanlah : Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."
Kolam matanya sudah mula bertakung dengan jernih-jernih mutiara. Aku menarik nafas, bimbang kata-kataku ada mengguris hatinya. 

"Mereka bukan tidak tahu, cuma mereka buat-buat tak tahu, dan barangkali mereka terlalai dari yang haq. Usah jemu mengajak mereka kembali ke arah kebaikan. Dalam masa yang sama, kita iringi dengan transformasi diri supaya lebih terasa dekat dengan Tuhan."

"Sekarang ni, pelajar sekolah agama bukan lagi satu persoalan. Tidak kira sama ada dia merupakan pelajar sekolah agama atau tidak, aliran sains atau sastera, kita punya pegangan yang mesti kita ikuti, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Kehidupan beragama itu perlu mengalir dalam darah setiap manusia yang mengaku beriman pada Allah Taala dan RasulNya. Di akhirat nanti, bukanlah title 'pelajar sekolah agama' yang akan dibentangkan, tapi sejauh mana tuntutan agama yang kita amalkan." 

Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. 

Panggilan dari ibuku. Katanya mahu aku pulang segera ke rumah, kerana ada saudara-mara dari Kelantan yang bakal bertandang.

Lantas, aku meminta izin dari adik tersebut untuk mengundur diri. 

"Sudah lah. Kesat air matamu, bengkak pula mata tu. Nanti orang laki kata tak 'thiqah'..", usikku. 

"Thiqah? How do you know that word?", matanya membulat. 

Aku bingkas bangun dari tempat dudukku. 

"Akak pun budak sekolah agama.. 

macam kamu..", ku ukirkan senyuman buatnya. 

Aku berjabat tangan dengannya, lalu memeluknya dengan penuh kasih sayang. Ku bisikkan di telinganya, 

"Jangan lupa istighfar, dik. Bimbang pahala kita berkurang kerana membuka aibnya." 

Dan aku berlalu pergi..


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

9 comments:

faaizz d. zul said...

subhanallah.

cerpen yg sgt menarik.

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ


=)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Secara psikologinya kita boleh mengkategorikan mereka kepada `felt needs, unfelt needs dan undesirable wants`.
Bagi yang termasuk dlm golongan `felt needs`, AlHamdulillah mereka menghargai kenapa mesti menjadi pelajar sekolah agama. Itu pun tidak mencukupi krn mereka perlu pijak dibumi nyata selepas keluar dialam persekolahan. SXekurang2nya mereka dapat membezakan erti penghidupan yang sebenarnya. Dlm dunia ini, byk perkara baik tetapi sebagai seorang mukmin, mrk mesti memilih yang paling baik dlm hidup. Surah AzZumar:18 الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ Iaitu mereka yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut yang terbaik (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
حْسَنَهُ - yang baik
أَحْسَنَهُ - yang paling baik
Begitu juga dlm sebuah hadis,`Almukminu qaiison fatinon` Orang2 mukmin sentiasa waspada dan bijak`,riwayat Bukhari.
Jadi apa yang berlaku selama ini, manusia lebih ghairah memandang dari sudut pakaian yg menutup atau lebih kpd fizikal. Memang bagus, tetapi apa yang lebih penting adalah pakaian ketaqwaan. Surah Al`Araaf:26 يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
Begitu juga dengan amalan dan pengorbanan darah serta daging yang kita lakukan, tidak akan tercapai disisi Allah SWT melainkan ketaqwaan. Surah AlHajj:37 لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu`
Sudah sampai masanya, pelajar2 sekolah kita bangun dari sistem yang byk memboroskan waktu dan memboroskan diri dengan kerja2 yang menjauhkan hubungan kita dengan Allah SWT seperti yang enti telah petikkan dari Surah AzZumar:53 "Katakanlah : Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." Wallahualam.

Danial Razali said...

yang paling menarik yang ending.. thanks for sharing =)

'Aishah Jauhara said...

~ Faaizz d. Zul :
Ameen Ya Rabb. Terima kasih atas ziarah. :)

~ tajnur :
Syukran atas perkongsian. Moga Allah merahmati.. :)

~ Danial Razali :
Ending? Menarik la sangat..biasa ja. Thanx for reading. :)

Syifa' Al-Harits said...

SUBHANALLAH...ayat yg sarat dengan 'ibrah..!

Ismi Ijmi said...

emmm, mmg betul. kadang2 pelajar sekolah agama, masuk universiti, bila bab2 agama, tak nampak pun pelajar sekolah agama.

persoalannya bukan pelajar sekolah agama atau tidak, tp sejauh mana agama yang kita tahu dapat amal.
nice sharing

munirah atirah said...

salam, blh sy share entri ukhti ni diblog sy?

'Aishah Jauhara said...

~Syifa Al-Harits:
Moga ada intipati dan manfaatnya bersama. Terima kasih.

~Ismi Ijmi:
Sebab tu ada beza antara tahu dan faham. Moga2 kita dan mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang mengamalkan apa yang kita serta mereka tahu dan faham. :)

~munirah atirah:
Wa'alaikumussalam. Silakan saudari. Tiada sekatan. *pastikan sertakan sumber link sekali. :)

Anonymous said...

semoga Allah redha... perkongsian yang menarik...