MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Sunday, March 14, 2010

Wasiat..


Bismillah wal Hamdulillah.

Alhamdulillah, selepas solat Isya' tadi, saya sempat mengikuti usrah Muslimat PAS cawangan Sg Tangkas. Antara input yang saya ingin kongsikan adalah Wasiat Rasulullah kepada Wanita, yang disampaikan oleh Kak Azimah.

1) Baca dan amal zikir ini sebanyak tujuh kali setiap selepas solat subuh.

حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم

2) Perbanyakkan istighfar terutama penghulu istighfar. Baca tiga kali selepas subuh dan tiga kali selepas asar. Allah jamin syurga sesiapa yang istiqamah mengamalkannya, dengan syarat ikhlas kerana Allah, iaitu:

اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شرما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوؤ بذنبي
فاغفرلي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت


3) Perbanyakkan sedekah mengikut kemampuan.

4) Sentiasa mengawasi diri dari melakukan dosa-dosa kecil yang berterusan, kerana dosa kecil akan menjadi besar sekiranya berterusan.

5) Sebelum tidur wanita digalakkan mengamalkan zikir ini sebanyak 33 kali setiap satu:

سبحان الله
الحمد لله
الله أكبر


6) Doa yang Rasulullah telah ajar kepada anakanda tercinta iaitu Fatimah az-Zahrah ketika mana Rasulullah melihat wajah Fatimah pucat dan keletihan kerana menguruskan rumahtangga. Doanya ialah:

يا حي يا قيوم
أصلح لي شأني كله
ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين


7) Banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Sollallahu `Alaihi Wasallam, kerana Allah sendiri berselawat kepada Baginda.

8) Jangan sesekali mempermainkan perkataan 'Cerai' atau suka melafazkannya kepada suami, kerana sangat besar kemurkaan Allah kepada wanita ini.


Tak rugi pun kalau kita berselawat di waktu lapang even masa sibuk, malah mendapat ganjaran dari Allah taala.
Moga sama-sama dapat ambil iktibar dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

Wallahu a'lam.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Saturday, March 13, 2010

MATTA Fair..


Bismillah wal hamdulillah.


Syukur pada Allah kerana masih memberi kesempatan kepada hambaNya untuk menghirup saki-baki oksigen di muka bumi.

Pagi tadi, saya menemani kakak saya ke PWTC, sebab ada MATTA Fair. Apa kebenda MATTA Fair tu? Ramai yang bertanya pabila saya tinggalkan status saya di YM tadi.

Nama singkatan bagi Malaysia's Travel Fair ini bermula pada hari ini, 12 March 2010 sehinggalah 14 March 2010. Terdapat beberapa destinasi sebagai tempat pelancongan yang menarik boleh dilawati, dengan mengenakan harga tiket penerbangan yang agak murah berbanding harga di pasaran (???).

Di sana, ada juga diadakan show stage di Hall .... (mana tah..tak ingat..). Dan macam-macam lagi aktiviti-aktiviti yang disediakan. Dan kebetulan, ada juga lagi satu Fair apa ntah, yang membuat promosi barang-barang digital seperti kamera, laptop, dsb.

Bertempat di PWTC, jangan cari WTC, sebab dah runtuh dah. Runtuh sebab apa? Dan hasil rancangan siapa? Ha, jawab sendiri. Ewah..

Masih dalam kepenatan sebenarnya ni. Baru balik jam 11 malam tadi, berkenderaankan (isy, salah tatabahasa ni..) komuter, apa lagi kan. Tapi sengaja search internet sekejap. =)

Ok la. Jadi, barangsiapa yang berminat untuk melancong, ataupun sambung belajar di waktu cuti semester ni, ataupun membuat kajian penyelidikan di negara lain, ataupun saja2 nak naik flight sebab tak pernah naik, boleh la membeli tiket dengan harga yang tak mahal, tak mencekik darah, tak murah sangat, senang cerita, murah dan berpatutan la. Macam promote la pula. '^_^

Dan, di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan takziah kepada sahabat-sahabiah yang mendapat keputusan yang mantop2 pada peperiksaan sem lepas. Sesungguhnya inilah janji Allah buat hamba2Nya yang ikhlas dalam membantu agamaNya.

Saya minta izin untuk mengundur diri terlebih dahulu. Salah silap, terkasar bahasa, mohon dimaafkan.

Moga kita semua terus thabat di jalanNya.


Wallahu a'lam.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Thursday, March 11, 2010

Result..Yeah..!!


Bismillah wal Hamdulillah..


Alhamdulillah, hari ni, result SPM keluar. Tahniah dan takziah bagi sesiapa yang dapat keputusan yang cemerlang. Dan bagi yang kurang bernasib baik, jangan mudah mengalah, cuba lagi untuk trek akan datang.

Dan...
Hari ni result exam sem 2 pun akan keluar. Wah, gawat ni.. Habislah kena dera dengan mak lepas ni. Doa2kan saya, moga2 najah ye!

Tuesday, March 9, 2010

Cuba, Try, Test Tengok.. (Siri 2)


Jom..layan..


1) Apakah nama parlimen Quraisy?

2) Siapakah orang yang memburu Rasulullah s.a.w. semasa Baginda berhijrah, demi merebut ganjaran 100 ekor unta?


3) Namakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w.?

4) Apakah surah-surah yang bermula dengan الم ?

5) Suraqah bin Malik tetap memeluk Islam, tetapi bukan semasa peristiwa Hijrah. Bilakah Suraqah memeluk Islam?


6) Orang pertama yang minum air zam-zam ialah....?


7) Siapakah isteri Rasulullah s.a.w. yang disebut Jibrail sebagai sowwamah wa qawwamah (wanita yang rajin berpuasa dan solat)?

8) Namakan dua syarikat penerbangan yang menggunakan perkataan "buraq" sebagai sebahagian nama syarikat mereka.


9) Namakan puasa-puasa sunat yang terdapat dalam bulan-bulan berikut:

-Muharam

-Syawal

-Zulhijjah


10) Apakah gelaran Abu Jahal dalam kalangan orang Quraisy?


Itu sahaja. Jawapan akan diberitahu di lain masa.

Selamat mencuba. '^_^ Moga sama-sama beroleh manfaat.


Wallahu a'alam.


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~


Sunday, March 7, 2010

Kalau Benar Cintakan Allah..


Bismillah wal Hamdulillah.

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan dan peluang menikmati dua nikmat yang paling besar, yakni nikmat Iman dan nikmat Islam. Subhanallah..Allahu Akbar..

Sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah sekalian,

Allah berfirman dalam Surah al-Fath ayat 9 yang bermaksud:

"Supaya kamu semua beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan (agama)-Nya, membesarkan-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang."

Bertasbih di sini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagunganNya dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakamNya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun apabila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut namaNya lagi. Ketika itu, hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagunganNya. Akibatnya hukum-hakam diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Apabila ini terjadi jangan ditangisi jika Allah 'lupakan' kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa adalah orang yang banyak mengingatiNya; dengan lidah, hati dan perbuatan. Menjadi seorang Muslim sahaja (bukan muttaqin), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripadaNya. Siapakah kita, muttaqin atau hanya Muslim?

Muslim, lebih-lebih lagi Muslim yang fasiq, kurang berzikir malah ada yang tidak berzikir langsung. Apakah Allah akan mengingati kita jika kita melupakanNya? Lalu terbiarlah kita dihina, dizalimi dan diperkotak-katikkan oleh musuh tanpa mendapat pembelaan.

Bimbang dosa

Sayyidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita. Kenapa orang melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah, Lupa zikir kepadaNya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah.

Ya, masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sedikit pun mereka segera bertaubat. Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan dan perjuangkan. Mereka disokong oleh kawan dan dihormati oleh lawan. Belum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan akur dan tunduk.


When Allah is your "friend", who is your enemy?

Apabila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu pun tunduk kepada Sultan Salehuddin al-Ayubi. Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin? Tidak, tetapi kerana akhlak dan keperibadiannya yang ditempa dengan zikrullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih sayang dan prihatinnya, tidak terbatas. Merentas sempadan bangsa, negara dan agama.

Musuh tidak terlalu laju, tetapi orang Islam yang terlalu perlahan. Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujah dan menjelaskan dengan penuh hemah dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.

Dengan cinta, kita tidak hanya menyebut namaNya, mengingatiNya dan mendaulatkan hukum-hakamNya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat dan negara.

Kalau benar cintakan Allah, cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingatiNya. Bangun seawal Subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingatiNya. Kemudian bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syariat. Jauhkan pendedahan aurat. Perangi pergaulan bebas, racun hedonisme dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja kita. Pacu kemajuan ekonomi, tetapi jangan lupakan hukum Ilahi. Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga halal dan haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.

Kalau benar cintakan Allah... ingatlah, "Cinta itu bukan kata-kata, love is a verb (cinta itu tindakan)". Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian. Jangan marahkan orang yang tidak cinta...jika kita tidak mencintai.

Marahkan diri kita dahulu, sebelum marahkan mereka. Tidak malukah kita kepada Allah, justeru jika demikian...bererti cinta kita hanya kata-kata? Hanya pura-pura?

Petikan diambil dari Majalah Solusi, edisi ke-16, oleh Muhammad Jihad, ruangan KATADUA.

Wallahu a'lam. Moga beroleh manfaat bersama.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Saturday, February 20, 2010

Bertemu Kembali..


Assalamu'alaikum warahmatullah.

Bismillah wal Hamdulillah.

Syukur pada Allah kerana masih memberi hambaNya peluang untuk...untuk...untuk 'update' blog ni. Dah berhabuk nampaknya. InsyaAllah, masih bernyawa lagi. Ya, bertemu kembali..

Petang tadi merupakan last paper untuk final exam for this sem, insyaAllah last sem. Harap tak ada subject yang kena repeat. Seusai sudah exam tadi, terus balik dorm untuk menunaikan solat fardhu Asar. Kemudian beredar, keluar dari dorm bersama seorang sahabat yang sama-sama mengambil exam petang tadi. Dorm kosong. Tak ada orang. Kami terus pergi ke Restoran Wawa Seafood, berhadapan dengan Nilai Square. Kenapa? Ada orang sedang menunggu kami di sana. Date? Oh..tidak.. Kami ahli dorm ada jamuan perpisahan (mungkin..). Tapi ada yang tak dapat hadirkan diri sebab ada urusan masing-masing, iaitu Haziqah dan Kak Nadia.

Actually, bukan itu yang nak dicerita. Tapi, tak tahu nak cerita apa dah. Masa fatrah exam, macam-macam nak habaq mai. Tiba-tiba bila dah depan laptop ni, tak tahu la pulak..

InsyaAllah, berbekalkan cuti yang agak panjang, doakan saya semoga dapat uruskan masa sebaiknya. Target saya, saya ingin menumpukan pada hafalan saya. Baru-baru ini, saya dicabar oleh salah seorang adik peserta wilayah 1-5 juzu' dan Ustazah Maznah (JAWI) supaya tahun ni saya masuk bertanding dalam kategori 20 juzu'. Memandangkan tahun ini format sudah bertukar sedikit. Tidak ada lagi kategori 5 juzu'. Yang ada hanya 10, 20 dan 30 juzu'. Saya masih tidak membuat apa-apa keputusan. Nak minta pendapat orang. Apa pendapat anda? =)

Ya, bukan senang nak mengulang 2/3 Al-Quran, lebih-lebih lagi dengan keadaan saya ni yang ingatan kurang dan malas (???). Ya Allah, tunjukkan aku hikmah atas semua ini...

Sebelum itu, saya berharap agar keputusan peperiksaan saya pada sem ini, lebih baik dari sem lepas. Dan saya juga berharap agar Kak Asma' dapat bawak saya ke Mesir nanti. Nak ikut...

Mungkin itu sahaja setakat ini. Sekadar mencoret seketika. Baru balik rumah dari Nilai ni. Urat kepala berdenyut. Perlukan rehat buat seketika. Nanti mudah untuk bertemu Allah. Mohon untuk minta diri. Moga sahabat-sahabiah muslimin dan muslimat sentiasa berada dalam rahmat dan tarbiyah Allah, insyaAllah.

Wallahu a'lam.


Ni anugerah yang saya dapat tahun lepas. Terima kasih kepada pengirim. Ini tandanya blog ni jarang diupdate. Tapi, sampai hati...=( xpe2..
"Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.."

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~