MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Showing posts with label Kita Hamba. Show all posts
Showing posts with label Kita Hamba. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Raikan Fitrah..


Situasi 1

Asiah : Bang, semalam kan saya pergi rumah Mak Long, dia jamu kuih almond london. Teringin pulak saya. Nanti kita gi beli ye bang, dekat2 nak Raya Haji ni..
Saiful : Mmm..
Asiah : Bang, tadi saya masak gulai ikan masin kesukaan abang. Jom la kita makan..
Saiful : Ye..
Asiah : Bang, petang ni ada rancangan Al-Kulliyyah. Tolong ingatkan saya ya..
Saiful : Mmm..
Asiah : Bang, esok tolong temankan saya pergi beli barang dapur sikit boleh tak?
Saiful : Mmm..
Asiah : Bang, nak air ke? Saya tolong buatkan..
Saiful : Cukup3. Awak ni.. Asyik bercakap je dari tadi. Tak penat ke? Awak diam boleh tak?
Asiah : Erk, ok.. :(

Sejam kemudian..

Saiful : Asiah, tolong ambilkan kopiah abang di bilik.
Asiah : [hanya mengangguk]

Saiful : Jom makan..
Asiah : [ikut pergi ke dapur]

Saiful : Kenapa senyap je ni? Biasanya tengah2 makan ni macam2 cerita ada..
Asiah : [hanya tersengih]

Saiful : Asiah, abang pergi masjid dulu ye.
Asiah : [hanya angguk dan senyum]

Saiful : Ni kenapa tak cakap sepatah langsung ni? Sakit gigi ye?
Asiah : Tadi kan abang suruh senyap.
Saiful : Erk. =.=

Situasi 2

Saiful sedang menonton televisyen, perlawanan sengit bola sepak antara Terengganu dan Negeri Sembilan.

Asiah, tanpa disedari mengambil remote tv menukar siaran kepada drama bersiri Indonesia.

Saiful : Eh, kenapa tukar channel ni? Orang tengah syok tengok tadi..
Asiah : Abang ni asyik tengok bola je.. Nak kata pandai main, tak jugak. Tengok la cerita lain pulak.
Saiful : [frust]

Situasi 3

Farah : Mama, nak buku mewarna tu.. Belikan la..
Asiah : Tak payah la. Dah 5 Tahun dah, besar panjang dah. Beli la buku Amal Jama'i oleh Haji Yahya Othman ke..
Farah : 'amal jama'i tu apa benda..'

********************


Raikanlah fitrah yang ada pada seseorang itu. Barangkali kita belajar sesuatu daripadanya.

Fitrah seorang perempuan adalah ingin berkongsi sesuatu dengan orang yang paling dekat dengannya. Sekalipun kita terpaksa mendengar cerita yang sama berulang kali, apa salahnya kita teruskan mendengar dan raikan dia.. :)

'Fitrah' seorang lelaki, suka bersukan dan rata-ratanya menggemari sukan bola sepak. Apalah kiranya jika kita meraikan kegemaran dia sekalipun kita tidak menggemari mahupun membenci sukan tersebut. :)

Bagi anak-anak kecil, fitrah mereka inginkan permainan yang sesuai dengan seusianya. Menjadi kebosanan buat anak-anak kecil sekiranya kita mendesak mereka dengan perkara di luar kemampuan mereka. Namun, sesekali ada baiknya jika kita dedahkan pada mereka isu-isu dan perkara-perkara yang membuatkan mereka lebih berfikiran matang dan terkehadapan. Kerana apa, sekaranglah masanya untuk kita melahirkan generasi haraki dan rabbani yang intelek, baik dari sudut tarbiyah juga dari sudut siasah dan akhlaq. Bukan lagi sekadar melihat anak-anak bermain sep-sep tom-tom, galah panjang dan lompat tikus.

Begitu juga, fitrah manusia adalah ingin hidup berTuhan. Kita tidak akan lari dari berharap dan perlukan nusrah dari Tuhan. Kerana kita dijadikan sebagai insan yang lemah. Adanya Dia, Allah Yang Maha Berkuasa, lebih menguatkan aqidah dan meneguhkan iman kita sebagai hamba yang sentiasa tercari-cari sinar ketaqwaan dan kebahagiaan dalam erti kata yang sebenar.

Tidak semua perkara kita harus memenuhi kehendak manusia hanya kerana 'fitrah'. Ada perkara yang kita akui ianya merupakan fitrah sebagai seorang manusia, namun haruslah dihiasi dengan jalan yang diredhai oleh Allah Taala, tidak hanya mengikut hawa nafsu semata.

Segalanya berbalik pada diri kita. 

Raikanlah pandangan dan karakter orang lain. :)

*Selamat Bercuti..
*Selamat Hari Raya Aidil Adha. 'Eid Mubarak..

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~