Di kala awan sarat mula merembeskan kandungannya
Titisan yang jatuh seolah menterjemah seribu rasa
Lantas makhluk kerdil mencari tempat berteduh
Hingga terlena dibuai mimpi hingga ke subuh.
Tika daun berguguran menutupi ruang tanah
Kelak dedaun kering itu bakal dipijak dan dimusnah
Namun akan ada yang datang menyapu dan mengemas
Walau berbekalkan secebis kudrat sanggup berhempas pulas.
Saat si ibu pergi mencari bekalan makanan
Si anak merengek memanggil-manggil ibu kesayangan
Meski baru sahaja terpisah ke hulu
Kerinduan yang dialami tiada siapa yang tahu.
Rindu.
Hanya satu kata mentafsir segala.
Di interpretasi dek kewarasan akal manusia.
~'Aishah Jauhara~
12 Jun 2012
12.53 am
Bangi
No comments:
Post a Comment