MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Sunday, August 29, 2010

Iftor exSIM..


Bismillah wal Hamdulillah.


Allahumma solli wa sallim 'ala Muhammad wa alihi Muhammad.

Alhamdulillah, semalam baru sahaja berlangsungnya program Iftor Jamai'e exSIM (ex-Student Imtiaz Dungun), bertempat di Musolla Engine, UIA Gombak. Dengan kehadiran ahli seramai 7 orang muslimin dan 17 orang muslimat cukup membuatkan kami kasih dan senang akan kesudian mereka menghadiri program kali ini.



Program yang bermula pada jam 5.00 petang iaitu membeli juadah berbuka di bazar UIA Gombak, kemudian disusuli dengan tadarus + zikir di Musolla Engine di samping menunggu ketibaan sahabat-sahabiah ke UIA. Terharu tidak terhingga kerana ada sahabat sahabiah yang sanggup datang dari jauh, dari UIA Kuantan, dari Penang, dari UIA PJ, dari UM, dari UITM Shah Alam, dari DQ Jakim, dan juga mereka yang dari Mesir dan Syria yang pulang bercuti.

Program diteruskan dengan juadah ringan selepas masuknya waktu berbuka (azan Maghrib), kemudian kami solat maghrib berjemaah. Setelah itu, kami menjamu selera juadah berbuka yang telah dibeli di bazar + mashed potatoes yang dibawa oleh Kak Athirah Ghani. Terima kasih atas sosnya. :)

Kemudian, sebelum masuk waktu Isya', kami berkumpul untuk adakan sedikit sesi ta'aruf, al-maklumlah ada yang tidak ingat nama, ada yang tidak cam rupa, ada juga yang tak perasan orang yang satu batch dengan dia!~

Kami juga mengambil kesempatan untuk mendengar sedikit ucapan dari wakil-wakil Mesir, iaitu Ijlal Syamim (mewakilkan Anas Mazli untuk bercakap. ^^) dan Kak Athirah Ghani, serta wakil Malaysia merangkap wakil exSIM, iaitu Abg Shafiq Halim.

Majlis diteruskan lagi dengan agenda hal-hal berbangkit. Beberapa kiriman salam dari sahabat-sahabiah yang tidak dapat hadir dan beberapa pengumuman telah dibuat. (akan distatekan di bawah)

Majlis berakhir selepas kami menunaikan solat Isya' dan solat Tarawih berjemaah. Kemudian bersurai.~

Jutaan terima kasih khusus buat mereka-mereka yang dapat menghadirkan diri dan kepada mereka-mereka yang teringin untuk hadir akan tetapi dek jarak yang jauh dan mempunyai komitmen yang lain, usah berduka cita, insyaAllah jika ada rezeki, Allah akan temukan kita jua suatu hari nanti.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua urusetia yang sama-sama mengendalikan majlis. Jazakumullah juga kepada mereka yang menguruskan bab-bab pengangkutan ni. Semoga Allah membalas jasa dan budi baik kalian. Moga ikhlas dan pahala buat kalian dilipatgandakan di bulan yang mulia ini.

Di akhir majlis, tersentuh apabila pengerusi majlis mengingatkan kami kembali untuk beristighfar dan berselawat kerana mungkin kami ada ketawa + gelak + gurau yang keterlaluan. Moga perjumpaan kali ini mendapat naungan dari Allah, insyaAllah mudah-mudahan.

p/s: Kepada ahli exSIM, ust Hasbullah Mohamad menjemput kita ke rumahnya (area Gombak juga) untuk berbuka puasa pada hari Selasa (31/8/2010). Jadi sesiapa yang berminat (??) atau dapat hadir, sila inform kepada ana selewat2nya esok. Jazakumullah..


********************************

Dalam masa yang sama mendapat berita pada pagi tadi, beberapa muslimin (bukan ahli exSIM) dalam perjalanan pulang ke UIA Kuantan dari majlis haul mendapat musibah apabila accident pada jam 2 pagi tadi di area Gambang. Maklumat yang ana dapat.
1- Pemandu patah kaki, cedera di kepala dan mata.
2- Sebelah pemandu, patah kaki dan cedera spinal.
3- Belakang pemandu cedera ringan sahaja. Sempat sedar (dia terdengar pemandu sebut Allahu Akbar).
4- Belakang sebelah pemandu, patah kaki.
5- Yang duduk di tengah2 di kerusi belakang paling kritikal, internal bleeding dalam kepala. Hidupnya bergantung pada ventilator (yang pasti hidup mati kita di tangan Allah). Tambahan maklumat, doktor dah awal2 ajar dia mengucap.

[Nama2 insan yang mendapat ujian dari Allah ini akan ana sertakan setelah mendapat tahu nama penuh mereka dari sahabat lain, insyaAllah.]

Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun.. Ya Allah, selamatkanlah mereka, berilah mereka peluang lagi untuk berbakti di bumiMu. Minta semua sahabat-sahabiah, muslimin muslimat, agar mendoakan kesejahteraan mereka. Moga mendapat perkenan dan barokah di bulan yang mulia ini.

Wallahu a'lam.

Selamat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan~

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Saturday, August 28, 2010

Aku marah kerana aku sayang!


Bismillah wal Hamdulillah.

بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
(H. R. Muslim)

Pada zaman dahulu, Islam dikatakan asing bilamana unsur jahiliyyah terlalu berleluasa sehinggakan mereka melupakan Allah dan Nabi yang membawa utusan.

Pada zaman kini, bagaimana pula? Adakah Islam telah kembali asing lagi?


Ana mengambil contoh mudah, pada zaman jahiliyyah, anak-anak perempuan yang baru dilahirkan di tanam hidup-hidup.
Iye kan?

Firman Allah s.w.t:

"Apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, wajahnya berubah menjadi hitam (merah padam), dalam keadaan menahan perasaan marahnya dalam hati."

"Dia bersembunyi daripada orang ramai kerana berita buruk yan disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memelihara anak dalam keadaan hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah. Ingatlah! Sungguh jahat apa yang mereka putuskan itu."
(Surah an-Nahl: 58-59)


Di dalam Al-Quran terdapat juga ayat-ayat yang menyentuh tentang perbuatan keji ini.

"Dan apabila bayi-bayi perempuan yang ditanam hidu-hidup ditanya."

"Apakah dosanya (sehingga) dia dibunuh?"
(Surah at-Takwir: 8-9)

Hal ini menunjukkan kerendahan moral mereka sehingga mereka sanggup menanam hidup-hidup anak yang baru dilahirkan, yang baru ingin mengenal dunia, diperlakukan sebegitu tanpa belas kasihan.

Tampaknya senario hari ini hampir menyerupai zaman jahiliyyah, ataupun bahkan lebih dahsyat lagi. Masakan tidak, zaman dahulu, anak-anak perempuan yang lahir itu dari hubungan suami isteri yang sah. Cuma mereka tidak dapat menerima akan lahirnya anak-anak perempuan kerana dianggapnya mereka akan membawa sial pada keluarga.

Wah, kini, bukan sahaja lelaki dan perempuan tanpa ada hubungan yang halal, berzina sana-sini, lalu dibuangnya anak yang tidak berdosa itu merata-rata, ibarat sampah dibuatnya, kerana ada juga yang dibuang di tong sampah. Sampah masyarakat rupanya mereka-mereka itu. (maaf, ayat kurang sopan kali ini) Ada juga yang bersimpati sedikit, meninggalkan anak mereka kesejukan di surau-surau supaya mendapat belas dan kasihan dari jemaah surau yang lain.



dicapture dari salah satu akhbar di Malaysia..~


Cinta monyet? Apakah? Kasihan monyet, nama mereka dinisbahkan kepada cinta sesama manusia ini.

Nah, inilah masyarakat kita, rata-ratanya seagama dengan kita lah, saudara-saudari. Apa kita nak buat dengan mereka ni?

Sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah,
Allah telah memberi amaran kepada kita melalui kalamNya yang tercatat di dalam al-Quran, alhamdulillah kitab itu sampai kepada kita hasil tinggalan Rasulullah s.a.w., Nabi umat akhir zaman, Nabi kita.

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk"
(Surah al-Isra': 32)

Cantik amaran yang Allah berikan. Kerana di sana ada hikmah dan sebab mengapa Allah melarang kita MENDEKATI zina. Allah amat kasih dan sayang kepada hambaNya, maka segala sesuatu yang Dia perintahkan dan larang adalah baik untuk diri kita.

Allah menunggu kita hambaNya untuk memohon ampun dan bertaubat padaNya dengan sebenar-benar taubat. Jalan masih terbentang luas untukmu, sahabatku. Aku memarahimu kerana aku sayang padamu.


Mungkin ada yang berkata, "Lantaklah, aku punya hal, apa kau kesah??". Wah, garangnya. Aku terpaksa kisah akan hal ini, walaupun melalui penulisanku yang rapuh. Aku menasihatimu kerana aku sayang padamu.


Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, duduklah dan fikirlah sejenak, apa dosa yang kita telah lakukan hari ini. Dosa kecil, mahupun dosa besar. Sama-samalah kita mengambil peluang di bulan yang penuh barokah ini, untuk mengislahkan diri kita, memperbaiki diri kita, supaya kita lebih tenang bila kita dijemput olehNya kelak.



Adik-adikku di rumah, jagalah diri kalian. Jika kakakmu memarahimu kerana pakaianmu, ketahuilah nasihatku itu bukan untuk diriku, tetapi untuk dirimu. Kerana kakakmu ini menyayangimu. Kerana kakakmu ini ingin menjagamu. Kerana kakakmu ini risau akan dirimu. Doakanlah jua kakakmu ini agar dipelihara dan dilindungi oleh Allah sentiasa.

Sesungguhnya, batin dan hati ini meronta agar dapat melihat keindahan dan kecantikan wanita solehah yang bakal memuatkan ruangan syurga di sana. Diriku juga memerlukan nasihat dan teguran dari insan-insan sekeliling agar diri ini sentiasa diketuk dan dihangatkan dengan madahNya.


Inni uhibbukum fillah~


Al-Faqirah ilallah..


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~


Monday, August 16, 2010

Kembalilah..


Bismillah wal Hamdulillah.


Saudariku fillah,


Tika diri ditunggu-tunggu oleh si Dia untuk diabdikan,

Kita senang hati peruntukkan waktu lebih untuk si dia.


Tika Dia mahu mendengar keluhan dan tangisan kita,

Dengan senang hati kita mengadu pada selain Dia.


Tika pintu taubat dibuka seluasnya untuk kita,

Kita bersungguh memohon maaf atas kesalahan kecil kita yang tidak seberapa pada si dia.


Tika Dia memberi peluang untuk kita memberikan cinta padaNya,

Kita dengan mudah melafazkan cinta bukan pada tempatnya.


Di manakah sifat kehambaan kita pada si Dia?


Mengapa kita menyalurkan cinta bukan keranaNya?


Adakah diri tidak tahu-menahu akan ajaranNya, syariatNya?


Atau, kita buat-buat lupa?


Sukakah kita bergelumang dengan dosa-dosa?


Akhawat fillah,

Bulan ini penuh dengan rahmat.

Peruntukkanlah masa hanya sebulan,

jika kita benar-benar ingin mendidik diri kita.

Kerana ianya akan berkekalan selamanya, dengan izinNya.


Ayuhlah,

Kembali pada siratul mustaqim.
Jalan yang akan kau peroleh nikmat.

Berdoalah padaNya agar hati kita terbuka menerima hidayah dariNya.

Kerna banyak khilaf kita, salah kita pada Dia Yang Esa.


Marilah,

Syurga menanti kita di sana.

Untuk memenuhi tempat itu dengan bidadari suci dan indah.


Kembalilah..
Kembalilah pada Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa..



~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Thursday, August 12, 2010

Perasaan ini..


Assalamu'alaikum warahmatullah.

Bismillah wal Hamdulillah.

Seinfiniti kesyukuran dan puji-pujian hanya buat Yang Kekal Abadi, yang telah memberikan peluang kepada hambanya yang dhaif dan hina ini untuk meneruskan saki-baki kehidupan yang ternyata tidak mengetahui bilakah saat nyawa di jasad ini diambil kembali menghadapNya. Syukur jua padaNya kerana masih memberikan peluang kepada hambaNya yang kerdil ini untuk terus menikmati keindahan dan kelazatan bulan yang muliandan penuh dengan barokah ini, yakni bulan Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu oleh kaum muslimin bagi merebut ganjaran-ganjaran yang berlipat ganda yang telah dijanjikanNya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Terima kasih yang tidak terhingga, kerana tanpa perjuanganmu yang tidak kenal erti penat dan lelah, risalah agama yang diredhai Allah ini tidak akan sampai kepada kami umatmu di akhir zaman ini. Terima kasih juga kerana dirimu telah meninggalkan sejuta amanat, wasiat dan pedoman buat kami seluruh umat. Dengan kegigihan dan kesabaranmu membawa kebenaran agama yang suci ini, dirimu sanggup menggadaikan nyawa, bermati-matian memperjuangkan risalah yang benar ini, meskipun dirimu terpaksa mengabaikan erti lapar dan dahaga, harta dan keluarga. Peperangan demi peperangan kau gagahi untuk sertai demi untuk melihat kegemilangan Islam supaya tidak terjatuh ke tangan golongan kafirun.

Sesungguhnya ya Rasulallah, kami telah sampai ke bulan Ramadhan, di mana pelbagai peristiwa tercatat di dalamnya, untuk kami mengambilnya sebagai ibrah dan tunjang kekuatan. Wahyu pertama yang diturunkan kepadamu, Perang Badar al-Kubra, Perang Khandaq, Fathul Makkah, Perang Tabuk, kemenangan Salahuddin al-Ayubi terhadap tentera salib, dan pelbagai lagi peristiwa-peristiwa bersejarah bagi umat Islam telah dirakamkan pada bulan ini.

Justeru, redhailah kami umatmu agar kami ditempatkan di dalam golongan yang mendapat redhaNya, di dunia yang kami telah ditempatkan buat sementara cuma, kerana yang abadi hanya di syurga.

Moga amalan ibadah dan puasa kita diterima oleh Allah. Sama-samalah kita berusaha untuk mendapat redha dariNya disamping memburu cintaNya Yang Maha Esa.


"Dialah yang bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka..."

RAMADHAN KAREEM!!

.:: tiba-tiba terasa rindu yang amat sangat pada Rasulullah.. :( terima kasih ya Allah kerana Kau masih hadirkan perasaan ini dalam hatiku.. ::.

"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agamaMu dan dalam ketaatan kepadaMu."

Ameen Ya Robbal 'Alamin.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Monday, August 9, 2010

Tell Me Why..



by Declan Galbraith

In my dreams, Children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue, the fields are green
And laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why,(why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why

Every day, I ask myself
what will I have to do to be a man
Do I have, to stand and fight
To prove to everybody who I am
Is that what my life is for?
To waste in a world full of war

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why,(why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Just tell me why (why, why, why)

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand

Tell me why (Why why, does the tigers run?)
Tell me why (Why why, do we shoot the gun?)
Tell me why (Why why, do we never learn?)
Can someone tell us why we let the forests burn

(why why do we say we care?) tell me why
(why why do we stand and stare?) tell me why
(why why do the dolphins cry?) tell me why
can someone tell us why we let the ocean die

(why why if we're all the same?) tell me why
(why why do we pass the blame?) tell me why
(why why does it never end?)
can someone tell us why we cannot just be friends (x2)

why why?

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Saturday, August 7, 2010

Delusi Ummi..


Kau sentuh cahaya dengan jemari mu

Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…


Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : Nice
http://liriknasyid.com


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~