MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Thursday, May 19, 2011

Grand Reunion exSIM 2011..




Bismillah wal Hamdulillah.

Salam ukhuwwah penuh mahabbah.

Seperti yang tertera, insyaAllah Persatuan Alumni SM Imtiaz Dungun @ ex-Student Imtiaz Dungun (exSIM) akan mengadakan Annual General Meeting dan Grand Dinner [Grand Reunion] seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 28 Mei 2011 
Masa : 9.00 pagi - 11.30 malam
Tempat : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun (bawah)
Sasaran :-
# Bekas pelajar SMID
# Guru-guru SMIYTD
# Bekas guru-guru SMID
# Staf SMIYTD

Yuran : RM10

Jadi, bagi mereka yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun [atau sebelumnya, Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ)], antum dialu-alukan untuk menghadiri program ini.

InsyaAllah, bas dari KL ke Dungun disediakan. Pergi (27hb malam) - balik (29hb pagi). Sila buat tempahan seat kepada saya. Penginapan juga disediakan (asrama menengah bawah).

Moga dengan kehadiran antum dan antunna bakal memeriahkan program yang julung-julung kali diadakan ini, serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah Taala.

Tolong sebarkan pada rakan-rakan, sahabat-sahabiah yang lain.

"Secangkir Kasih, Segunung Mahabbah, Selautan Ukhuwwah"

Sekian, terima kasih.

2 comments:

sukma atiqah said...

sgt sgt sgt dengki.. sbb xleh join.. =((

'Aishah Jauhara said...

Makluman untuk semua.
Maaf, tempahan bas telah dibatalkan atas sebab kuantiti yang respon untuk menaikinya terlalu sedikit. Maka kami memutuskan untuk membatalkan tempahan bas, dan berbesar hati sekiranya ahli2 sekalian dapat membeli tiket bas ke dungun sendiri atau by grouping. InsyaAllah, moga Allah memberkati usaha kita semua dan meredhai perjalanan kalian kelak.

Maaf atas segala kesulitan.
Wallahu a'lam. Terima kasih.