MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Thursday, August 12, 2010

Perasaan ini..


Assalamu'alaikum warahmatullah.

Bismillah wal Hamdulillah.

Seinfiniti kesyukuran dan puji-pujian hanya buat Yang Kekal Abadi, yang telah memberikan peluang kepada hambanya yang dhaif dan hina ini untuk meneruskan saki-baki kehidupan yang ternyata tidak mengetahui bilakah saat nyawa di jasad ini diambil kembali menghadapNya. Syukur jua padaNya kerana masih memberikan peluang kepada hambaNya yang kerdil ini untuk terus menikmati keindahan dan kelazatan bulan yang muliandan penuh dengan barokah ini, yakni bulan Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu oleh kaum muslimin bagi merebut ganjaran-ganjaran yang berlipat ganda yang telah dijanjikanNya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Terima kasih yang tidak terhingga, kerana tanpa perjuanganmu yang tidak kenal erti penat dan lelah, risalah agama yang diredhai Allah ini tidak akan sampai kepada kami umatmu di akhir zaman ini. Terima kasih juga kerana dirimu telah meninggalkan sejuta amanat, wasiat dan pedoman buat kami seluruh umat. Dengan kegigihan dan kesabaranmu membawa kebenaran agama yang suci ini, dirimu sanggup menggadaikan nyawa, bermati-matian memperjuangkan risalah yang benar ini, meskipun dirimu terpaksa mengabaikan erti lapar dan dahaga, harta dan keluarga. Peperangan demi peperangan kau gagahi untuk sertai demi untuk melihat kegemilangan Islam supaya tidak terjatuh ke tangan golongan kafirun.

Sesungguhnya ya Rasulallah, kami telah sampai ke bulan Ramadhan, di mana pelbagai peristiwa tercatat di dalamnya, untuk kami mengambilnya sebagai ibrah dan tunjang kekuatan. Wahyu pertama yang diturunkan kepadamu, Perang Badar al-Kubra, Perang Khandaq, Fathul Makkah, Perang Tabuk, kemenangan Salahuddin al-Ayubi terhadap tentera salib, dan pelbagai lagi peristiwa-peristiwa bersejarah bagi umat Islam telah dirakamkan pada bulan ini.

Justeru, redhailah kami umatmu agar kami ditempatkan di dalam golongan yang mendapat redhaNya, di dunia yang kami telah ditempatkan buat sementara cuma, kerana yang abadi hanya di syurga.

Moga amalan ibadah dan puasa kita diterima oleh Allah. Sama-samalah kita berusaha untuk mendapat redha dariNya disamping memburu cintaNya Yang Maha Esa.


"Dialah yang bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka..."

RAMADHAN KAREEM!!

.:: tiba-tiba terasa rindu yang amat sangat pada Rasulullah.. :( terima kasih ya Allah kerana Kau masih hadirkan perasaan ini dalam hatiku.. ::.

"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agamaMu dan dalam ketaatan kepadaMu."

Ameen Ya Robbal 'Alamin.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

No comments: