MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Wednesday, September 21, 2011

Batu dan Sutera..



Batu itu,
bukan untuk dipijak,
bukan untuk dilempar dan disepak,
bukan jua untuk perhiasan di rak.
Walau sekeras mana pun ia,
andai setitis air jatuh padanya,
berterusan tanpa henti,
ianya bisa melekuk merubah bentuk.




Sutera itu,
bukan untuk dikotori,
bukan untuk dijadikan alas kaki,
bukan jua untuk disimpan di dalam peti.
Walau ianya lembut dan coraknya indah,
ia mudah tertarik dan tergores,
kerana sifatnya bukanlah bermakna bisa dihampar sana sini,
apatah lagi untuk diconteng sesuka hati.




Ada ketika IA bisa menjadi keras sekeras batu,
ada ketika IA juga bisa berubah menjadi lembut selembut sutera,
tiada kata terbaik yang dapat melunakkan IA,
melainkan madah-madah cinta yang kekal hingga ke akhirnya,
di samping lafaz kasih dan syukur hanya padaNya.
Itulah IA,
HATI manusia milik Tuhan Yang Esa.




'Aishah Jauhara
21 September 2011
12.46 am
Room F2.6, Mahallah Sumayyah, IIUM.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Wednesday, September 7, 2011

Title 'Pelajar Sekolah Agama'..?



-gambar hiasan-


"Budak sekolah agama dah macam bukan budak sekolah agama!", luahan seorang adik kepadaku.

Terasa juga genjatannya, namun riak wajahku seolah tenang, kerana ini bukan pertama kali statement yang masuk ke gegendang telingaku.

"Kenapa kamu cakap macam tu?", tanyaku, mencari asbab (sebab-sebab) dan kepastian menurut pandangannya.

"Ye lah kak.. Sebab aku pun pernah sekolah agama jugak dulu waktu Form 1 sampai Form 2, pastu tak tahan, aku keluar. Rules dia macam-macam, kena kancing lengan baju la, pakai stokin la, tudung labuh paras siku la, kasut B.U.M. yang aku baru beli dulu pun, pengawas tak bagi pakai. Dah la beli mahal-mahal. Memang tak tahan r..", ada nada ketidakpuashatian melalui suaranya. 

Aku terus mendengar.

-gambar hiasan-

"Dah tu, diorang-diorang yang tudung labuh sampai bawah punggung, jalan tunduk penuh wara', nak dengar diorang ketawa pun payah, tup-tup, aku jumpa dia kat shopping complex baru ni, pakaian bukan main ketat, sendat, tudung pun kalah aku, macam pakai scarf je!", luahnya dalam satu nafas. 

"Gambar-gambar kat facebook tak yah cakap r kan.. Lagi meluat aku tengok. Bergambar dengan balak, peluk-peluk, macam nak cium dah ha! Dulu bukan main lagi, "Sahabat-sahabat, kita orang-orang yang punyai agama dan iman dalam diri perlu istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah. Jauhi perkara-perkara maksiat, dan jangan sesekali ber'couple' kerana ia potensi besar untuk kita terjerumus ke kancah zina..". Hooo..sori la beb..cakap tak serupa bikin betul.", sempat dia melakonkan watak orang yang dia maksudkan.

Aku mengetip bibir, tanganku memangku dagu. Masih menghayati bait-bait kekesalan dalam setiap kata-katanya, sambil memikirkan apa jawapan yang perlu aku berikan. 

"Susah dah nak jumpa kawan-kawan aku dulu yang betul-betul konsisten sekarang. Lepas keluar sekolah tu, aku ada jugak follow-up cerita member-member kat sana. Kata kawan-kawan aku, kebanyakan yang berlagak alim waktu sekolah dulu, semua tak menjadi. Aku ni walaupun takde la alim sangat, tapi at least aku tahu jugak apa yang patut dan apa yang tak patut.", nadanya sedikit menurun. 

Diam seketika. Mungkin tiba masanya dia memberi ruang padaku untuk bersuara. 

"Erm.. Agak-agak la kan, kalau kamu berada di tempat dia, dan dia berada di tempat kamu, apa yang kamu mahukan dari dia untuk kebaikan kamu?", sengaja saya lontarkan soalan ini, walaupun saya tak pasti soalan jenis apa ni..

Dia diam seribu bahasa, mencari jawapan barangkali. 

"Tegur aku.", jawabnya ringkas.

Kepalanya tunduk ke bawah. Dia sudah cuba mula memahami maksudku.

"Lagi?", soalku lagi.

"Erm.. selalu ingatkan aku, bimbing aku, doakan aku.."

"Tapi kak, aku ni bukannya baik pun nak bimbing-bimbing orang ni..", sambungnya lagi.

"Akak pun bukan baik orangnya. Erm.. Awak pernah tegur perbuatan dia yang awak tak suka tu?", tanya saya.

"Aku ada jugak tegur-tegur dia camtu, tapi by PM kat FB. Tapi hampeh, dia tak balas pun."

"Pernah jumpa dia?"

"Reunion raya tahun lepas."

"Emm.. Dik, iman manusia bukan seperti malaikat yang sentiasa 'maintain', iman kita bukan seperti Nabi dan Rasul yang sentiasa meningkat, iman kita sebagai manusia, ada naik, ada turunnya. Mungkin di kala ini, iman akak sedang menurun, mungkin juga ketika ini, iman kamu sedang menaik. Wallahu a'lam.", dia seolah-olah tersentak, saya malas untuk meneka mengapa.

"Akak mengerti apa yang kamu rasai. Itu tandanya kamu masih punya iman dan kesedaran akan perubahan yang melanda kawan-kawan kamu tu. Allah telah campakkan rasa benci pada hati kamu akan perbuatan mereka, namun kita jangan sekali-kali membenci mereka. Akak bukannya membela mereka, cuma akak nak nyatakan di sini, kita punya ada hak dan tanggungjawab masing-masing. Hak dan tanggungjawab dia adalah untuk mempraktikkan hal-hal agama yang dia tahu dan faham selama ni. Dan hak serta tanggungjawab kamu adalah menegur dia sebagai seorang Muslim kepada saudara seIslam yang lain, meskipun kita tidaklah punya kesempurnaan untuk menegur kesilapan orang, namun apa yang diperkatakan barangkali membuka hatinya untuk berubah ke arah yang lebih baik."

"Mungkin saat ini dia terjatuh di bawah godaan syaitan, mungkin juga sebentar lagi hatinya terbuka semula untuk kembali pada dirinya yang asal. Kita, mungkin saja saat ini, kita hebat perkatakan hukum-hakam dan sebagainya, walhal kita tidak tahu apakah kita mampu teguh tunduk pada jalan hidup sebenar sebagai seorang yang mengaku Islam pada masa akan datang. Hati ini milik Allah, maka pintalah padaNya agar Dia menjaga hati dan iman kita agar tegar dalam mentaati suruhanNya, dan meninggalkan laranganNya."

"Serulah diri adik dan rakan-rakan agar kembali pada fitrah manusia dalam hidup berTuhan. Seringkali kita ingat padaNya tika kita susah sahaja, namun bila nikmat kesenangan membaluti hidup kita, langsung kita tidak endah akanNya. Ingatlah, di dalam Surah Az-Zumar ayat 53, Allah Taala ada memberi surat cinta pada kita bahasawanya, 
"Katakanlah : Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."
Kolam matanya sudah mula bertakung dengan jernih-jernih mutiara. Aku menarik nafas, bimbang kata-kataku ada mengguris hatinya. 

"Mereka bukan tidak tahu, cuma mereka buat-buat tak tahu, dan barangkali mereka terlalai dari yang haq. Usah jemu mengajak mereka kembali ke arah kebaikan. Dalam masa yang sama, kita iringi dengan transformasi diri supaya lebih terasa dekat dengan Tuhan."

"Sekarang ni, pelajar sekolah agama bukan lagi satu persoalan. Tidak kira sama ada dia merupakan pelajar sekolah agama atau tidak, aliran sains atau sastera, kita punya pegangan yang mesti kita ikuti, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Kehidupan beragama itu perlu mengalir dalam darah setiap manusia yang mengaku beriman pada Allah Taala dan RasulNya. Di akhirat nanti, bukanlah title 'pelajar sekolah agama' yang akan dibentangkan, tapi sejauh mana tuntutan agama yang kita amalkan." 

Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. 

Panggilan dari ibuku. Katanya mahu aku pulang segera ke rumah, kerana ada saudara-mara dari Kelantan yang bakal bertandang.

Lantas, aku meminta izin dari adik tersebut untuk mengundur diri. 

"Sudah lah. Kesat air matamu, bengkak pula mata tu. Nanti orang laki kata tak 'thiqah'..", usikku. 

"Thiqah? How do you know that word?", matanya membulat. 

Aku bingkas bangun dari tempat dudukku. 

"Akak pun budak sekolah agama.. 

macam kamu..", ku ukirkan senyuman buatnya. 

Aku berjabat tangan dengannya, lalu memeluknya dengan penuh kasih sayang. Ku bisikkan di telinganya, 

"Jangan lupa istighfar, dik. Bimbang pahala kita berkurang kerana membuka aibnya." 

Dan aku berlalu pergi..


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Tuesday, September 6, 2011

555..


Bismillah wal Hamdulillah.

Belum terlambat untuk penulis mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Syawal yang mulia, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf atas segala salah dan silap saya sepanjang bertinta dan perkenalan kita.

Anyway, saya menunggu saat ini untuk menulis entry ini. :) 

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tajuk post ini? 555?

Buku tiga-lima kah? 

Oh, di kesempatan ini, saya memohon kemaafan seandainya ada janji-janji yang tidak tertunai, atau hutang-hutang yang tidak terlangsai. Jika saya ada hutang yang belum dilunaskan, mohon khabarkan. InsyaAllah saya akan mengembalikan hutang-hutang tersebut dengan segera, selagi saya masih hidup dan bernyawa. Usah di bawa hingga ke akhirat nanti, tak tertanggung den.. :'(

Dan entry ini ditulis sebagai penghargaan kepada pembaca-pembaca blog saya, Tinta Permata, terutama buat followers saya yang kini sudah mencecah 555, meskipun blog ini kadang meriah, kadang bersawang, kadang bagaikan chips more, kadang bagaikan ketupat dan nasi impit.


Walaubagaimanapun, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kunjungan kalian ke teratak ini, dan mohon kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan saya dalam bertinta. Saya hanya insan biasa, jauh lebih biasa dari anda. Walau saya tidaklah sehebat penulis-penulis blog yang lain, saya tetap bersyukur masih dikurniakan akal untuk berfikir, tangan untuk menaip dan mata untuk menangis. Kadang, sedang saya menulis, air mata turut jatuh, memuhasabah diri yang makin leka dan alpa.

Sesungguhnya saya hanya mengharapkan redha dari Allah dan kedua ibu bapa agar ia dapat memberikan saham saya buat di akhirat kelak. Saya juga tidak mahukan apa-apa, hanya berharap kita dapat mengambil segala manfaat yang ada bersama. Walau tidak seguni, cukuplah andai cuma secubit.

Juga, doakan saya agar tetap dalam meneruskan da'wah melalui penulisan ini, dan sesungguhnya tanpa sokongan dan dorongan kalian, sukar untuk saya sampai ke tahap ini. Saya doakan agar kita semua terbuka hati, terbuka fikiran, terbuka minda atas segala ilmu Allah yang ada di muka bumi ini. Kita mampu untuk jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik, andai kita sendiri yang tekad dan berusaha untuk melakukannya. 

Teruskan membaca post-post seterusnya.

Salam mahabbah dari saya.

.:: Keredhaan dan Keberkatan dariNya yang KuDamba ::.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~