MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Tuesday, August 21, 2012

"Siapa la jodoh hang ni, Siti?"


Bismillah wal Hamdulillah.

Pertamanya, saya ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca blog Tinta Permata ini. Maaf zahir dan batin atas segala salah silap saya selama anda mengenali saya.

Kedua, anda balik kampung di mana tahun ini? Semalam, kami sekeluarga pulang ke kampung di Batu Pahat, Johor. Seronok beraya di Johor.. Cumanya, tak berapa rasa nikmatnya sebab sebelum bertolak ke kampung dah sakit-sakit kepala, sakitnya berlanjutan hingga tiba ke rumah semula. Sakitnya bukan sakit biasa, tapi migraine barangkali. Alhamdulillah, Allah beri ujian sedikit ini.

Ketiga, saya tak expect untuk siapa yang datang blog ini dan berapa ramai yang baca post ini. Jadi, saya kira siapa yang baca, dia tahu lah 'cerita' ini. Sebab saya 'malas' a.k.a kurang rajin untuk cerita mulut kat orang lain. Huhu.

**************************

"Siapa la jodoh hang ni Siti?"

Soalan ni berulang-ulang kali ditanya oleh mak saya. Ada sekali tu, baru je buka puasa dengan kurma, tiba-tiba mak tanya soalan ni. Barangkali mak baru mendoakan saya agar dapat suami soleh sebelum berbuka puasa agaknya. Pernah mak tanya soalan begini juga dihadapan saya dan kakak waktu itu, dan kakak hanya menjawab "Biarlah mak, dia belajar habis dulu.."

Kadang, saya jawab "Mak tanya Siti, mana la Siti tahu mak..", kadang saya diam sahaja. Saya tak pasti apa yang bermain di fikiran mak. Kadang saya terasa seolah mak tidak larat mahu menjaga saya lagi. Tapi saya tahu, bukan itu maksudnya. Nak tanya sendiri pada mak, segan.. Cumanya, kenapa mak nak sangat kita kahwin awal? :(

Baru-baru ini, ada akhowat bertanya pada saya ciri-ciri lelaki yang macam mana yang saya mahukan. Kata saya, kalau orang tanya direct pada saya, sukar untuk saya nyatakan. Namun kadang-kala saya ada nyatakan secara tidak langsung pada post2 saya di blog dan status2 saya di fb. Perasan atau tidak sahaja. :) Bila orang tanya "mesti dia seorang hafiz Quran kan?". Saya hanya mampu tersenyum, dan sekadarnya menjawab, "Asalkan hatinya dekat dengan Quran."

Orang selalu kata saya ni terlalu "memilih" sangat. Bagi saya, saya akan suka kalau mak bapak saya suka. Kalau kita suka, tapi mak bapak kita tak suka, payah juga kan? Banyak rumahtangga punah gara-gara ibu bapa tidak suka calon pilihan kita. Maka, saya mengambil pengajaran dari kisah-kisah di sekeliling saya dan juga dari orang yang berpengalaman, agar memilih orang yang mak bapa kita redha. :)

Kita memang tak boleh nak jangka siapa gerangan orang yang akan menjadi jodoh kita. Kadang-kadang tunang sendiri, tidak semestinya bakal menjadi suami / isteri kita. Segalanya terletak pada ketentuan Allah Taala. Hati kita milik Allah, maka jika kita hendak menyunting hati tersebut, maka pintalah pada Allah jua. Bimbang-bimbang, hati yang kita mahu sunting itu, kelak bukan menjadi milik kita. Justeru, Allah sahaja punya jawapannya. Ask HIM, as He knows better. :)



Binalah CINTA dengan IMAN, bukan dengan gedik! Rata-rata remaja dan dewasa hari ini, mendahulukan kata nafsu berbanding kata hati. Kalau ikut kata hati sekalipun, kita tak pasti, hati kita itu bersih atau tidak. Kata hati itu, adakah dipandu dengan iman atau tidak. Ramai yang menjadi 'tuhan' pada jodohnya. Ramai yang confirm yang dia akan berkahwin dengan si dia yang dia sayang. Sedangkan kita tidak tahu percaturan Allah bagaimana. Lalu, kerana kata pasti, mereka berkasih-sayang sesama mereka seolah-olah akad nikah telah dilafazkan.

Saya yakin, ramai sahaja yang tahu-menahu akan perkara ini. Cuma, mereka kurang faham barangkali. Kadang, kita cuba berselindung di sebalik 'Cinta Islamik'. Huhu. Macam-macam istilah yang kita cuba cipta tanpa sedar. Kadang, ada juga yang terlupa. Maka, perlu untuk kita nasihat-menasihati antara satu sama lain. Barangkali hari ini kita beringat, mungkin esok kita terlupa. Hati manusia, Allah sahaja yang berhak ke atasnya.

Cinta itu FITRAH. Cinta itu TIDAK SALAH. Hanya bagaimana kita tempatkan dan salurkan cinta itu menjadikan cinta kita itu salah atau tidak.

Dan saya, tidak mengharapkan bila Allah kan datangkan jodoh terbaik buat saya. Dan, saya tidak pasti adakah sempat untuk saya bergelar seorang isteri di dunia, takut-takut ajal menjengah terlebih dahulu. Meskipun, saya turut mengharapkan ada insan yang menjadi imam dan pelindung saya sebagai pengganti kepada bapa. Cuma, tidak tahu, bilakah masanya, dan siapakah gerangannya..

"Don't choose a perfect guy. Choose the guy that's gonna make you a perfect girl.."

Salam 3 Syawal! :)

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Friday, September 10, 2010

Salam 'Eidul Fitri 1431H..


Bismillah wal Hamdulillah.

La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah.
Allahumma solli 'ala Muhammad.

Selamat menyambut kedatangan hari lebaran.
Moga proses pentarbiyah di bulan Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita, mampu menjadikan kita insan yang diredhai Allah dalam erti kata hijrah ke arah yang lebih baik. Moga kesannya dapat kita rasakan hingga ke bulan-bulan yang seterusnya.





Salam 'Eidul Fitri kepada seluruh ahli keluarga, sanak-saudara, guru-guru dari SR Islam ABIM, Sg Ramal Dalam, Kajang; SMK Jalan 3, B. B. Bangi; KOSTAQ YT-Besut; SM Imtiaz Dungun; Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu; CFS IIUM, Nilai; IIUM, Gombak; tenaga-tenaga pengajar Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan, sahabat-sahabiah yang mengenali diri ana atau tidak, secara langsung atau tidak langsung.

Sambutlah dan raikan 'eidul fitrimu dengan erti sebuah kemenangan. Kemenangan melawan hawa nafsu dan kemenangan kerana berjaya melaksanakan segala suruhan dan perintah Allah. Namun sehebat manapun kejayaanmu, ia tidak akan hadir tanpa izin dan rahmat Allah dan tidak akan sama sekali melebihi kebesaran yang dimiliki Allah. Justeru, serikanlah syawalmu dengan gema TAKBIR tanda kebesaranNya.

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR

LA ILAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD

Susulilah jua puasa enam hari di bulan Syawal, moga ianya mendapat keberkatan di sisiNya.

Mohon maaf atas segala salah dan silap serta kekhilafan diri ana sepanjang perkenalan. Maaf zahir dan batin.

Kullu 'aam wa antum bikher.

Wallahu a'lam.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Wednesday, September 23, 2009

Terima Kasih..


Ramadhan telah pun meninggalkan kita.

Syawal yang mulia pula tiba meniti masa.

Syaitan laknatullah sudah mula aktif bekerja.
Detik demi detik,
Minit demi minit,
Jam demi jam,
Hari demi hari,
Berlalu begitu sahaja.
Adakah kita sedar bahawa kematian semakin menghampiri kita? Haa..jawab la sendiri.. =)



Maaf semua. Sekadar celoteh, mungkin juga peringatan pada diri di pagi yang buta ini. Terima kasih kepada kak Asma' kerana membenarkan hamba guna laptop buat sementara waktu.

Sebenarnya, saya ingin merakamkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah Taala kerana masih memberikan peluang kepada saya untuk menulis sepatah dua di blog ini dan memberikan tubuh ini untuk bernafas serta menjalankan tugas sebagai seorang hamba.

Maaf, tujuan yang sebenarnya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua ibu bapa, adik-beradik, guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, pensyarah-pensyarah, sahabat sahabiah dan adik-adik semua yang telah meng'wish' Salam 'Aidilfitri kepada saya. Err..itu pun nak bagitahu kan? Tak mengapa la.. Anggap lah ini sebagai satu penghargaan.

Alhamdulillah, saya telah menerima lebih daripada 100 mesej ucapan hari raya, hanya melalui SMS, tidak termasuk wish melalui YM, call, emel dan di blog saya..=> Ada juga yang rajin memberikan kad raya kepada saya.. Saya berhajat untuk menyenaraikan nama-nama pengirim di bawah ini, akan tetapi masa sangat-sangat mencemburui saya. =) Syukron jazilan 'ala kullihal. Moga Allah Taala sentiasa merahmati kalian. Dan maaf sangat-sangat, bagi sesiapa yang saya tidak membalas kembali Salam 'Aidilfitri, mungkin kerana kredit sudah tiada atau sedikit sibuk atau malas ketika itu. Asif jiddan..

Setakat itu sahaja, wallahu a'lam. Sesiapa yang ingin mengucapkan Salam 'Aidilfitri kepada saya, dipersilakan, sementara Syawal masih ada..hehe..

Jazakumullah khairan kathira..

Salam 'Aidilfitri kepada semua..


Saturday, September 19, 2009

Syawal Yang Tersirat..

Hampir 29 hari berpuasa di bulan Ramadhan mengajar kita banyak perkara. Kita dilatih melawan nafsu: Mulut dikekang dari berkata kotor seperti mengumpat dan mencaci orang, perut dikekang dari memendatkan dengan pelbagai makanan, telinga dikekang dari mendengar yang haram, kaki dikekang dari berjalan ke tempat kejahatan dan mata pula dilarang dari melihat sesuatu yang diharamkan. Pada masa yang sama, Ramadhan melatih kita mengerjakan banyak amalan sunat seperti membaca Al-Quran, bersembahyang sunat, bersedekah, berzakat, berzikir dan bertafakur.

Latihan yang kita amalkan dalam bulan puasa ini dapat membantu kita membentuk sikap positif yang perlu dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara di atas merupakan ibadat yang perlu dihayati bukan saja dalam Ramadhan tapi seterusnya dalam bulan-bulan lain. Sebagaimana Islam menganjurkan kita beristiqamah dalam sesuatu amalan, begitulah juga dengan ibadat yang dilakukan dalam Ramadhan. Ia perlu dijadikan budaya sepanjang tahun sehinggalah kita berjumpa Ramadhan satu lagi. Ramadhan demi Ramadhan seterusnya bertindak sebagai pengukuhan meningkatkan mutu dan prestasi amalan menjadikannya lebih baik dan mantap dari setahun ke setahun.

Demikian juga Lailatul-Qadr yang ditemui setiap Ramadhan memberikan ganjaran bonus 1000 tahun bagi setiap amalan yang dilakukan. Bayangkan jika 30 tahun berpeluang melalui saat-saat keemasan ini. Umur kita yang pendek secara automatis menjadi begitu panjang dengan ganjaran pahala yang semestinya kita tidak dapat alami secara virtual di alam dunia tetapi akan dilihat secara virtual di akhirat kelak. Di dunia hakikat ini hanya diyakini setakat ilmul-yakin. Tahap keimanan masing-masing menjadi ukuran dalam menilai dan menghayati lailatul-qadr.

Esok kita akan berhari raya. Secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan mereka melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa Ramadan sebulan lamanya. Namun kita perlu muhasabah dan mengoreksi diri dengan merenung kembali kualiti puasa yang kita lakukan. Apakah dengan berakhirnya Ramadan rasa ketaqwaan, cahaya keimanan dan obor ketauhidan dalam diri kita berjaya dipertingkat dan semakin menebal. Insyallah jika objektif ini dapat dicapai maka ia menjadi petanda bahawa amalan kita diterima oleh Allah. Ini jelas dalam setiap ibadat; misalnya dalam ibadat haji; jika amalan selepas mengerjakan haji dikatakan bertambah baik daripada amalan sebelum pergi haji, itu menjadikan tanda sebagai penerimaan Allah terhadap hajinya atau memperolehi haji yang mabrur. Demikian juga dalam ibadat puasa. Jika tiada peningkatan antara amalan sebelum dan selepas malahan bertambah teruk, fahamlah kita amalan puasa kita belum mencapai tahap; malahan bersesuaian dengan sabda Nabi saw "Betapa ramai orang yang berpuasa yang tidak dapat apa kecuali lapar dan dahaga." Sasaran berpuasa ialah untuk mendapatkan puasa yang 'mabrur' juga.

Sebenarnya setiap hari puasa iaitu ketika berbuka, kita disaran untuk menilai kualiti puasa khusus pada hari itu. Begitulah pada hari-hari seterusnya. Selama sebulan kita mengoreksi diri dan di bulan syawal ini diadakan secara lebih menyeluruh. Biarlah Hari Raya dijadikan titik tolak baru bagi kita menjalankan muhasabah bagi memperbaiki diri sendiri.

Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya yang keberatan meninggalkan Ramadhan lantaran banyaknya ganjaran dan pahala disediakan pada bulan itu. Kepada golongan ini, Allah membuka satu lagi tawaran dengan menjanjikan pahala setahun iaitu dengan menjalani puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Sama-samalah kita rebut peluang ini sementara Syawal masih berada di depan kita.

Akhirnya sama-sama kita berharap dan berazam sungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allah sehinggalah kita meninggalkan alam yang fana ini. Amin..

Thursday, September 17, 2009

Walimah dan Urus..



InsyaAllah, kepada bekas pelajar-pelajar KOSTAQ BESUT, 1st and 2nd batch, kita akan mengadakan Jamuan Hari Raya yang mana turut bersama kita guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah yang kita rindui.. =( insyaAllah..


Maklumat program seperti yang tertera di atas. Sebarang pengesahan kehadiran, boleh dibuat melalui nama yang tertera (hari ni last day ye..).

Barangsiapa yang tidak dapat hadir sekalipun, tetapi ingin memberikan sumbangan, amatlah dialu-alukan..

Saya dengan ini merakamkan rasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat bersama-sama sahabat dan sahabiah sekalian pada hari tersebut kerana saya terpaksa menduduki Peperiksaan Akhir Sem bermula dari 24hb September ini. Di kesempatan ini, saya mengharapkan doa dari kalian semua untuk kejayaan saya di dunia dan di akhirat serta dipermudahkan untuk menghadapi ujian dariNya.

Akhir kalam, sama-sama lah kita memanfaatkan Ramadhan yang masih berbaki. SALAM MUHASABAH DIRI dan SALAM 'AIDILFITRI. Moga kedatangan Syawal, memberi sejuta keinsafan dalam diri kita.

Jazakumullah Khairan Jaza'. Wallahu a'lam.