Bismillah wal Hamdulillah.
Belum terlambat untuk penulis mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Syawal yang mulia, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf atas segala salah dan silap saya sepanjang bertinta dan perkenalan kita.
Anyway, saya menunggu saat ini untuk menulis entry ini. :)
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tajuk post ini? 555?
Buku tiga-lima kah?
Oh, di kesempatan ini, saya memohon kemaafan seandainya ada janji-janji yang tidak tertunai, atau hutang-hutang yang tidak terlangsai. Jika saya ada hutang yang belum dilunaskan, mohon khabarkan. InsyaAllah saya akan mengembalikan hutang-hutang tersebut dengan segera, selagi saya masih hidup dan bernyawa. Usah di bawa hingga ke akhirat nanti, tak tertanggung den.. :'(
Dan entry ini ditulis sebagai penghargaan kepada pembaca-pembaca blog saya, Tinta Permata, terutama buat followers saya yang kini sudah mencecah 555, meskipun blog ini kadang meriah, kadang bersawang, kadang bagaikan chips more, kadang bagaikan ketupat dan nasi impit.
Walaubagaimanapun, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kunjungan kalian ke teratak ini, dan mohon kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan saya dalam bertinta. Saya hanya insan biasa, jauh lebih biasa dari anda. Walau saya tidaklah sehebat penulis-penulis blog yang lain, saya tetap bersyukur masih dikurniakan akal untuk berfikir, tangan untuk menaip dan mata untuk menangis. Kadang, sedang saya menulis, air mata turut jatuh, memuhasabah diri yang makin leka dan alpa.
Sesungguhnya saya hanya mengharapkan redha dari Allah dan kedua ibu bapa agar ia dapat memberikan saham saya buat di akhirat kelak. Saya juga tidak mahukan apa-apa, hanya berharap kita dapat mengambil segala manfaat yang ada bersama. Walau tidak seguni, cukuplah andai cuma secubit.
Juga, doakan saya agar tetap dalam meneruskan da'wah melalui penulisan ini, dan sesungguhnya tanpa sokongan dan dorongan kalian, sukar untuk saya sampai ke tahap ini. Saya doakan agar kita semua terbuka hati, terbuka fikiran, terbuka minda atas segala ilmu Allah yang ada di muka bumi ini. Kita mampu untuk jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik, andai kita sendiri yang tekad dan berusaha untuk melakukannya.
Teruskan membaca post-post seterusnya.
Salam mahabbah dari saya.
.:: Keredhaan dan Keberkatan dariNya yang KuDamba ::.
~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~
5 comments:
Salam,dik..
SUBHANALLAH...Terharu baca entri '555' ni...
Teruskan bertinta..!
Wa'alaikumussalam warahmatullah.
Terharu? Tak sangka pula boleh membuatkan orang terharu. hehe :)
Terima kasih kak atas sokongan. Mohon doanya..
Sama-sama dik..
Insya ALLAH, sama-sama kita doakan..
Assalamualaikum wbt
Sebagai orang Islam, sangat menjaga sifat berhutang kerana kesannya tidak baik walaupun sesudah meninggal dunia.
Roh seorang mukmin masih terawang-awang dilangit (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dijelaskan. (HR. Ahmad)
Begitu juga dengan amalan2, pengorbanan dan kebajikan kita tidak akan sampai kepada Allah SWT melainkan kita mencapai sifat ketaqwaan. Surah AlHajj:37 لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.
Wallahualam
Allahu Allah.. Syukran atas peringatan dan perkongsian.
Barokallahu fiik.
Post a Comment