MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Wednesday, June 9, 2010

Semalam, Hari Ini dan Esok..


SEMALAM,
segala-galanya indah
seindah bunga mawar di taman
ku tanam
ku baja
ku sirami ia
supaya aku dapat melihat
kecantikan dan keindahan
setiap kelopaknya yang anggun
yang semua inginkan
termasuk diriku
saban hari ku jaga ia
agar ia tidak mati
dimamah usia dan cuaca.


HARI INI,
tiada lagi keceriaan itu
tiada lagi suka duka dengan zikirNya
malah duri mawar menyucuk tanpa henti
menghiris sang iman tanpa kasihan
lalu menjadi air mawar
untuk menyiram semangat di pusara
terkuburlah ia buat sementara
kerna kadang-kala tumbuh pohon di tepian
ibarat jatuh dan bangkitnya si anak kecil
dalam mengenal dunia
namun
mampukah aku menjadikan hari ini
lebih baik dari semalam?


ESOK,
aku terduduk dan terpaku
melihat bunga mawar yang indah layu
akibat diriku yang leka dan alpa
untuk menjaganya
walau ku tahu
ianya berharga
buat bekalan di sana
namun
walau mata ini menangisi
mawar yang telah pergi
ianya tidak akan kembali
melainkan
diri ini tidak putus asa
menghiasi kembali mawar yang ada
lebih indah dari semalam
untuk menyebarkan haruman pada alam~


Moga air mata menjadi saksi
rinduku pada mawar
yang sentiasa menemani
dan menjadi wangian untuk diri
juga buat insani




-SAJS-
Kg Sg Tangkas,
Kajang Selangor.
9 Jun 2010
3.13 am


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Sunday, June 6, 2010

Sambungan.. [Taklifat Baru]


Taklifat Baru..

"Assalamua'alaikum. Baiklah, pagi ini cikgu ingin memperkenalkan seorang guru baru yang akan mengajar subjek Matematik bagi kelas kamu. Memandangkan Cikgu Latifah sudah ditukarkan ke sekolah lain, jadi cikgu ini akan menggantikan tempat beliau." ujar Cikgu Salbiah, guru kelas 4 Al-Fateh di sebuah sekolah menengah agama di kampung halaman Na'ilah al-Farafishah. Sementara itu suasana riuh menyelubungi kelas tersebut.

"weh..comeynye cikgu ni..bla..bla..bla.."
"mak aiii..kalah Erra Fazira..bla..bla..bla.."
"sopan betul cikgu ni...bla..bla..bla.."
"wah..sejuk mata memandang..bla..bla..bla.."

"Baiklah cikgu. Saya tinggalkan cikgu untuk buat apa-apa yang patut. Saya ada kelas pula selepas ni." kata Guru Kelas itu tanda untuk mengundur diri.

"Ok. Terima kasih banyak-banyak cikgu. InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik." Jawab Ila dengan tenang.


***********


"Assalamu'alaikum warahmatullah. Apa khabar semua?". Cikgu baru itu memulakan kalam.

"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh."
"Alhamdulillah sihat, cikgu..".

Balas pelajar-pelajar di kelas itu dengan penuh bersemangat.

"Cikgu...Ta'aruf dulu cikgu..". Kata salah seorang pelajar cuba mencari 'alasan'.

"Taktik lama..aku dulu macam ni juga..buat alasan supaya tidak belajar..huhu". Ila hanya berkata dalam hatinya.

"wah2..bagusnya..dah pandai mengaplikasikan rukun usrah yang pertama ye..". Guru baru itu sudah mula berjenaka.

"hahaha.."
"kahkahkah.."
"kwang kwang kwang.."

Pelbagai ragam pelajar-pelajarnya ketawa.

"Ok ok.. Hari ini kita akan buat sesi ta'aruf sahaja. orait?". Ila meneruskan kata.

"OK!!!!". jawab para pelajarnya dengan riang.

"Maafkan saya, cikgu.". Ketua kelas, Aziz bangun meminta izin untuk bercakap.

Suasana kelas terdiam sebentar.

ketaqq.. (bunyi pen jatuh)

"Cikgu.." dengan nada yang serba salah.

"Maafkan saya.."

"Izinkan saya ke tandas, cikgu.." Aziz memperlihatkan muka 'kesian'.

"cehhh...apa la ajis ni..buat suspen je..maklum la..best student..mana pernah nak tinggal belajar.."

"hahaha.."

Suasana kelas kembali riuh.

"Ok student..sudah2.. Erm, awak boleh pergi." memberi izin kepada Aziz.

"Baiklah. Awak semua yang perkenalkan diri dulu. Bermula dari yang kiri sekali. Sebutkan nama penuh, nama panggilan, tempat tinggal dan cita-cita."

"Nama saya Abdullah Fahmi bin Samsudin. Boleh panggil Fahmi. Rumah saya di Kampung Siasah, dekat-dekat sini je.. dan cita-cita ingin menjadi seorang Pensyarah yang hafiz Quran.."

"waaaa...". rakan-rakannya bersorak memberi sokongan gamaknya.

"Terima kasih. Ok,teruskan.."

.........
.........
..........


*************


"Cikgu, cikgu la pula perkenalkan diri.." pinta seorang pelajar.

"Oh,turn cikgu pula ye.. Nama penuh cikgu, Na'ilah al-Farafishah binti Salahuddin al-Ayubi. Boleh panggil Cikgu Ila. Cikgu tinggal bersama dengan mak dan ayah di Kampung Tarbiyah, kampung sebelah je.. Cikgu anak tunggal. Erm, itu sahajalah."

"Baiklah. Kamu semua boleh tanya apa sahaja yang kamu mahu. Dan sama ada cikgu nak jawab atau tidak, terpulang kepada cikgu..". Cikgu Ila tersenyum.

"Cikgu, umur cikgu berapa". Soalan famous lah katakan..

"Umur cikgu 24 tahun."

"Err..excuse me teacher..cikgu dah kawen belum..??" Soalan cepu cemas ni..

"Agak-agak..?"

"Dah.."
"Belum.."
"Tunang baru kot.."

Macam-macam jawapan yang mereka berikan.

"Cikgu masih 'single' but not available.." Ila melirikkan senyuman.

"Wah cikgu..tak lama dah kot.."
"Haha..melepas la cikgu-cikgu lelaki kat sini.."
"Oit..diam la..ada ke cakap macam tu.."

"Ermm.." cikgu baru itu hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

"Memandangkan masa pun hampir tamat untuk kelas cikgu pada hari ini, cikgu teringin untuk berkongsi satu firman Allah di dalam Surah al-An'am, ayat 31 yang bermaksud:

[Sungguh rugi orang-orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah, sehingga apabila kiamat datang kepada mereka secara tiba-tiba, mereka berkata, 'Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu,' sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul itu.]

"Boleh faham apa yang cikgu ingin sampaikan..?"

"Faham, cikgu.."

"errr..dasyat.." getus hatinya. Lain yang dia andaikan, lain yang mereka jawab.

"Baiklah, setakat ini sahaja."

"Oh ye..selepas dari ni, setiap kali kelas cikgu, cikgu nak salah seorang dari kamu untuk memberikan sedikit tazkirah untuk kita semua 5 minit sebelum kelas berakhir. Tidak perlu lama, dalam masa 3 minit pun cukup. Ok?"

"Minggu depan kita mulakan dengan Aziz ye.."

"Baik cikgu.." Jawab Aziz, pasrah.


To be countinued, insyaAllah.. ^_^'

Friday, June 4, 2010

Think Positive..


1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkan dalam hatimu :


“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi daripadaku."

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”

3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku.”

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik daripadaku.”

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku.”

6. Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin pada akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh."


p/s: Walaupun kita sering terbaca atau terdengar perkara di atas ni, tapi bagi saya, apabila saya ''post'kan entry ni, membuatkan saya dan pembaca lebih ingat, kerana kadang-kadang kita terlupa, kita juga seorang hambaNya yang sering melakukan kesilapan dan dosa. Maka, tidak perlu menuding jari ke arah sesiapa, jika kita sendiri belum melakukannya.

Sekadar perkongsian untuk mengisi hati dan jiwa yang kosong dengan peringatan dariNya.

Wallahu a'lam.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Friday, May 14, 2010

MIliki Kilang Arak dan Judi, Malaysia Negara 'Islam Termaju'..


oleh : Angkasanuri

Menurut duta Besar Istimewa dan Mutlak Malaysia dan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Persidangan Islam di Arab Saudi, Profesor Madya Datuk Syed Omar Al Sagga bahawa Malaysia telah diiktiraf oleh negara itu sebagai negara Islam paling maju di dunia.

Saya setuju dengan pengiktirafan ini kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara 'Islam' di dunia yang membenarkan rakyat di negara ini berjudi sewaktu Piala Dunia Afrika Selatan Jun ini.


Selain itu juga Malaysia memang layak digelar negara Islam kerana turut membayar syarikat milik Yahudi sebanyak RM 77 juta untuk mempopularkan jenama 1Malaysia.


Tidak cukup dengan itu Malaysia juga mempunyai antara pusat perjudian yang terbesar di rantau ini yang diluluskan oleh kerajaan 1Malaysia yang majoriti wakil rakyat yang menyokongnya adalah beragama Islam.


Tidak cukup dengan itu kilang Arak yang terbesar di Asia Tenggara juga terletak di Malaysia yang tidak memungkinkan status negara Islam ditarik balik.


Maka siapa yang kata Malaysia bukan negara Islam ternyata mereka bercakap tanpa fakta dan bukti. Syabas Malaysia!



* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


Thursday, May 13, 2010

تحمدوا الله على النعمة


Sekolah di bas buruk jauh di pedalaman Iran.
























Banyakkanlah bersyukur dengan apa yang kita ada.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Friday, May 7, 2010

Syurga di sebelah kananku.. Neraka di sebelah kiriku.. AKU??!


Bismillah wal Hamdulillah.


Syukur pada Allah yang masih memberikan hamba serta sekalian umat Nabi Muhammad akan dua nikmat yang paling besar yakni nikmat Islam dan nikmat Iman.


Ana ada terbaca satu kisah dan suka ana kongsikan di sini kisah yang boleh kita sama-sama jadikan teladan dan muhasabah diri pada hari yang mulia ini.


Seorang budak menangis ketika melihat unggun api terbakar.

Khalifah Harun ar-Rasyid bertanya,
"Mengapa menangis?".

Budak itu menjawab,

"Aku takutkan api neraka".

Khalifah yang adil itu memujuk,
"Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Sebaliknya budak itu menjawab,

"Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?"


Mendengar jawapan itu khalifah turut menangis..

Subhanallah..sungguh mulia hati si anak kecil itu..

Astaghfirullah..


Wallahu a'lam.

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

thanx to Hazwani Khamaruddin..