Bismillah wal Hamdulillah.
Angin kencang dan pukulan ombak yang berlaku dalam parti mengingatkan saya kepada Almarhum Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS juga Ketua Pembangkang di Parlimen satu masa dahulu. Entah mengapa wajahnya menerjah fikiran saya tika ini.
Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman sebentar tadi, sepanjang di dalam komuter, saya membaca buku ingatan dan kenangan yang ditulis oleh Pak Subky Abdul Latif, "Selepas 10 Tahun Pergi, Fadzil Noor : Dia Guru, Dia Kawan". Buku yang diulang cetak saya kira, kerana saya pernah membaca edisi cetakan pertama pada tahun 2003, cuma ditambah sedikit tiga bab terakhir edisi terbaru ini berikutan 10 tahun selepas Almarhum meninggal dunia.
Dalam keadaan ralit membaca, seorang wanita di sebelah menjenguk isi kandugan yang saya sedang baca. Sesekali dia menoleh ke tempat lain. Saya endahkan dia, dan teruskan pembacaan. Hampir tiba di stesen UKM, saya mengangkat buku tersebut, membelek-belek helaian belakang, melihat foto-foto kenangan yang diselitkan.
Tidak semena-mena mata saya bertakung dengan air mata. Semakin berat dan hampir jatuh. Orang di hadapan saya barangkali perasan. Saya cepat meniup ke arah mata saya dan mengebil-ngebilkan beberapa kali. Sedikit kering dan reda. Saya keluar dari komuter, berjalan longlai hampir 10 minit menuju ke rumah.
Saya masih ingat, tika itu saya masih di darjah 6. Saat mendapat berita pemergiannya, terpancar kesedihan yang teramat sangat di wajah bapa. Beberapa hari selepas pengebumiannya, kami sekeluarga bermusafir ke Kedah, tempat Almarhum Ustaz Fadzil Noor dikebumikan juga berdekatan dengan rumahnya dan KIDU. Niat untuk ziarah tanah perkuburannya. Dala perjalanan, saya masih ingat kata-kata bapa yang ringkas, "masih tak percaya Ustaz Fadzil dah meninggal..". Suram.
Almarhum Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir pada 23 Jun 2003 ketika usianya hampir 65 tahun, kerana penyakit kencing manis yang sudah lama dihidapnya, jua diserang masalah jantung. Ustaz Fadzil Noor yang dikenali oleh orang-orang yang hidup sezamannya dan mereka yang tahu nama namun tidak sempat mengenalinya, pasti menghormati dan mengagumi semangat dan wadah perjuangannya.
"Beliau pergi sebagai Presiden PAS di bawah konsep kepimpinan ulama', sebagai anggota Parlimen dan sebagai Ketua Pembangkang. Beliau tidak sempat ke Putrajaya, tetapi dia merintih PAS mara dengan gerakan hijau untuk menuju ke Putrajaya. Walaupun ia tidak berlaku pada masanya, tetapi ia tidak terhalang pada masa anak-anak dan cucunya." -Subky Abdul Latif

Al-Fatihah untuk Almarhum Ustaz Fadzil Noor. :')
2 comments:
Salam. minta maaf kerana mencelah....saya hanya seorang hamba Allah berasal daripada Bangi. Nak bertanya dengan cik, cik ni pernah duduk bangi jalan 6 ke suatu ketika dulu..dalam linkungan tahun 1996 ?
Wa'alaikumussalam. Ya saya. Dulu pernah tinggal di Jalan 6 :)
Post a Comment