MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Friday, October 2, 2009

Hari Ini Hari Apa..?


Cucu: Atuk,.. Hari ni hari apa?

Atuk: Hari Jumaat, cu..
Cu: Hari apa?
Tok: Hari Jumaat..
Cu: Hari apa?
Tok: Hari Jumaat..
Cu: Hari apa?
Tok: Ya Allah..Hari Jumaat la..
Cu: =)

Bismillah wal hamdulillah..

Syukur pada Allah kerana telah menghantar nyamuks (jama') di malam Jumaat ini sebagai wasilah mengejutkan hambaNya yang leka dari tidur pada jam 4 pagi tadi. Rupanya sebelum tidur, terlupa untuk memasang ubat nyamuk. Tidak mengapalah, rezeki kau nyamuk..

Bangkit dari tidur, terus menghidupkan suis 'penghalang nyamuk'. Niat ingin tidur semula, mana tidak, tidur pukul 2 lebih, kononnya study lewat malam sebab nak periksa..isy3... Tapi niat buruk itu, terbatal serta-merta pabila teringatkan hambaNya ini yang terlalu banyak melakukan maksiat, lantas bangkit untuk menyahut seruan menghidupkan malamNya.. Moga Allah memberkati..

Sejurus selepas itu, ku mencapai senaskhah al-Quran, mujur aku teringat yang hari ini, hari Jumaat. Hari apa? Hari Jumaat... Terus ku menyelak helaian kitab suci itu sehingga ku temui SURAH AL-KAHFI, m/s 293, yang mana banyak fadhilat jika kita membaca surah ini pada hari Jumaat. Hari apa? Hari Jumaat..atau dikenali sebagai Sayyidul Ayyam (Penghulu segala hari).

Alhamdulillah, aku sempat menghabiskan bacaan satu surah itu sebelum masuk waktu Subuh. Kemudian, aku mengambil Tafsir Al-Azhar yang terletak di rak buku di ruang tamu untuk meneliti satu ayat di dalam Surah ini. Di sini ingin saya kongsikan secebis ilmu yang saya terima daripada Al-Fadhil Ustaz Che Abdul Majid, Pensyarah UIA selepas tamat Kelas Tasmi' yang diadakan sekali dalam seminggu. Mungkin sebilangan sudah mengetahuinya, tapi anggaplah ini sebagai perkongsian supaya ilmu ini tidak hilang dari ingatan.


بسم الله الرحمن الرحيم

{{ ولبثوا في كهفهم ثلث مائة سنين وازدادوا تسعا }}

Terjemahan: "Dan mereka tinggal di dalam gua selama tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun."

Aii..yang mana satu ni? 300 tahun ke, 309 tahun? Inilah persoalan yang ditimbulkan oleh orang Kafir, lalu mereka bertanya kepada Rasulullah.

"Dan mereka tinggal di dalam gua selama 300 tahun.."

Ia membawa maksud, mengikut perkiraan Tahun Syamsiyah (Masihi), kiraan peredaran Matahari berjumlah 365 hari dalam setahun.

"..Dan ditambah 9 tahun."

Ertinya, 300 tahun mengikut perkiraan perjalanan matahari yang setahun 365 hari, apabila ditambah 9 tahun lagi, menjadikan 309 tahun apabila dihitung dengan hisab perjalanan bulan yang setahun 354 hari.

Disebut dalam ayat ini, kedua-dua bilangan tahun ini, Syamsiyah (matahari) dan Qamariyah (bulan), disebabkan pada masa Nabi s.a.w., bilangan hari itu digunakan untuk memperkatakan penghuni Kahfi. Orang-orang Yahudi dan Nasrani memakai taqwim Masihi, kerana pengaruh kekuasaan Romawi Timur yang ada di sebelah Utara Tanah Arab, iaitu Tanah Syam, Mosopotami dan Palestin. Manakala orang Arab sejak dahulu memakai perkiraan taqwim Hijri.

Kalau nak diikutkan cara pengiraan (lebih kurang begini la..):

1 tahun : 365 hari
Perbezaan hari taqwim Masihi dan Hijri : 11 hari
300 tahun x 11 : 3300 hari
3300 hari / 365 : 9.04 tahun ~ 9 tahun
300 tahun (Masihi) + 9 tahun = 309 tahun (Hijri)

Kemudian, datanglah ayat yang seterusnya,

"Katakanlah, Allah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal (di gua)..."

Pada ayat 25 di atas, Allah telah memberitahu berapa lamanya penghuni-penghuni Kahfi itu tidur di sana, iaitu 300 tahun Syamsiah, ditambah 9 tahun jika dikira mengikut Qamariyah. Itulah perkiraan yang betul. Maka, jika ada lagi orang yang mengemukakan hitungan yang lain, lebih dari 300 atau 309 tahun, atau kurang dari itu, ia tidak boleh diterima lagi. Sebab mereka tidak dapat mengemukakan bukti-bukti atau data dan fakta yang terperinci.

Begitulah, walau satu ayat, banyak tersingkap rahsia di sebalik mesej yang dibawa. InsyaAllah, bertemu lagi pada sesi akan datang. Tapi, asif kathir, sebab mencuri sedikit waktu yang Allah berikan untuk mencoret di blog ini, sebab sebelum ini sudah memberitahu bahawa dalam fatrah exam ni, pengupdatan blog akan berhenti seketika. huhu..

Wallahu a'lam..

No comments: