MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Friday, March 16, 2012

Ujian itu Nikmat..


Bismillah wal Hamdulillah.

Blog berhabuk dan kusam.

Ok, saya perasan blog tidak diupdate. ^_^'

Alhamdulillah, ada kesempatan kali ni, nak berkongsi perkara yang saya rasa nak kongsi dengan kalian. Hanya secebis cuma, tidak berniat untuk mengarut panjang-panjang. Anyway, moga ada manfaatnya bersama.

Sekadar ingin bertanya, (sila jawab dalam hati sudah~), pernah tak rasa, sedang kita bercakap, memberi nasihat dan pengisian pada orang, tiba-tiba tersentak, "eh, macam kena kat diri aku je!" 

Masing-masing punya jawapan tersendiri, dan saya, "Yes, saya SELALU rasa!" (Alhamdulillah)

Biasa tak dengar orang kata, biasanya selepas kita memberi peringatan, nasihat dan pengisian pada orang lain, kita pasti diuji dengan apa yang telah kita ungkapkan itu..?

Ya, barusan tadi, saya ada mengadakan usrah dengan adik-adik saya. Setiap kali saya cakap, pasti saya akan terberhenti sekejap, dan terfikir, "Mudahnya aku menasihati mereka, sedang aku masih terumbang-ambing mencari identiti diri, mengumpul semangat untuk menghadapi hari mendatang." <-- oh, sempat lagi berfikir tengah-tengah bercakap~ 

Secara logiknya, kita bisa rasa 'down' dan 'serba salah'. Namun dari satu sudut, ada 'point' dan hikmah yang Allah ingin sampaikan, menuntut kita agar sentiasa beringat dan melaksanakan apa yang dikata.


Ya, kita akan sentiasa diuji, diuji dan diuji. Ujian itu bukanlah dengan hanya melalui kesukaran dan kesusahan, malah ia datang dalam bentuk kesenangan dan kenikmatan dunia yang hanya sementara. Maka di sana, perlunya 'jihad' (bersungguh-sungguh) dalam mengharungi pancaroba duniawi. Di sinilah kita memerlukan pengorbanan yang tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran manusia, melainkan dariNya.

Bila kita diuji, tandanya Allah masih sayang akan kita. Usah menyangka kita telah pun beriman, sedangkan kita sendiri belum diuji. Maka, gelisah lah anda, andai rasa masih belum diuji.

Maka, berbalik pada tema yang saya selalu bawa setiap akhir post saya, "Aslih Nafsak Wad'u Ghairak" - Islahkan dirimu, dan serulah pada yang lain..

Sekian. :) 

Nota:
1) Apa point sebenar yang saya nak bawa pun, saya confuse -,-
2) Maaf, ayat tengah-tengah malam, biasa la kan.. :)
3) USRAH OSEM! Siapa yang tak pernah rasa lagi, try sekali, pasti nak lagi. ;)
4) UJIAN ITU NIKMAT. Nikmat itu manis bila kita berjaya melaluinya.
5) Selamat menjadi hamba Allah yang bersyukur atas ujian dariNya.

~ Aslih Nafsak Wad;u Ghairak ~

No comments: