MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Wednesday, January 27, 2010

Cinta ALLAH..



Bismillah wal hamdulillah..

Marilah kita sama-sama renungkan.

Ibn Qayyim mengibaratkan cinta kepada Allah seperti sepohon pokok.

- Akarnya adalah simbol ketundukan kepada Allah.

- Batangnya adalah pengenalan mendalam tentangNya.


- Rantingnya adalah perasaan takut kepadaNya.


- Daunnya adalah rasa malu kepadaNya.


- Buahnya adalah ketaatan kepadaNya.

- Unsur lain seperti matahari, air dan tanah adalah ingat kepadaNya.

Andai salah satu daripada elemen ini tiada atau hilang, maka berkuranglah kadar cinta tersebut.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Thursday, January 14, 2010

Pesanan Terakhir..


Bismillah wal Hamdulillah..

Wahai MUJAHID DAKWAH!


Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman. Engkau sekarang telah jadi.

Wahai Si JURU DAKWAH!


Kini engkau telah sampai ke tonggak sejarah. Di atas pendakian sunyi tidak kesibukan.
Dan tempat itu hidup kenangan lama. Masa berlalu penuh keharuan dan kenangan.


Wahai Si TUKANG SERU!


Entah berapa lagi jatuh umur engkau yang masih tinggal, kita tak tahu..
Tahukah engkau, pekerjaan besar ini tidak akan selesai di tangan engkau?

Wahai MUSAFIR yang sedang lalu!

Jalan ini masih panjang, rantau masih jauh!

Dengan Al-Quran di tangan kanan dan kain kafan di tangan kiri, teruskanlah perjalanan ini.


Wahai MUJAHID ISLAM!


Akhirnya pelayaran ini sampai juga ke pantai, berkat jurumudi yang piawai memegang pimpinan. Engkau dan Umat kini harus berjalan kaki, menggunakan tenaga diri sendiri.

Wahai UMAT DAKWAH!


Amanat perjuangan itu kini jatuh ke tangan kaum yang lemah Dhu'afa' dan Fuqara'; tenaga lemah dan dana tidak ada..
Di tangan kaum yang lemah itu tersimpan kekuatan Umat ini. Rahsia kejayaan dan kemenangan, bulat seluruhnya dalam genggaman mereka.
Innama tunsyaruna wa turzaquna bidlu 'afaikum! (Hadith)
Kamu akan mendapat kemenangan hanya dengan bantuan kaum yang lemah di antara kamu.

Wahai ANGKATAN KINI!


Tak lama lagi engkau akan kembali pulang, memberi laporan kepada Tuhan, mempertanggungjawabkan segala amal, jasa dan karyamu di dunia.
Tinggalkan bengkalai ini kepada generasi muda yang akan datang mengganti.


Wahai ANGKATAN BARU!


Siapkanlah dirimu untuk menggantikan angkatan tua, mereka akan pulang tak lama lagi. Janganlah engkau menjadi pemuda kecapi suling, yang bersenandung meratapi tepian yang sudah runtuh, mengenangkan masa silam yang telah pergi jauh. Janganlah engkau membuat kekeliruan lagi seperti pernah dilakukan oleh angkatan yang engkau gantikan. Teruskan perjalanan ini dengan tenaga dan kakimu sendiri. Dada bumi cukup luas untuk menerima kehadiranmu.

Bukanlah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukanlah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama? Kalau tidak adalah "penyuluh-penyuluh" baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.
Jalankan tugas ini hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah jua..

Ku rujuk dan ringkaskan pesan terakhir "Usrah dan Dakwah Al-Banna".


Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamaNya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), Maha Mengetahui."

(Surah Al-Ma'idah, 5 : 54)

"Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfaqkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang bakhil, dan barangsiapa yang bakhil maka sesungguhnya dia bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah lah Yang Maha Kaya, dan kamulah yang membutuhkan (kurniaNya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu."

(Surah Muhammad,47 : 38)



~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~



Wednesday, January 13, 2010

Kisah Yang Mungkin Nyata...


Bismillah wal Hamdulillah..


Perkongsian dari emel yang saya baru dapat..

*************************************************************************************

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...
sukar untuk bernafas....
namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku. ...

sakittttttttt. .......sakit. .....rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar, cerah...
tidak seperti biasanya.
Aku heran... isteri & anak2 ku yang
sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. .Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria .... terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ....????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Fastabiqul Khairat...

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Friday, January 8, 2010

Murabbi..


Bismillah wal Hamdulillah.


Seinfiniti keyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Taala kerana masih memberikan hamba peluang dan keizinan untuk
menulis pada kali ini sebagai penghargaan kepada para pendidik yang mendidik daku. Tanpa mereka, diri ini tidak akan mengenali hatta menyebut huruf 'Aa', 'Ba', 'Ta'.

Jazakumullahu khairan kathira buat ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan guru-guru atau saya lebih gemar memanggil mereka sebagai 'MURABBI' yang telah mengajar, mendidik, mentasmi', mentarbiyah diri saya dalam bidang Al-Quran sejak saya berumur seawal 3/4 tahun.

Pengajian di Masjid UKM:

1) Ustaz Syamsul Marebang (Sabah)
2) Ustaz Shamsul Arifin
3) Ustaz Asmin Amin
4) Ustaz Hamidi

Pengajian di SR Islam ABIM, Kajang:

5) Ustazah Faridah
6) Ustaz Hudatullah


Pengajian di SMK Jalan 3, B. B. Bangi:
7) Ustaz Wan Adnan

Pengajian di KOSTAQ YT-Besut, SMSA YT-Dungun & SM Imtiaz Dungun, Terengganu:

8) Ustaz Abd Zaman
9) Ustaz Mohd Azhar Sulong
10) Ustaz Mohd Burhanuddin

11) Ustazah Hanisah Harun
12) Ustazah Aziah Abu Bakar
13) Ustazah Nurul Huda
14) Ustazah Mariam Ibrahim

15) Ustaz Azli Fairuz

16) Ustaz Salman @ Salbanor
17) Ustaz Ridzuan Aziz

18) Ustaz Zulkifli Muda
19) Ustaz Mursyid


Pengajian di Darul Quran JAKIM, K. Kubu Bharu:
20) Ustaz Affandy
21) Ustaz Abdul Hadi Mohamed
22) Ustazah Syuhada

23) Ustaz Zaki Abd Rahman

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2008 & 2009:
24) Ustaz Othman Muda
25) Ustaz Azahari Othman
26) Ustaz Abd Aziz
27) Ustaz Fakhrul Razi

dan
MURABBI sepanjang hidupku,
SURTAHMAN BIN KASTIN
&
ROMALIA BT ZAINOL.

Terima kasih atas kesabaran dan ketekunan melayan karenah anak muridmu ini, semata-mata untuk melihat diriku berjaya.
Semoga Allah Taala merahmati hidup kalian dan melimpahkan kurniaNya di dunia dan di akhirat. Dan sesungguhnya penat lelah kalian akan terbayar suatu hari nanti insyaAllah.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Wednesday, January 6, 2010

Satu...??

Bismillah wal Hamdulillah..

Satu suara,
Satu kata,

Satu hati,
Satu organisasi,
Satu matlamat,
Satu visi,
Satu misi,
Satu destinasi,

Satu fikrah,
Satu ummah,
Satu strategi,

Satu dorm,
Satu kali,
Satu baldi,
Satu laptop,
Satu resipi,
Satu sebelum dua,
Satu ....,
Satu ....,
Satu ....,
Yang penting,
bukan Satu Malaysia..
^_^


Apa maksudnya tu??