Rendah pandangannya tinggi iltizam,
Taatkan Allah dan Nabi Junjungan,
Bibirnya dibasahi Zikrullah,
Lunaknya menghiasi Kalamullah,
Pakaiannya taqwa bukan sengsara,
Langkahnya tegas bukan memangkas,
Senyumnya ibadah bukan fitnah,
Malunya iman bukan lakonan,
Durinya beraja harumnya terpelihara..
MUTIARA KATA..
NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:
"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."
Seinfiniti rasa syukur pada Allah, Tuhan Sekalian Alam. Moga dirimu tetap jua teguh di jalanNya.
Kali ini, ana tertarik untuk berkongsi satu artikel yang ana dapat melalui emel sebentar tadi. Tersentuh bilamana membacanya. Moga dapat manfaatnya bersama.
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan anak lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan puteranya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.
Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata,“OK ayah, saya sudah bersedia”.
Ayahnya berkata,“Bersedia untuk apa?”.
Budak itu menjawab,“Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.
Ayahnya membalas,“Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya,“Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?".
Ayahnya menjawab,“Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.
Dengan nada sedih, budak itu bertanya,“Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.
Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata,“Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati”.
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya,“Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.
Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya”.
Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .
Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, "Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”
"Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati."
"Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi 'Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya'. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat."
"Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya."
"Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”.Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk 'Jalan Ke Syurga' yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut."
"Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka."
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR. ALLAHU AKBAR. Gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.
“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan dan peluang menikmati dua nikmat yang paling besar, yakni nikmat Iman dan nikmat Islam. Subhanallah..Allahu Akbar..
Sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah sekalian,
Allah berfirman dalam Surah al-Fath ayat 9 yang bermaksud:
"Supaya kamu semua beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan (agama)-Nya, membesarkan-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang."
Bertasbih di sini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.
Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagunganNya dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakamNya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.
Namun apabila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut namaNya lagi. Ketika itu, hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagunganNya. Akibatnya hukum-hakam diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Apabila ini terjadi jangan ditangisi jika Allah 'lupakan' kita.
Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa adalah orang yang banyak mengingatiNya; dengan lidah, hati dan perbuatan. Menjadi seorang Muslim sahaja (bukan muttaqin), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripadaNya. Siapakah kita, muttaqin atau hanya Muslim?
Muslim, lebih-lebih lagi Muslim yang fasiq, kurang berzikir malah ada yang tidak berzikir langsung. Apakah Allah akan mengingati kita jika kita melupakanNya? Lalu terbiarlah kita dihina, dizalimi dan diperkotak-katikkan oleh musuh tanpa mendapat pembelaan.
Bimbang dosa
Sayyidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dialebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh.Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita. Kenapa orang melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah, Lupa zikir kepadaNya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah.
Ya, masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sedikit pun mereka segera bertaubat. Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan dan perjuangkan. Mereka disokong oleh kawan dan dihormati oleh lawan. Belum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan akur dan tunduk.
When Allah is your "friend", who is your enemy?
Apabila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu pun tunduk kepada Sultan Salehuddin al-Ayubi. Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin? Tidak, tetapi kerana akhlak dan keperibadiannya yang ditempa dengan zikrullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih sayang dan prihatinnya, tidak terbatas. Merentas sempadan bangsa, negara dan agama.
Musuh tidak terlalu laju, tetapi orang Islam yang terlalu perlahan. Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujah dan menjelaskan dengan penuh hemah dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.
Dengan cinta, kita tidak hanya menyebut namaNya, mengingatiNya dan mendaulatkan hukum-hakamNya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat dan negara.
Kalau benar cintakan Allah, cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingatiNya.Bangun seawal Subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingatiNya. Kemudian bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.
Atur keluarga mengikut syariat. Jauhkan pendedahan aurat. Perangi pergaulan bebas, racun hedonisme dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja kita. Pacu kemajuan ekonomi, tetapi jangan lupakan hukum Ilahi. Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga halal dan haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.
Kalau benar cintakan Allah... ingatlah,"Cinta itu bukan kata-kata, love is a verb (cinta itu tindakan)". Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian. Jangan marahkan orang yang tidak cinta...jika kita tidak mencintai.
Marahkan diri kita dahulu, sebelum marahkan mereka. Tidak malukah kita kepada Allah, justeru jika demikian...bererti cinta kita hanya kata-kata? Hanya pura-pura?
Petikan diambil dari Majalah Solusi, edisi ke-16, oleh Muhammad Jihad, ruangan KATADUA.
Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak... sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku. ... sakittttttttt. .......sakit. .....rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.
Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. .Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria .... terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ....????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????
Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.
Buat renungan khusus untuk diri saya dan teman-teman.
Cuba kira... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat, jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadhan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi mengenai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, dan mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan qiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 sahaja.
(yang NASA Amerika dok bagitau kononnya pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)
Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu...? ALLAH sahaja maha mengetahui... cuba kita tengok hadis Nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender Islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2010 Calendar Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*) Aashura: December 27, 2009 Ramadan: August 11 - September 8, 2010 Eid ul-Fitr: September 9, 2010 Hajj: November 14 - November 17, 2010 Eid ul-Adha: November 16, 2010
2011 Calendar Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*) Aashura: December 16, 2010 Ramadan: August 1 - August 29, 2011 Eid ul-Fitr: August 30, 2011 Hajj: November 4 - November 7, 2011 Eid ul-Adha: November 6, 2011
2012 Calendar Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*) Aashura: December 5, 2011 Ramadan: July 20 - August 18, 2012 Eid ul-Fitr: August 19, 2012 Hajj: October 24 - October 27, 2012 Eid ul-Adha: October 26, 2012
Hampir 29 hari berpuasa di bulan Ramadhan mengajar kita banyak perkara. Kita dilatih melawan nafsu: Mulut dikekang dari berkata kotor seperti mengumpat dan mencaci orang, perut dikekang dari memendatkan dengan pelbagai makanan, telinga dikekang dari mendengar yang haram, kaki dikekang dari berjalan ke tempat kejahatan dan mata pula dilarang dari melihat sesuatu yang diharamkan. Pada masa yang sama, Ramadhan melatih kita mengerjakan banyak amalan sunat seperti membaca Al-Quran, bersembahyang sunat, bersedekah, berzakat, berzikir dan bertafakur.
Latihan yang kita amalkan dalam bulan puasa ini dapat membantu kita membentuk sikap positif yang perlu dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara di atas merupakan ibadat yang perlu dihayati bukan saja dalam Ramadhan tapi seterusnya dalam bulan-bulan lain. Sebagaimana Islam menganjurkan kita beristiqamah dalam sesuatu amalan, begitulah juga dengan ibadat yang dilakukan dalam Ramadhan. Ia perlu dijadikan budaya sepanjang tahun sehinggalah kita berjumpa Ramadhan satu lagi. Ramadhan demi Ramadhan seterusnya bertindak sebagai pengukuhan meningkatkan mutu dan prestasi amalan menjadikannya lebih baik dan mantap dari setahun ke setahun.
Demikian juga Lailatul-Qadr yang ditemui setiap Ramadhan memberikan ganjaran bonus 1000 tahun bagi setiap amalan yang dilakukan. Bayangkan jika 30 tahun berpeluang melalui saat-saat keemasan ini. Umur kita yang pendek secara automatis menjadi begitu panjang dengan ganjaran pahala yang semestinya kita tidak dapat alami secara virtual di alam dunia tetapi akan dilihat secara virtual di akhirat kelak. Di dunia hakikat ini hanya diyakini setakat ilmul-yakin. Tahap keimanan masing-masing menjadi ukuran dalam menilai dan menghayati lailatul-qadr.
Esok kita akan berhari raya. Secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan mereka melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa Ramadan sebulan lamanya. Namun kita perlu muhasabah dan mengoreksi diri dengan merenung kembali kualiti puasa yang kita lakukan. Apakah dengan berakhirnya Ramadan rasa ketaqwaan, cahaya keimanan dan obor ketauhidan dalam diri kita berjaya dipertingkat dan semakin menebal. Insyallah jika objektif ini dapat dicapai maka ia menjadi petanda bahawa amalan kita diterima oleh Allah. Ini jelas dalam setiap ibadat; misalnya dalam ibadat haji; jika amalan selepas mengerjakan haji dikatakan bertambah baik daripada amalan sebelum pergi haji, itu menjadikan tanda sebagai penerimaan Allah terhadap hajinya atau memperolehi haji yang mabrur. Demikian juga dalam ibadat puasa. Jika tiada peningkatan antara amalan sebelum dan selepas malahan bertambah teruk, fahamlah kita amalan puasa kita belum mencapai tahap; malahan bersesuaian dengan sabda Nabi saw "Betapa ramai orang yang berpuasa yang tidak dapat apa kecuali lapar dan dahaga." Sasaran berpuasa ialah untuk mendapatkan puasa yang 'mabrur' juga.
Sebenarnya setiap hari puasa iaitu ketika berbuka, kita disaran untuk menilai kualiti puasa khusus pada hari itu. Begitulah pada hari-hari seterusnya. Selama sebulan kita mengoreksi diri dan di bulan syawal ini diadakan secara lebih menyeluruh. Biarlah Hari Raya dijadikan titik tolak baru bagi kita menjalankan muhasabah bagi memperbaiki diri sendiri.
Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya yang keberatan meninggalkan Ramadhan lantaran banyaknya ganjaran dan pahala disediakan pada bulan itu. Kepada golongan ini, Allah membuka satu lagi tawaran dengan menjanjikan pahala setahun iaitu dengan menjalani puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Sama-samalah kita rebut peluang ini sementara Syawal masih berada di depan kita.
Akhirnya sama-sama kita berharap dan berazam sungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allah sehinggalah kita meninggalkan alam yang fana ini. Amin..
Salam Ramadhan, Salam Juang.. Subhanallah..Kita telah pun memasuki fasa terakhir di bulan Ramadhan. Bagaimana iman kita pada hari ini? Tepuk dada, tanya iman.
Saya baru sahaja membaca satu artikel di internet, sedang saya mencari rahsia Lailatul Qadar, tiba-tiba saya terjumpa artikel ini..
Cuba baca sat..
Setiap tahun di dalam bulan Ramadan, umat Islam yang mempercayai hadis akan menunggu kedatangan Lailatul Qadar atau Malam yang Berkuasa kerana mereka percaya orang yang menemui lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yang telah lepas akan diampunkan Allah, dan segala do'anya akan dimakbulkan. Kepercayaan ini bersandarkan kepada hadis berikut:
AbuHurayrah SAHIH AL-BUKHARI 1.34
Allah's Apostle (peace_be_upon_him) said, "Whoever establishes the prayers on the night of Qadr out of sincere faith and hoping to attain Allah's rewards (not to show off) then all his past sins will be forgiven."
Ada beberapa hadis yang menjelaskan kemungkinan waktu datangnya Lailatul Qadar itu. Diantaranya ialah:
Jilid: 3 No: 232 SAHIH BUKHARI Narrator: Ibn 'Umar
Some men amongst the COMPANIONS of the Prophet were shown in their DREAMS the night of Qadr was in the last seven nights of Ramadan. Allah's Apostle said, "It seems that all your dreams agree that (the Night of Qadr) is in the last SEVEN nights, and whoever wants to search for it (i.e. the Night of Qadr) should search in the last SEVEN (nights of Ramadan)."
Hadis di atas mengatakan bahawa Nabi berkata, malam Qadar itu ialah dalam tujuh hari terakhir bulan Ramadan, berdasarkan MIMPI beberapa orang sahabat.
3. 234 SAHIH BUKHARI 'Aisha
Allah's Apostle said, "Search for the Night of Qadr in the odd nights of the last TEN days of Ramadan."
Dalam hadis ini Nabi berkata lailatul Qadar itu adalah dalam sepuluh malam-malam GANJIL terakhir Ramadan. Ini adalah bercanggah dengan hadis yang terdahulu.
3. 237 SAHIH BUKHARI 'Aisha
Allah's Apostle used to practice Itikaf in the last ten nights of Ramadan and used to say, "Look for the Night of Qadr in the last TEN nights of the month of Ramadan,"
Dalam hadis ini Nabi berkata lailatul Qadar itu adalah dalam sepuluh malam-malam terakhir (bukan malam GANJIL sahaja). Ini pun bertentang dengan dua hadis yang terdahulu.
3. 240 SAHIH BUKHARI 'Ubada bin As-Samit
The Prophet came out to inform us about the Night of Qadr but two Muslims were quarreling with each other. So, the Prophet said, "I came out to inform you about the Night of Qadr but such-and-such persons were quarreling, so the news about it had been taken away; yet that might be for your own good, so search for it on the 29th, 27th and 25th (of Ramadan).
Hadis ini pula mengatakan berita tentang lailatul Qadar itu sudah ditarik balik (Nabi lupa) kerana dua orang bergaduh. Maka Nabi mengagak-agak ia mungkin pada malam 29, 27 atau 25 Ramadan. Ini pun lagi satu penjelasan Nabi yang bercanggah.
3. 244 SAHIH BUKHARI Abu Said Al-Khudri
Allah's Apostle used to practice Itikaf in the middle ten days of Ramadan and once he stayed in Itikaf till the night of the twenty-first and it was the night in the morning of which he used to come out of his Itikaf. The Prophet said, "Whoever was in Itikaf with me should stay in Itikaf for the last ten days, for I was informed (of the date) of the Night (of Qadr) but I have been caused to forget it. (In the dream) I saw myself prostrating in mud and water in the morning of that night. So, look for it in the last ten nights and in the odd ones of them." It rained that night and the roof of the mosque dribbled as it was made of leaf stalks of date-palms. I saw with my own eyes the mark of mud and water on the forehead of the Prophet (i.e. in the morning of the twenty-first).
Hadis ini pun mengatakan Nabi lupa. Namun demikian, Nabi menyuruh orang menunggu lailatul Qadar itu pada keseluruhan sepuluh malam terakhir Ramadan.
Hadis-hadis sahih Bukhari tersebut adalah saling bercanggah dan tidak menyatakan malam yang tepat tentang kejadian lailatul Qadar itu.
Walaupun begitu, ada satu hadis dari sahih Muslim yang memberi tarikh yang tepat kejadian lailatul Qadar itu, iaitu pada malam yang ke-27. Tetapi hadis ini agak karut kerana ia mengatakan buktinya ialah matahari terbit tanpa sinaran pada hari tersebut. Hadisnya adalah sebagai berikut:
Ubayy ibn Ka'b SAHIH MUSLIM 2633 Zirr ibn Hubaysh reported:
I thus asked Ubayy ibn Ka'b: Your brother (in faith) Ibn Mas'ud says: He who stands (for the night prayer) throughout the year will find laylat al-Qadr. Thereupon he said: May Allah have mercy upon him. (He said these words) with the intention that people might not rely only (on one night), whereas he knew that it (laylat al-Qadr) was in the month of Ramadan and it was the twenty-seventh night. He then took an oath (without making any exception, i.e. without saying insha'Allah) that it was the twenty-seventh night. I said to him: AbulMundhir, on what grounds do you say that? Thereupon he said: By the indication or by the sign which the Messenger of Allah (peace_be_upon_him) gave us, and that is that on that day (the sun) would rise without having any ray in it.
Semua hadis tersebut adalah bercanggah, anih dan tidak boleh dipercayai. Tidak terdapat satu pun hadis yang mengatakan bahawa Nabi atau sahabat pernah terjumpa lailatul Qadar itu. Sekiranya Nabi sendiri pun tidak pernah bertemu dengan lailatul Qadar, mungkinkah manusia lain lebih wajar menemuinya?
Keterangan Quran tentang lailatul Qadar adalah amat jelas
97:1. Sesungguhnya, Kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang berkuasa.
97:2. Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?
97:3. Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan,
97:4. Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,
Ayat 97:1 menjelaskan bahawa malam qadr itu berlaku sekali sahaja iaitu satu malam waktu Quran diturunkan. Malam itulah yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan dimana Malaikat dan Roh juga turun.
Quran itu telah diturunkan pada bulan Ramadan, seperti yang dijelaskan di dalam ayat 2:185. "Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia.."
Quran itu diturunkan kepada Nabi sekali sahaja dalam waktu hayatnya. Maka peristiwa lailatul Qadar itu tentulah juga sekali sahaja dan tidak akan berulang lagi hingga hari kiamat.
Oleh itu, menunggu-nunggu kedatangan lailatul Qadar nyatalah amalan sesat dan sia-sia.
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah..
Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun.
Lalu salah seorang lelaki tu bertempik, "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu".
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam itu.
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah..
Sekian.
Macam mana, adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas??? Selain terhibur, anda fikirlah..
"Lawak kan, dari 1,000 org yang mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman.. "
"Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun. Dia tak kata pun nak bunuh. Tapi generasi sekarang, amat lemah.. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi.."
"Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila time sembahyang jumaat. Tunjuk muka kat orang kampung. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje. Bila time sembahyang raya.."
"Lawak kan, ramai orang percaya kepada gossip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran.."
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.."
"Lawak kan, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam- jam tapi nak berdoa kepada ALLAH, alahai..tak cukup masa.."
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.
Lawak kan??? Kenapa?
Gelak tu kan realiti.
Tapi yg paling lawak sekali.. Berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kepada orang lain? Berapa banyak??
Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum.. Kabare? Moga saudara, saudari, muslimin, muslimat semua sentiasa di bawah perlindungan Allah Taala. Bersempena di bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama men'topup' amalan kita dengan amalan-amalan sunnah seperti Solat Tarawih, Berzikir, Bertadarus dsb..
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat sahabiah semua berkenaan dengan cara untuk kita bersangka baik sesama kita. Tidak lupa juga, semestinya kita sentiasa Husnuzzhon dengan Allah Taala. Kerana apa? Setiap perkara yang Allah tetapkan, pasti ada hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia yang tersingkap di sebalik ketentuanNya. Syukur dan redha atas segalanya..
Saya mengambil sumber-sumber dari catatan Syeikh Abdulkadir Al Jailani. Sebenarnya, mudah sahaja untuk dipraktikkan, cuma Nak Atau Tak Nak sahaja. Moga-moga kita mendapat manfaat dari apa yang diperkatakan..
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."
Ayuh mujahidin, mujahidah sekalian, FASTABIQUL KHAIRAT.. Rebutlah peluang di bulan Ramadhan dengan melakukan amalan-amalan yang soleh. Wallahu a'lam.
Seusai sudah menikmati sahur, aku mencapai handphoneku, lantas ku menghidupkan telefon berjenama Sony Ericsson itu. Tatkala menunggu kedengaran azan Subuh, sekali gus menandakan waktu bersahur telah tamat, aku menggelengkan kepala, mengingat akan kecuaian aku meninggalkan charger phone di asrama. Masakan tidak, hanya aku seorang yang memakai telefon bimbit berjenama sony dalam keluargaku. Lalu, aku terpaksa meng’off’kan hp buat seketika sepanjang berada di kampung halaman.
Kali terakhir aku meng’on’kan hp adalah jam 12 pagi tadi, semata-mata untuk mengucapkan ‘Sanah Helwah’ kepada salah seorang adik-beradik usrahku, Ateh. Sejurus selepas itu, aku menutupnya kembali. Tiba-tiba, aku mendapat 3 mesej. Satu mesej dari Ateh, yang mengucapkan terima kasih untukku. 2 mesej lagi dari orang yang sama. Dia juga adik-beradik usrahku, Acik, merangkap bekas Roommate ku sewaktu di Darul Quran dahulu.
“Adik, bangun qiam.. Adik, Acik rindu Adik.. Acik rindu saat-saat kita bangun qiam sama-sama.. sangat indah masa tu.. Aku rindu ko..huhu.. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami untuk mencintaiMu Ya Allah.. Adik, Acik sayang Adik.. Fillah..Lillah..”
Dua kali dia menghantar mesej itu kepadaku. Mungkin kerana mesej kali pertama tidak delivered. Aku terdiam seketika. Tanpa berbuat apa-apa, aku terus bangkit dan menuju ke toilet untuk menyiapkan diri sebelum menunaikan Solat Subuh. Ayat dia terngiang-ngiang sehingga sekarang. Aku tidak mengerti, mengapa aku tidak membalas mesejnya sehingga kini. Tapi, kali ini, aku karang khas satu warkah untuk kau, Acik..
Terkenang kembali saat-saat kita mula menjejakkan kaki ke bumi barokah, Darul Quran. Kita sama-sama masuk mendaftar untuk pengambilan kedua. Kita betul-betul tidak serasi. Pada mulanya, aku agak gembira sebab dapat roommate orang Kedah, sebab mak pun anak kelahiran Kedah. Tapi, setelah beberapa hari berlalu, kita masih tidak bertegur sapa. Sikit-sikit tu, ada lah. Aku jugak yang tergerak nak pergi minta no phone dengan kau, kalau tak...
Setiap kali kakak senior di sekolahku datang menjengukku di bilik, pasti kau tiada. Dan setiap kali kau ada di bilik, aku pula yang tiada. Aku tahu, dulu kau mengadu pada kakak-kakak yang kau tidak serasi duduk sebilik dengan aku. Tapi, setiap kali kakak-kakak bertanya kepadaku perihal kita, “Macam mana dengan roommate?”. Aku jawab, “Alhamdulillah..kitorang OK je..”. Aku cuba berselindung dari hal sebenar. Aku faham kau rasa keseorangan sebab aku selalu bersama-sama rakan-rakan sekolahku dahulu. Jadi, kau pun mengambil inisiatif untuk buat perkara yang sama.
Suatu ketika, kita diminta oleh Exco HEWI untuk menukar bilik. Aku ingat lagi, betapa kerasnya kepala kau saat tu. Kalau baling dengan batu, sure tak pecah kepala kau tu. (Sorry..just kidding..) Alasan yang kau beri, kau tak nak bilik yang menghadap asrama banin. Nanti tak boleh buka langsir dan tingkap. Kau nak bilik yang menghadap taman. Masa tu, kita sama-sama kena ‘ceramah’ dengan akak-akak. Aku dah tak tau nak buat apa sebab aku tak kisah dapat bilik mana-mana pun. Masa tu, aku malas nak layan kau. Suka hati lah nak buat apa pun. Tapi, yang sedihnya, tergamak kau cakap, “Kalau kau nak pindah, pindah la sorang-sorang. Aku nak duduk sini je..” Habis, aku nak duduk dengan siapa? Last-last, aku ikut kau juga..=)
Venue: Surau Asrama Banat,
Agenda: Pembahagian Usrah LADAR, PERKEMAT.
Aduhai.. Tengok-tengok kita satu usrah pula. Kenapa la takdir aku asyik dengan dia je. Tapi, masa tu tak fikir apa dah. Gembira la roommate pun satu usrah. Mungkin di situ titik permulaan untuk kita jadi lebih rapat. Dan dari sinilah terciptanya nama ACIK untuk kau dan ADIK untuk aku.
12 Mac 2008. Ingat lagi tak tarikh ni? Ni lah tarikh keluar result SPM. Aku agak bersendiri ketika itu kerana keputusan yang aku terima kurang memuaskan. Sedangkan aku pernah menjadi 8 top students ketika di Tingkatan 5. Aku menerima suratan ini sebagai takdir dan pasti ada hikmah di sebaliknya. Kau hebat, Acik. Keputusan kau sangat cemerlang. Tapi kau tak tunjuk kebanggaan kau di hadapan orang lain. Kau tenang saja. Mungkin kau nak menjaga hati aku saat itu. Kau seorang yang rendah diri. Aku bangga punya roommate seperti kau.
Venue: Auditorium S.M.N.,
Agenda: AGM IQRaC.
Bermula dari Timbalan TTK, tiba-tiba muncul nama kau, Acik. Hebatnya kau. Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin tatkala diri masih bertatih untuk mengurusnya. Dari awal lagi aku dah Nampak kebolehan kau. Sebab itu, bila ada pungutan undi dari ahli sem kita, aku mengundi nama kau untuk jawatan tu. Aku tahu kau lebih dari boleh, dengan gaya dan perwatakan kau yang sebegitu. Walaupun acap kali kau mengatakan yang kau tidak aktif bersukan, tapi itu bukan puncanya. Kau punya idea dan pemikiran yang rencam dan luar biasa yang tidak semua orang dianugerahkan sebegitu.
Aku menyedari akan kelemahan kau dalam menghafaz. Aku bersalah, Acik..sebab aku tak banyak menolong kau di saat itu. Tapi, aku dah cuba sedaya upaya, Cuma tidak tahu setakat mana keberhasilan pertolongan aku. Bila tiba saat keputusan peperiksaan Sem 1 keluar, kau sedih, kau menangis. Aku dapat merasakan, akulah orang yang paling teruk waktu tu. Bagaimana tergamaknya aku membiarkan kau berada dalam kegagalan sedangkan aku cemerlang. Aku minta maaf,cik..
Aku berusaha untuk membuat surat rayuan bagi pihak kelab supaya pelajar-pelajar yang mendapar rasib dapat meneruskan pengajian di DQ. Melangkah pula ke Sem 2, aku sangat sibuk sepanjang sem tu. Aku tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada kau. Aku minta maaf. Bila tiba waktu exam sem kali ini, kau terpaksa mengasingkan diri. Tidak mengapa Acik, aku faham..
Sewaktu kau bermujahadah untuk ujian tambahan, aku takut untuk mengganggu. Aku cuba untuk membantu dari segi luaran. Aku limitkan kerja-kerja persatuan untuk kau, ambilkan makanan, basuhkan baju dan sampai masa aku pulang ke rumah hujung minggu, aku teringin sekali mengajak kau bersama. Tapi, memandangkan kondisi kau waktu itu perlukan masa untuk mujahadah, aku simpan hajat itu. Malangnya, sehingga kini, kau masih belum berkesempatan untuk bertandang ke rumahku. Tapi, aku pernah pergi rumah kau, Cik.. Ingat lagi tak waktu raya tahun lepas? =)
Sekali lagi, kau diundang perasaan sedih dan sayu. Kali ini, rayuan kau dan sahabat-sahabat lain tidak lagi dilayan oleh Pengarah. Aku amat-amat simpati dengan kau. Aku bersalah, Acik..
Teringat dulu, bila aku sakit, kau tolong urut, kau tolong sapukan ubat, kau tolong ambilkan makanan di dewan makan. Tapi, bila kau sakit, kau tidak beritahu aku pun. Kebanyakannya, aku yang perasan sendiri. “Adik, malam tadi Acik lelah la..”. “Laa..kenapa tak kejutkan adik??”. “Aku tak sampai hati laa..”. Itu lah kau.. Kau pun selalu dengar leteran aku. Kalau bilik bersepah sikit, mesti bingit telinga kau. Tapi kau sabar je. Bilik kita boleh kata macam stor. Mana tidaknya, tempat aku penuh dengan fail-fail SU, tempat kau pula penuh dengan barang-barang kelab. Kadang-kadang aku jadi serabut, tak pasal-pasal kau jadi mangsanya.
Menjelang Musabaqah Hafazan, aku akui, aku sangat-sangat tertekan ketika itu. Hampir seminggu sebelum hari bertanding, aku mengurungkan diri dalam bilik. Masakan tidak, persediaan dibuat saat-saat terakhir. Kerja-kerja persatuan pun banyak terbengkalai. Mujur ada ketua dan sahabat seorganisasi yang membantu. Waktu tu, kau sangat-sangat memahami aku. Kau paksa aku makan, tolong picitkan kepala dan macam-macam lagi. Aku terharu.. Terima kasih, Acik..
Peperiksaan Sem 3, membuatkan aku menjadi tidak keruan. Sebab, masa tu bertembung dengan banyak perkara yang perlu disetelkan. Persediaan pun ntah ke mana. Kau datang membantu. Kau tolong aku mengulang Al-Quran, tolong semak bacaan, tolong study sekali, walaupun waktu tu kau sudah terkecuali dari mengambil peperiksaan. Aku faham perasaan kau pabila orang kata kepada kau, “Alaa..best r kau Acik..x periksa..boleh duk relax..”. Tapi mereka tidak tahu yang kau sudah terseksa buat sekian lama. Kau tabah mengharungi semua ini.
Tamat belajar di DQ, kita berpisah. Aku ke Nilai, kau ke PJ. Aku kagum dengan kau. Kau ambil course MEDIC. Aku doakan kau dapat menjadi doctor yang berbakti kepada agama, bangsa dan Negara. Kau dah jadi doctor untuk aku selama ini. Moga-moga hidup kaulebih cerah selepas ini dan berjaya di dunia dan di akhirat. Doaku moga kau setabah Khadijah, dan doakan aku jua sefaqih Aisyah.
Hari Konvokesyen. Aku mengharapkan kau datang untuk sama-sama meraikan kejayaan ini. Alhamdulillah, aku dapat natijah yang cemerlang. Tapi, anugerah ini bukan untuk aku, tapi untuk ibu bapa dan untuk kau juga. Asalnya, berita yang mengatakan kau tidak dapat hadir, mengecewakan aku. Rupa-rupanya, kau datang juga walau sebentar. Kau buat kejutan untuk aku rupanya. Tahniah, sebab kau pun berjayauntuk khatam 30 juzu’ Al-Quran. Tidak semua orang dapat menikmati pahit manis perjuangan sebagai Huffazul-Quran. Kau beruntung, Cik..sebab kau redha dan sabar atas segala yang menimpa kau. Kaulah satu-satunya sahabat, rakan, taulan, teman dan kawan aku dunia dan akhirat.