Bismillah wal Hamdulillah.
Based on the title above, guess who? Who is the beautiful one? Later i'll let you know who she is. :)
Let we begin with a story..
"Perempuan First Class"
Teringat masa zaman sekolah menengah dulu, Ketua Pelajar ketika itu memberikan tazkirah lepas maghrib. Dan ayat dia yang saya tak boleh lupa dan terkesan sampai sekarang, "Banat (sisters), tolonglah jadi muslimah first class. Sebab jarang ada orang lelaki yang nak perempuan second class apatah lagi yang low class." <-- lebih kurang gitu la ayat dia.. ^^'
Pergh. Masa dengar tu, berasap jugak la hati ni kan. Tapi bila fikir-fikir balik, muhasabah diri, yup, takda yang salah pun apa yang diungkapkan tu. Agak-agak macam mana kita nak definisikan "perempuan first class" tu ek?
Mari kita lihat, apa kata mereka..~
Yes, masing-masing punya intepretasi tentang istilah buatan manusia ini.
Apakah "Perempuan First Class" menurut saya?
Saya bukanlah seorang isteri Nabi yang bisa memberikan panduan selepas ketiadaan Nabi.
Saya bukanlah seorang sahabat Nabi yang mampu mengindahkan isi makna Al-Quran dengan perlakuan.
Saya bukanlah seorang ulama' dan fuqaha' yang berkelayakan memberikan ijtihad dan pandangan.
Saya bukanlah seorang cendekiawan Islam yang mempu menafsir dan mencetus idea selari dengan syariat Islam.
Saya bukanlah seorang sasterawan yang bisa merungkai maksud sesuai dengan maknawi alam.
Saya juga bukanlah seorang pelajar terulung untuk memberikan definisi yang diterima pakai oleh semua.
Saya hanya insan biasa-biasa yang mendambakan keredhaaNya atas setiap derapan langkah yang saya atur dan diaturkan olehNya untuk saya di bumi ini, lantas bercorakkan ilmu dan amal yang seiring dengan Al-Quran dan As-Sunnah, saya mampu mendekorasi tanah milik Tuhan ini dengan gagasan Islam meskipun terpaksa mengharungi onak dan duri, jua mehnah dan tribulasi. Beriltizam melaksanakan perintah Allah dan Rasul, menghormati ibu bapa dan orang tua, punya hubungan baik dengan manusia dan mampu lakukan yang terbaik di dunia untuk bekalan di akhirat sana. Biarpun saya tidak dipandang tinggi di sisi manusia, cukuplah saya diterima dan diangkat nilai yang selayaknya tika di hari perhitungan kelak.
Itulah definisi "Perempuan First Class" menurut saya yang serba dhaif ini. :) Sesiapa sahaja bisa menjadi watak "Saya" mengikut definisi saya dia atas, sekiranya dia mahu dan ada inisiatif untuk menuju ke arah itu.
Leceh Ke Jadi Perempuan?
Kadang pernah tak terfikir, "camna ek jadi orang laki? macam best je..orang perempuan ni leceh sikit, serba-serbi kena jaga."
Orang akan berfikiran begitu sekiranya dia tidak memikirkan apa kelebihan yang orang perempuan ada.
Kalaulah dia tahu, sebenarnya mudah je orang perempuan ni nak masuk SYURGA. Seandainya dia tahu, apa yang Allah telah tetapkan buat golongan wanita ini turuti ada HIKMAH dan nilai di sebaliknya. Sekiranya dia tahu, hanya golongan wanita yang manusia panggil "cantik". (sebab lelaki orang panggil "hensem". hehe~)
Mahu tahu kelebihan-kelebihan menjadi seorang wanita yang berjaya di sisi Allah Taala? Boleh lihat di sini.
HIJAB - Hanya Disyariatkan Buat Muslimah
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara maruahnya, dan taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya."
Hakikatnya, wanita mudah untuk mendapat pahala dan mendapat syurga Allah Taala. Namun awas, wanita juga mudah terjerat dan terjerumus ke lembah yang membawa kepada neraka.
Sayang sekali, jika kita digelar seorang wanita / perempuan, kita gagal mengenakan pakaian yang menutupi aurat kita sepertimana yang Allah telah tetapkan. Sayang sekali, jika kita mengaku kita beragama Islam, namun kita gagal membezakan akidah kita dengan mereka yang belum memeluk agama Islam. Sayang sekali saudaraku, seandainya kita tahu memakai hijab sehingga menutupi paras dada itu wajib, akan tetapi kita tidak laksanakannya.
Apalah sangat bebanan sehelai kain andai ganjarannya nanti merupakan syurga Allah yang kita sering idam-idamkan..?
Serius saya cakap, seandainya anda memakai tudung yang bisa menutupi dadamu, nescaya anda tidak akan rasa ingin memakai pakaian yang ketat dan sendat. Kerana gula-gula yang ditutup rapi lebih terpelihara berbanding gula-gula yang terdedah. Kan?
Sekiranya anda sudah mula terdetik dan ingin berhijrah ke arah lebih baik (sama ada sudah mula memakai tudung, atau mula berpakaian longgar, dsb), DIKAU ORANG YANG PALING CANTIK PERNAH AKU JUMPA.. :)
Sekian.
~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~