Bismillah wal Hamdulillah.
Allahumma solli wa sallim 'ala Muhammad wa alihi Muhammad.
Alhamdulillah, semalam baru sahaja berlangsungnya program Iftor Jamai'e exSIM (ex-Student Imtiaz Dungun), bertempat di Musolla Engine, UIA Gombak. Dengan kehadiran ahli seramai 7 orang muslimin dan 17 orang muslimat cukup membuatkan kami kasih dan senang akan kesudian mereka menghadiri program kali ini.
Program yang bermula pada jam 5.00 petang iaitu membeli juadah berbuka di bazar UIA Gombak, kemudian disusuli dengan tadarus + zikir di Musolla Engine di samping menunggu ketibaan sahabat-sahabiah ke UIA. Terharu tidak terhingga kerana ada sahabat sahabiah yang sanggup datang dari jauh, dari UIA Kuantan, dari Penang, dari UIA PJ, dari UM, dari UITM Shah Alam, dari DQ Jakim, dan juga mereka yang dari Mesir dan Syria yang pulang bercuti.
Program diteruskan dengan juadah ringan selepas masuknya waktu berbuka (azan Maghrib), kemudian kami solat maghrib berjemaah. Setelah itu, kami menjamu selera juadah berbuka yang telah dibeli di bazar + mashed potatoes yang dibawa oleh Kak Athirah Ghani. Terima kasih atas sosnya. :)
Kemudian, sebelum masuk waktu Isya', kami berkumpul untuk adakan sedikit sesi ta'aruf, al-maklumlah ada yang tidak ingat nama, ada yang tidak cam rupa, ada juga yang tak perasan orang yang satu batch dengan dia!~
Kami juga mengambil kesempatan untuk mendengar sedikit ucapan dari wakil-wakil Mesir, iaitu Ijlal Syamim (mewakilkan Anas Mazli untuk bercakap. ^^) dan Kak Athirah Ghani, serta wakil Malaysia merangkap wakil exSIM, iaitu Abg Shafiq Halim.
Majlis diteruskan lagi dengan agenda hal-hal berbangkit. Beberapa kiriman salam dari sahabat-sahabiah yang tidak dapat hadir dan beberapa pengumuman telah dibuat. (akan distatekan di bawah)
Majlis berakhir selepas kami menunaikan solat Isya' dan solat Tarawih berjemaah. Kemudian bersurai.~
Jutaan terima kasih khusus buat mereka-mereka yang dapat menghadirkan diri dan kepada mereka-mereka yang teringin untuk hadir akan tetapi dek jarak yang jauh dan mempunyai komitmen yang lain, usah berduka cita, insyaAllah jika ada rezeki, Allah akan temukan kita jua suatu hari nanti.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua urusetia yang sama-sama mengendalikan majlis. Jazakumullah juga kepada mereka yang menguruskan bab-bab pengangkutan ni. Semoga Allah membalas jasa dan budi baik kalian. Moga ikhlas dan pahala buat kalian dilipatgandakan di bulan yang mulia ini.
Di akhir majlis, tersentuh apabila pengerusi majlis mengingatkan kami kembali untuk beristighfar dan berselawat kerana mungkin kami ada ketawa + gelak + gurau yang keterlaluan. Moga perjumpaan kali ini mendapat naungan dari Allah, insyaAllah mudah-mudahan.
p/s: Kepada ahli exSIM, ust Hasbullah Mohamad menjemput kita ke rumahnya (area Gombak juga) untuk berbuka puasa pada hari Selasa (31/8/2010). Jadi sesiapa yang berminat (??) atau dapat hadir, sila inform kepada ana selewat2nya esok. Jazakumullah..
********************************
Dalam masa yang sama mendapat berita pada pagi tadi, beberapa muslimin (bukan ahli exSIM) dalam perjalanan pulang ke UIA Kuantan dari majlis haul mendapat musibah apabila accident pada jam 2 pagi tadi di area Gambang. Maklumat yang ana dapat.
1- Pemandu patah kaki, cedera di kepala dan mata.
2- Sebelah pemandu, patah kaki dan cedera spinal.
3- Belakang pemandu cedera ringan sahaja. Sempat sedar (dia terdengar pemandu sebut Allahu Akbar).
4- Belakang sebelah pemandu, patah kaki.
5- Yang duduk di tengah2 di kerusi belakang paling kritikal, internal bleeding dalam kepala. Hidupnya bergantung pada ventilator (yang pasti hidup mati kita di tangan Allah). Tambahan maklumat, doktor dah awal2 ajar dia mengucap.
[Nama2 insan yang mendapat ujian dari Allah ini akan ana sertakan setelah mendapat tahu nama penuh mereka dari sahabat lain, insyaAllah.]
Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun.. Ya Allah, selamatkanlah mereka, berilah mereka peluang lagi untuk berbakti di bumiMu. Minta semua sahabat-sahabiah, muslimin muslimat, agar mendoakan kesejahteraan mereka. Moga mendapat perkenan dan barokah di bulan yang mulia ini.
Wallahu a'lam.
Selamat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan~
~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~