Bismillah wal Hamdulillah.
بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
(H. R. Muslim)
(H. R. Muslim)
Pada zaman dahulu, Islam dikatakan asing bilamana unsur jahiliyyah terlalu berleluasa sehinggakan mereka melupakan Allah dan Nabi yang membawa utusan.
Pada zaman kini, bagaimana pula? Adakah Islam telah kembali asing lagi?
Ana mengambil contoh mudah, pada zaman jahiliyyah, anak-anak perempuan yang baru dilahirkan di tanam hidup-hidup. Iye kan?
Firman Allah s.w.t:
Tampaknya senario hari ini hampir menyerupai zaman jahiliyyah, ataupun bahkan lebih dahsyat lagi. Masakan tidak, zaman dahulu, anak-anak perempuan yang lahir itu dari hubungan suami isteri yang sah. Cuma mereka tidak dapat menerima akan lahirnya anak-anak perempuan kerana dianggapnya mereka akan membawa sial pada keluarga.
Wah, kini, bukan sahaja lelaki dan perempuan tanpa ada hubungan yang halal, berzina sana-sini, lalu dibuangnya anak yang tidak berdosa itu merata-rata, ibarat sampah dibuatnya, kerana ada juga yang dibuang di tong sampah. Sampah masyarakat rupanya mereka-mereka itu. (maaf, ayat kurang sopan kali ini) Ada juga yang bersimpati sedikit, meninggalkan anak mereka kesejukan di surau-surau supaya mendapat belas dan kasihan dari jemaah surau yang lain.
Cinta monyet? Apakah? Kasihan monyet, nama mereka dinisbahkan kepada cinta sesama manusia ini.
Nah, inilah masyarakat kita, rata-ratanya seagama dengan kita lah, saudara-saudari. Apa kita nak buat dengan mereka ni?
Sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah,
Allah telah memberi amaran kepada kita melalui kalamNya yang tercatat di dalam al-Quran, alhamdulillah kitab itu sampai kepada kita hasil tinggalan Rasulullah s.a.w., Nabi umat akhir zaman, Nabi kita.

"Apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, wajahnya berubah menjadi hitam (merah padam), dalam keadaan menahan perasaan marahnya dalam hati."
"Dia bersembunyi daripada orang ramai kerana berita buruk yan disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memelihara anak dalam keadaan hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah. Ingatlah! Sungguh jahat apa yang mereka putuskan itu."
(Surah an-Nahl: 58-59)
Di dalam Al-Quran terdapat juga ayat-ayat yang menyentuh tentang perbuatan keji ini."Dia bersembunyi daripada orang ramai kerana berita buruk yan disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memelihara anak dalam keadaan hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah. Ingatlah! Sungguh jahat apa yang mereka putuskan itu."
(Surah an-Nahl: 58-59)
"Dan apabila bayi-bayi perempuan yang ditanam hidu-hidup ditanya."
"Apakah dosanya (sehingga) dia dibunuh?"
(Surah at-Takwir: 8-9)
Hal ini menunjukkan kerendahan moral mereka sehingga mereka sanggup menanam hidup-hidup anak yang baru dilahirkan, yang baru ingin mengenal dunia, diperlakukan sebegitu tanpa belas kasihan."Apakah dosanya (sehingga) dia dibunuh?"
(Surah at-Takwir: 8-9)
Tampaknya senario hari ini hampir menyerupai zaman jahiliyyah, ataupun bahkan lebih dahsyat lagi. Masakan tidak, zaman dahulu, anak-anak perempuan yang lahir itu dari hubungan suami isteri yang sah. Cuma mereka tidak dapat menerima akan lahirnya anak-anak perempuan kerana dianggapnya mereka akan membawa sial pada keluarga.
Wah, kini, bukan sahaja lelaki dan perempuan tanpa ada hubungan yang halal, berzina sana-sini, lalu dibuangnya anak yang tidak berdosa itu merata-rata, ibarat sampah dibuatnya, kerana ada juga yang dibuang di tong sampah. Sampah masyarakat rupanya mereka-mereka itu. (maaf, ayat kurang sopan kali ini) Ada juga yang bersimpati sedikit, meninggalkan anak mereka kesejukan di surau-surau supaya mendapat belas dan kasihan dari jemaah surau yang lain.
Cinta monyet? Apakah? Kasihan monyet, nama mereka dinisbahkan kepada cinta sesama manusia ini.
Nah, inilah masyarakat kita, rata-ratanya seagama dengan kita lah, saudara-saudari. Apa kita nak buat dengan mereka ni?
Sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah,
Allah telah memberi amaran kepada kita melalui kalamNya yang tercatat di dalam al-Quran, alhamdulillah kitab itu sampai kepada kita hasil tinggalan Rasulullah s.a.w., Nabi umat akhir zaman, Nabi kita.
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk"
(Surah al-Isra': 32)
(Surah al-Isra': 32)
Cantik amaran yang Allah berikan. Kerana di sana ada hikmah dan sebab mengapa Allah melarang kita MENDEKATI zina. Allah amat kasih dan sayang kepada hambaNya, maka segala sesuatu yang Dia perintahkan dan larang adalah baik untuk diri kita.
Allah menunggu kita hambaNya untuk memohon ampun dan bertaubat padaNya dengan sebenar-benar taubat. Jalan masih terbentang luas untukmu, sahabatku. Aku memarahimu kerana aku sayang padamu.
Mungkin ada yang berkata, "Lantaklah, aku punya hal, apa kau kesah??". Wah, garangnya. Aku terpaksa kisah akan hal ini, walaupun melalui penulisanku yang rapuh. Aku menasihatimu kerana aku sayang padamu.
Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, duduklah dan fikirlah sejenak, apa dosa yang kita telah lakukan hari ini. Dosa kecil, mahupun dosa besar. Sama-samalah kita mengambil peluang di bulan yang penuh barokah ini, untuk mengislahkan diri kita, memperbaiki diri kita, supaya kita lebih tenang bila kita dijemput olehNya kelak.
Adik-adikku di rumah, jagalah diri kalian. Jika kakakmu memarahimu kerana pakaianmu, ketahuilah nasihatku itu bukan untuk diriku, tetapi untuk dirimu. Kerana kakakmu ini menyayangimu. Kerana kakakmu ini ingin menjagamu. Kerana kakakmu ini risau akan dirimu. Doakanlah jua kakakmu ini agar dipelihara dan dilindungi oleh Allah sentiasa.
Sesungguhnya, batin dan hati ini meronta agar dapat melihat keindahan dan kecantikan wanita solehah yang bakal memuatkan ruangan syurga di sana. Diriku juga memerlukan nasihat dan teguran dari insan-insan sekeliling agar diri ini sentiasa diketuk dan dihangatkan dengan madahNya.
Inni uhibbukum fillah~
Al-Faqirah ilallah..
~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

No comments:
Post a Comment