MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Wednesday, July 28, 2010

Doaku Untukmu..


Bismillah wal Hamdulillah.


Tersebut al-Kisah..

Sumayyah dan Nusaibah adalah dua orang sahabat karib dan mereka tinggal berjiran. Kedua-dua mereka merupakan mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Mereka berdua juga seperti pelajar-pelajar yang lain, ingin mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap semester. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid universiti setiap kali masuk waktu solat untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu hari ini?" tanya Sumayyah kepada sahabatnya.

"Aku pinta semoga esok hari aku dipermudahkan oleh Allah untuk menjawab soalan-soalan kuiz Statistics esok," jawab Nusaibah.

"Doa kau?" Nusaibah pula bertanya.

Sumayyah cuma senyum tanpa berkata apa-apa.

Keesokan hari, Nusaibah memberitahu Sumayyah berita gembira.

"Alhamdulillah, doa aku semalam dimakbulkan Allah. Aku dapat menjawab soalan kuiz dengan mudah hari ini."

"Alhamdulillah. Hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Sumayyah.

"Aku berdoa moga esok aku akan tenang untuk berhadapan dengan temuduga JPA isnin depan," jawab Nusaibah.

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan masing-masing berdoa.

Sejurus usai berdoa, Nusaibah bertanya, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?"

Sumayyah senyum. Masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian Nusaibah memberitahu berita gembira.

"Syukur aku dapat menjawab soalan temuduga dan berhadapan dengan penemuduga tadi dengan tenang. Nampaknya doaku makbul, Su."

"Tahniah, Ai."

"Aku berdoa juga agar adikku selamat," kata Sumayyah dengan wajah muram.

"Kenapa dengan adik kau?"

"Adikku yang bongsu sakit, Ai. Keadaannya sangat membimbangkan."

"InsyaAllah, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta adikmu selamat," kata Nusaibah.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.

"Bagaimana dengan adik kau?" tanya Nusaibah.

"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaanya cuma bertambah baik sikit sahaja."

"Doa banyak lagi Su.. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......" kata Nusaibah.

"Kenapa dengan aku?"

"Su, aku lihat doamu tidak mustajab."

Sumayyah tersenyum.

Melihat Sumayyah tersenyum, Nusaibah semakin hairan lalu bertanya lagi,
"Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh senyum?"

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur alhamdulillah."

"Doa yang mana? Sebab aku lihat tidak ada apa-apa perubahan pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNya."


***********************




Moral of the story:
Doa kita untuk ibu bapa, saudara-mara, sahabat, dan orang lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Apatah lagi, jika kita berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan. Itulah keikhlasannya. Sayangnya, ia jarang dibuat oleh kita. Manusia selalu mementingkan diri, sekalipun dalam doanya kepada Allah!



-diadaptasi dari kisah "Doaku Untukmu", Majalah Solusi isu no 22, ruangan 'Angguk Geleng'-


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~


Tuesday, July 20, 2010

Tajdid Niat Bersama..


Bismillah wal Hamdulillah.

Allahumma Solli 'ala Muhammad..

Subhanallah..

Alhamdulillah..

Allahu Akbar..

La hawla wala quwwata illa billah..

Moga pahala istimewa buatmu, yang turut sama berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan yang mengingati kebesaran Allah Taala.

Lalu

Bersihkan hatimu dan hatiku

Perbaharui niat kotor dalam qalbumu.

Wahai insan yang bergelar manusia

Yang sentiasa leka dan alpa

Serta lupa akan nikmatNya

Sesiapa sahaja lebih gemar akan dunia

Hingga lupa akan kehidupan yang kekal di sana.

Justeru, kembalilah pada Yang Esa

Pasakkan niat dan teguhkan bersama

Langkah tarbiyah dengan lafaz Bismillah.

Ayuh, kita sama-sama bersatu

Dalam jemaah Islam yang satu

Agar dirimu dan diriku tahu

Ada mutiara di sebalik cengkaman tiram

Yang bisa meyakinkan

Jual beli yang kita perdagangkan

Hanya untuk Islam yang tercinta

Demi untuk melihat kelangsungan risalah Nabi

Kepada generasi yang sufi lagi haraki.

Wahai insan

Sesungguhnya diriku, dan dirimu, memerlukan Islam

Agama yang diredhai disisi Allah..


Moga 'futur' bukan pilihanku, dan bukan pilihanmu..

Tajdidkan niat..~

Salam juang buat semua!

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Saturday, July 17, 2010

Doa Sayyidatina Fatimah R.A..




Wahai Tuhan

Yang Hidup dan Berdiri Sendiri,


Dengan Rahmat dan Kasih SayangMu,

Aku memohon pertolongan

dan janganlah Engkau

biarkan aku bersendirian

walaupun hanya sekelip mata

dan perbaikilah setiap urusanku..

Ameen ya Rabbal 'alamin.


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Thursday, July 15, 2010

Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2..



SEMINAR AL-QURAN
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2

SEMPENA TILAWAH AL-QURAN

PERINGKAT ANTARABANGSA

KALI KE-52 TAHUN 2010

Tempat :

Dewan Muktamar Pusat Islam,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur

Tarikh :

1 Ogos 2010M / 20 Sya'ban 1431H

Masa :

8.00 pagi hingga 4.30 petang

Penceramah :

Hakim-Hakim Tilawah Al-Quran
Peringkat Antarabangsa Kali Ke-52

Anjuran :

Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Pengisian Program :

# Pembentangan Kertas Kerja :

* Kepentingan Al-Quran Dalam Kehidupan.
* Ilmu Tarannum dan Pengamalannya dalam Pembacaan Al-Quran.
* Kepentingan Mengetahui Ilmu Waqaf dan Ibtida'.

# Forum :

" Sistem Pengajian Al-Quran Masa Kini dan Akan Datang ".


* Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir *

Tuesday, July 13, 2010

Cerita Hari Ini..


Bismillah wal Hamdulillah.

Tatkala panas dan sejuk datang bersilih ganti,
Umpama perginya siang terbitnya malam,
Tenggelam matahari munculnya awan yang sarat,
Baru ku tersentak hiba di pangkuan akal kurniaanMu,
Baru ku tahu akan nikmatnya kesihatan,
Nikmat yang sering kami abaikan..
Nikmat sihat tubuh badan..

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Taala.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Di kesempatan ini, ana mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Followers ana yang sudi untuk meng'follow' bermula dari terbinanya blog ini sehingga ke hari ini. Sesungguhnya sokongan dari antum semua amatlah ana hargai. Jazakumullahu khairan kathira.

Dan kepada pengikut bertuah blog Tinta Permata yang ke-200 iaitu Norsyahida Mohamad, anda berjaya untuk mendapatkan hadiah istimewa dari empunya blog, iaitu sekotak tisu premier.. (hehe..gurau je kak). Please contact me as soon as possible a.k.a ASAP. ^_^'

Alhamdulillah, malam ni baru dapat connect dengan wireless iium-community.
Kesihatan pun kurang baik sikit malam ni, mungkin disebabkan dengan cuaca yang panas, kemudian tiba-tiba hujan, ditambah pula dengan air yang digunakan seharian sangatlah sejuk, telah menyebabkan penulis mengalami sedikit keselsemaan (??) atas kehendakNya yang pasti. Apa-apa pun, I must to strive myself here in IIUM in order to improve myself, the community and the ummah, insyaAllah. Please pray for us.


Last but not least, I would like to thank to my parents - my father and my mother because without them, I'm nothing~ [speechless..tak terkata..]

May Allah bless you all, insyaAllah.

Ma'assalamah.

Wallahu a'lam.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Saturday, July 10, 2010

Main Campus sudaa..


Bismillah wal Hamdulillah.


Alhamdulillah, pada 6 Julai 2010 (Tuesday), ana telah selamat didaftarkan (??) ke UIA Gombak, Selangor. Mengambil ijazah dalam Kuliyyah of Economics and Management Sciences.


Taaruf Week sudah pun berakhir semalam. Kepenatan jelas terasa. :) Alhamdulillah...

Pengambilan pada sesi Julai 2010/2011 ini merupakan pengambilan yang paling ramai jika dibandingkan dengan pengambilan pada batch2 sebelum ini [sumber : committee Taaruf Week]. Direct students yang terdiri daripada International students, lepasan Diploma, STAM, dan yang sewaktu dengannya (^^), digabung pula dengan pelajar2 lepasan CFS UIA Nilai dan PJ, menjadikan jumlah pelajar pada pengambilan kali ini hampir mencecah 2300 orang (kalau tak silap).


Bersedia untuk menempuh alam baru, insyaAllah..
Dan pastinya perlu sentiasa bersedia untuk menempuh alam yang nyata, kehidupan yang kekal abadi. Mudah-mudahan..

Mohon doa dari semua semoga dipermudahkan segalanya dan diberi kekuatan dari Yang Maha Berkuasa.

"Ilmu tanpa amal, ibarat kereta tanpa stereng"
(analogi yang diadaptasi oleh Ustaz Zulkifli Muda, Guru Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 3, SM IMTIAZ Dungun)

"Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah"

قال الاٍمام الشفعي
العلم نور ونور الله لا يهدي للعاصي


Wallahu a'lam.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~


Friday, July 2, 2010

Jika Anda... Maka,....


Bismillah wal Hamdulillah.


Renungan bersama.

Kita cuba ibaratkan atau membuat andaian.



Jika anda menanam sejumlah kecil benih ini...




.. Maka, anda akan mendapatkan hasil ini.

******************************************


Jika anda menanam benih sebanyak ini...




.. Maka, insyaAllah anda akan menikmati keindahan hasilnya seperti ini.



Wallahu a'lam.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Thursday, July 1, 2010

Pesona Wanita Memancarkan Cahaya Islam : Fatimah Az-Zahra'


Bismillah wal Hamdulillah.


Thanks to Allah, The Almighty.

Last monday, I just got a present from someone.



A book. Motivational book.

"Fatimah az Zahara : Wanita Solehah..Sinaran Zaman" by Rosline Harun.

Thanks a lot to the sender. I'm very appreciated it.

This book tells the conducting of leading women from birth to the environmental nature of marriage, and until she met at the end of her life.

So fantastic!

***************************

Maaf, buku ni dalam Bahasa Melayu. Sengaja memulakan pendahuluan pada entry kali ini dengan bahasa asing.

Sedikit ingatan buat semua tentang mulianya Sayyidatina Fatimah ketika hayatnya. Sehinggakan Rasulullah SAW bersabda,

"Fatimah sebaik-baik wanita sebagai ahli syurga."

"Apabila tiba hari kiamat, ada seruan dari perut Arsy, 'Wahai makhluk Allah, pejamkanlah mata kamu sehingga Fatimah binti Muhammad melalui As-Sirat."

Fatimah az Zahara juga merupakan wanita yang paling dikasihi oleh Allah SWT dan RasulNya. Rasulullah SAW bersabda,

"Fatimah adalah sebahagian dari diriku, siapa yang membuatnya marah bererti membuatku marah."

"Wahai Fatimah, sesungguhnya Allah murka kerana kemarahanmu dan Allah redha kerana keredhaanmu."

Fatimah, selain cantik wajah dan paras rupanya (sehingga disebut sebagai bidadari jelmaan manusia) juga terkenal dengan kebijaksanaan fikirannya. Beliau juga digelar Ummu Abiha (ibu dari ayahnya) kerana peranannya yang begitu besar di dalam kehidupan ayahandanya tercinta, Nabi Muhammad SAW.

Ringkasnya, Fatimah az Zahara adalah wanita sempurna seindah namanya, baik sebagai anak, isteri dan ibu mahupun sebagai dirinya sendiri.

Beliau adalah tauladan buat semua kaum wanita sepanjang zaman~


PERNIKAHAN DENGAN SAYYIDINA ALI


Rasulullah SAW berkata kepada Ali,

"Bergembiralah kamu. Sebenarnya, Allah telah menikahkan kamu dengannya sebelum aku menikahkan kamu di bumi ini. Sebelum engkau datang, Malaikat Jibril telah datang kepadaku dari langit dan memberitahu, 'Wahai Muhammad, Allah telah memerhatikan bumi dan kemudian memilih engkau antara ciptaan-ciptaanNya untuk mengutuskan risalah. Kemudian, Dia melihat lagi ke bumi dan memilih untuk engkau seorang saudara, penolong, sahabat dan menantu. Nikahkanlah dia dengan Fatimah. Malaikat-malaikat sangat gembira akan perkara ini. Wahai Muhammad, Allah telah mengamanahkan supaya engkau menikahkan Ali dengan Fatimah dan memberitahu kepada mereka berita gembira tentang akan kelahiran dua orang cahaya mata yang bersih, suci dan baik serta paling utama di dunia dan akhirat'. Wahai Ali, sesungguhnya malaikat itu tidak pergi meninggalkan aku sehinggalah engkau datang mengetuk pintu."


PANDANGAN FATIMAH AZ-ZAHARA TENTANG KAUM HAWA


Sayyidina Ali telah berkata,

"Kami sedang bersama-sama Rasulullah SAW dan baginda ada bertanya kepada kami: 'Beritahuku, apakah yang paling baik bagi kaum wanita?'. Tetapi, kami semua yang berada di situ tidak mengetahui jawapannya sehinggalah kami bersurai. Aku telah pulang berjumpa Fatimah az-Zahara dan bertanya akan soalan yang telah diajukan oleh Rasulullah SAW dan mengapa pula kami tidak dapat menjawabnya. Fatimah berkata, 'Aku mengetahuinya. Perkara paling baik bagi kaum wanita ialah mereka tidak memandang lelaki dan lelaki tidak memandang mereka'. Kemudian aku kembali ke tempat Rasulullah dan berkata kepadanya, 'Wahai Rasulullah, tadi engkau telah bertanya kepada kami apakah perkara yang paling baik untuk wanita. Perkara yang paling baik bagi wanita ialah mereka tidak memandang lelaki dan lelaki tidak memandang mereka'. Rasulullah SAW bertanya kepadaku, 'Siapakah yang memberitahumu sedangkan tadi kamu mengatakan kamu tidak tahu akan hal ini? Fatimah adalah sebahagian daripadaku'."

**********************

"Sebaik-baik wanita syurga adalah
Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad,
Asiah binti Muzahim dan Maryam binti Imran."

Wallahu a'lam.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~