Antara dua jalan itu,
arah mana yang perlu ku lalui?
Antara tulip dan kiambang,
yang mana perlu ku hidu?
Antara meja dan kerusi,
yang mana perlu ku baiki?
Antara biru dan merah,
warna apa yang menjadi pilihan hati?
Antara kucing dan arnab,
yang mana perlu ku pelihara?
Antara garam dan gula,
yang mana perlu ku rasa?
Dalam segala hal,
Pilihan perlu dibuat.
Syariatullah dan Sunnatun Nabi.
Mungkin jua kedua-duanya tidak ku miliki,
Mungkin sahaja mawar yang ku hidu,
Mungkin sahaja hijau menjadi pilihan hati,
Mungkin sahaja burung yang dibela dan dipelihara,
Kerana pilihan ketiga menjadi saksi,
Pergantunganku padaMu Ya Rabbi..
~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~
2 comments:
sungguh puitis...
memang direka supaya lebih tersirat.. ;)
terima kasih atas kunjungan..
Post a Comment