MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Sunday, April 21, 2013

Calon N26 Bangi, PRU-13..


Bismillah wal Hamdulillah..

Ambang Pilihanraya Umum (PRU) kali ke-13.

Jika dahulu, saya sungguh kagum dengan komitmen, keikhlasan, semangat dan kewibawaan bekas ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar. Jadual hariannya tidak pernah lekang dari memenuhi jemputan dan mendengar keluhan dan masalah rakyat. Meskipun dengan kudratnya yang sedikit berumur, beliau tidak pernah mengeluh dan merungut dengan amanah yang beliau pikul. Ke mana-mana sahaja tanpa bodyguard. Tiada tempat khusus untuk sesebuah jemputan juga tidak menjadi satu masalah baginya, walhal beliau layak untuk mendapat semua itu kerana menyandang sebagai "wakil rakyat". Atas faktor akhlak dan budi pekertinya yang mudak didekati, saya sangat yakin dengan calon yang dibawa oleh parti yang sama dengan beliau untuk PRU-13 ini.

Ust Mohd Shafie Ngah, calon yang bakal bertanding mewakili PAS pada Pilihanraya Umum kali ini di N26 Bangi, bersaing dengan calon dari Barisan Nasional iaitu Datuk Mohd Zaidi Md Zain. Kebetulan punya nama yang sama dengan ADUN sebelum ini, ditambah dengan komitmen dan pengalaman sebelum ini sebagai YDP PAS Serdang, menambahkan kepercayaan saya pada kualiti yang beliau ada. Punya visi dan matlamat yang jelas, turut membawa manifesto Pakatan Rakyat, saya yakin dengan penuh jitu tarbiyyah yang telah diserapkan pada ahli oleh parti memberikan kekuatan rohaninya tersendiri, yang setiap tindakan dan percakapan disandarkan pada Allah Taala.


Tanpa meremehkan dan merendahkan pihak lawan, saya percaya masing-masing punya nilai dan kekuatan tersendiri. Apa sahaja niat dan perjuangan yang dibawa, serahkan pada Allah Taala sebagai sebaik-baik penilai. Yang pasti, rakyat bukan patung untuk disuap dengan kemewahan dan kekayaan, golongan yang boleh dizalimi juga tanpan diberikan hak dan kebebasan bersuara. Mahasiswa juga bukan golongan yang hanya menjadi pemerhati dan bersuara di sebalik selimut tebal, seolah-olah menyekat kebebasan berfikir dan menyatakan pendapat. Saya juga punya harapan bahawa Bangi dapat dikekalkan sebagai "Bumi" dan "Bandar Berilmu" pada masa akan datang :)

Anda rakyat, mampu menilai dengan kudrat dan akal sebagai seorang manusia. Undi anda penentu masa hadapan. Undi dan pilihlah calon yang anda yakini mampu memberikan kesejahteraan dan keamanan. Moga-moga ada saham yang Allah sediakan atas usaha kecil anda demi melihat rakyat terbela dan negara sentosa.

Salam rakyat marhaen! :)

#Like page:
https://www.facebook.com/pages/shafiengahcom/463155437071608?fref=ts

Juga layari:
http://www.shafiengah.com/

No comments: