MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Tuesday, May 4, 2010

Damba Kasih..


Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..



Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment) & Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


p/s: Walaupun lagu ni dah lama, tapi isinya yang penting, untuk muhasabah diri bersama...

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~


Sunday, May 2, 2010

Saat itu..


Menghitung hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit, saat demi saat, detik demi detik..

saat kematian...

Astaghfirullahal 'azhiim..

Friday, April 30, 2010

Kekosongan Jawatan..


Bismillah wal Hamdulillah.



SEMUA DIKEHENDAKI HADIR. TIADA PENGECUALIAN.

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.

Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.

Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.

Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.


TIGA SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?


CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.
Wallahu a'lam.
Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Tuesday, April 27, 2010

Dapat Hadiah..


Bismillah wal Hamdulillah.


Syukur pada Allah..

Baru ni, dapat hadiah saguhati sebagai penyertaan dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 di Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Antara hadiah yang diterima, Sijil Penyertaan, Hadiah Saguhati dan Wang RM1,ooo.oo.

Alhamdulillah.

Kalau nak diikutkan sebelum-sebelum ni, biasanya akan dapat piala. Tapi, kali ni tak ada. Dapat sekotak hadiah berbalut, kecil, comel..
Click Me~

Balik je rumah, tengok hadiah apa yang diberi..



Dah buka pembalut.. Kotaknya begini..



Bila buka..jeng jeng jeng...



Cantik Jam berjenama POLO ni.. I like it!!!



Siap ada tulis 'Menghafaz Al-Quran 2010' lagi..



Sebagai kenang-kenangan..

Click Me~

Monday, April 26, 2010

Seminggu berkampung di Melaka..


Assalamu'alaikum warahmatullah.


Bismillah wal Hamdulillah.

Syukur pada Allah..

Alhamdulillah, baru tiba dari Melaka jam 2 pagi tadi, dengan menaiki van JAWI. Depa duk hantaq teghuih pi rumah, baguih..

Asalnya check out hotel esok pagi, tapi terpaksa balik malam ni juga lepas Majlis Malam Penutup tadi atas sebab-sebab tertentu.

Berikut adalah keputusan penuh Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 Tahun 1431 H / 2010 M, yang diadakan bermula dari 21-25hb April 2010 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Kategori 1-10 Juz (Lelaki)

1- Ahmad Tirmizi bin Haji Ali (Terengganu) : 99.19%
2- Muhammad Haikal bin Mohd Haris (Melaka) : 97.58%
3- Muhammad Naazir bin Sheik Alaudeen (Selangor) : 96.42%

Saguhati:
1- Muhammad Sobri bin Mohd Shahdifiter (Kelantan)
2- Malik bin Ahmad (Kedah)
3- Muhammad Al-Nawawi bin Borhan (Perlis)
4- Mohd Adib bin Alias (Perak)
5- Ibrahim bin Hamdan (Pahang)
6- Muhammad Zuhairi bin Abdul Ghafar (Negeri Sembilan)
7- Ahmad Na'im bin Abdul Movin (Wilayah Persekutuan)
8- Muhammad Arshad bin Nazarudin (Johor)
9- Muhammad Nazran bin Arbaa (Sabah)
10- Ahmad Fikri bin Morshidi (Sarawak)
11- Mohd Ersyad bin Abdullah (Pulau Pinang)

Kategori 1-10 Juz (Perempuan)

1- Farihah binti Zulkifli (Wilayah Persekutuan) : 96.04%
2- Siti Hajar Nabilah binti Mohd Darha (Selangor) : 95.22%
3- Zainab binti Sapiuddin (Sabah) : 94.80%

Saguhati:
1- Nik Mariyyah Al-Qidliyyahi binti Nik Abdul Rahim (Kelantan)
2- Siti Aishah binti Zolkifli (Kedah)
3- Siti Hafizah binti Abdul Ghafar (Perlis)
4- Siti Nor Azizah binti Mohd Ali (Terengganu)
5- Nurul Hidayah binti Haji Baharudin (Perak)
6- Nurul Fakhriah binti Khairuddin (Pahang)
7- Siti Nur Fatihah binti Rusli (Melaka)
8- Nurhumaira binti Hazman (Negeri Sembilan)
9- Siti Atikah binti Mohd Sujak (Johor)
10- Nur Izaidah binti Ishak (Sarawak)

Kategori 1-20 Juz (Lelaki)

1- Mohamad Iqram bin Niyaz Ahmad (Kelantan) : 97.80%
2- Mohamad Fida'iy bin Zainal Abidin (Kedah) : 95.70%
3- Muhamad Khairul Razikin bin Abdul Razak (Sabah) : 95.08%

Saguhati:
1- Khairul Amir bin Zahidi (Perlis)
2- Muhammad Haris Saifullah bin Mohamad (Terengganu)
3- Mohammad Loqman Hafiz bin Mazlan (Perak)
4- Mohd Ismail bin Hasanudin (Pahang)
5- Abu Zar bin Adnan (Melaka)
6- Ibrahim Ahmad bin Nurman (Negeri Sembilan)
7- Muhammad Ezmir Khushairy bin Roslee (Selangor)
8- Mohammad Abdillah bin Samsuiman (Wilayah Persekutuan)
9- Shukur bin Ibrahim (Johor)
10- Awang Fakhrulrizan bin Awang (Sarawak)
11- Mohamad Omar bin Mamsu (Pulau Pinang)

Kategori 1-20 Juz (Perempuan)

1- Farah Nabilah binti Aminudin (Selangor) : 95.75%
2- Khairunnisa binti Zaini (Johor) : 94.63%
3- Nur Amalina binti Azharuddin (Melaka) : 91.80%

Saguhati:
1- Siti Nur Fadhilah binti Mohd Yussof (Kedah)
2- Najibah binti Mat Idris (Terengganu)
3- Siti Hawa binti Dzulkifli (Perak)
4- Nurul Fatehah binti Mohamad Aziri (Pahang)
5- Shofiyyah Bawazir binti Zaki
(Negeri Sembilan)
6- Siti 'Aishah Jauhara binti Surtahman (Wilayah Persekutuan)
7- Aeileen binti Damiri (Sarawak)
8- Humaira Al-Husna binti Mohd Nasim (Pulau Pinang)

Kategori 1-30 Juz (Lelaki)

1- Ahmad Mujahid bin Salleh Sani (Wilayah Persekutuan) : 97.88%
2- Muhammad Hariz Syazwan bin Mohd Arifin (Kelantan) : 97.85%
3- Muhammad Labib bin Mohamad Anuar (Selangor) : 94.93&

Saguhati:
1- Nazrul Ikhwan bin Yusof (Kedah)
2- Muhammad Izzul bin Zahidi (Perlis)
3- Mohd Hafizuddeen bin As'ari (Terengganu)
4- Khairul Anuar bin Mohd Dahnan (Perak)
5- Abdul Malik bin Yahya (Pahang)
6- Muhammad Wafiyuddin bin Azmi (Melaka)
7- Norazman bin Alias (Negeri Sembilan)
8- Mohamed Ismail bin Mohamed Yusof (Johor)
9- Muhammad Umar bin Rahim (Pulau Pinang)

Kategori 1-30 Juz (Perempuan)

1- Siti Nadhira binti Mohd Shafie (Selangor) : 97.33%
2- Mazian binti Abu Bakar (Wilayah Persekutuan) : 94.83%
3- Siti Farhana binti Zainudin (Melaka) : 86.75&

Saguhati:
1- Aishah binti Yaakob (Kedah)
2- Nur Amalin Shafirah binti Tuan Mahadi (Terengganu)
3- Nur Amalina binti Sabudin (Perak)
4- Rabi'atul Adawiyah binti Rahim (Pahang)
5- Nurfatihah binti Mohd Dzakir (Negeri Sembilan)
6- Nur Hawa binti Amin (Johor)

Semangat duk salin tadi. Hehe..=) Syabas dan Tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan yang menyertai musabaqah di peringkat kebangsaan ini. [nampaknya Selangor bolot kali ni..huhu]

Alhamdulillah, tahun ni dapat tambah lagi pengalaman, kenalan dan wasilah serta peluang untuk mengulang hafazan al-Quran (terutamanya). Syukur pada Allah juga kerana ana dapat berpeluang mewakili Wilayah Persekutuan bagi kategori 1-20 Juz Perempuan pada tahun ini.

Seronok dapat jumpa dan bercakap dengan hakim-hakim, antaranya Ustaz Azhari Othman, Ustaz Khairul Anuar, Ustaz Abdul Karim, Syeikh Muhsin, Ustaz Abdul Aziz, Ustaz Kadri. dan semua hakim yang turut berkongsi pandangan tentang masa depan ana. Jazakumullahu khair atas semangat dan dorongan yang telah diberikan.



Gambar-gambar hakim sekitar Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-29 di Masjid Wilayah Persekutuan..

Ustaz Othman Muda (paling kiri) dan Ustaz Aziz (dua dari kiri)


Dari kiri: Pengerusi Majlis, Syeikh Muhsin, Syeikh Ismail, Ustaz Kadri, Ustaz Khairul Anuar, Ustaz Karim.


Suasana di dalam bilik khas. Hakim-hakim yang bertanggungjawab memberi pemarkahan bacaan setiap peserta.


p/s:maaf, gambar-gambar untuk Majlis Menghafaz Al-Quran tahun ni, tak sempat nak ambil..=)


Sekalung penghargaan buat pihak pengurusan JAWI - Ustazah Maznah, Kak Rozilawati (Pengiring), Ustaz Anas (Pengiring), Pok Cik Azhar (Pemandu), Kak Niza (LO Wilayah) dan yang sewaktu dengannya.. ^_^'


Terima kasih tidak terhingga buat Mak, Romalia binti Zainol, Bapak, Surtahman bin Kastin, Kak Asma', adik-beradik, Ustaz Othman bin Muda (salah seorang ahli jemaah hakim dan juga murobbi sewaktu kursus tahsin), Ustaz Zaki Abd Rahman (DQ), Ustaz Ahmad Dasuki Hashim (DQ), sahabat-sahabat dan semua yang telah memberikan kata-kata semangat serta sokongan untuk menyertai musabaqah tahun ini.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta dari setiap negeri yang mengambil bahagian di Majlis Menghafaz Al-Quran 2010. Bagi peserta-peserta Wilayah Persekutuan juga, syabas dan tahniah untuk Mazian, Farihah, Ust Mujahid, Ust Abdillah dan Na'im kerana dapat menunjukkan persembahan yang terbaik.

Syukur pada Allah, yang memberikan hambaNya ini peluang untuk mengulang kembali kalamNya yang suci.

Allah..Allah..Allah..

Menitis air mata tatkala diri ini cuba mengingati ayat-ayat indah..

Menghayati..

dan Mengamalkannya..

Buat para huffaz, ana nasihatkan diri ana dan sahabat-sahabat sekalian, mohon dari Allah agar dipermudahkan untuk mengingati, menghayati dan mengamalkan ayat-ayat yang telah dihafaz. Ingat, untuk mengingati Al-Quran bukan semudah yang disangka. Rajin-rajinlah mengulang..

Sebelum tiba saat itu menjemput kita..

Kembali pada Yang Esa..


Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..

Wallahu a'lam.

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya."
(Surah al-Hijr, 15:9)

~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~


Wednesday, April 14, 2010

Cuba, Try, Test Tengok.. (Siri 3)


Bismillah wal Hamdulillah.

Assalamu`alaikum warahmatullah.

Bertemu kembali. ^_^'

Jom kita tengok soalan apa pula kali ni..?

1) Apakah masjid terbesar di dunia?

2) Apakah persamaan ketiga-tiga perkara ini?
- Senyuman
- Nafkah
- Solat Sunat Dhuha

3) Apakah nama pusat perkembangan ilmu yang ditubuhkan oleh Khalifah al-Makmun di Baghdad?

4) Siapakah tokoh Islam yang terkenal dengan jolokan "Father of Algebra"?

5) Jumlah Surah Madaniyyah - Jumlah Surah Makiyyah = .....?

6) Siapakah isteri Rasulullah s.a.w. yang digelar "Ummul Masakin" yang bermaksud "ibunda orang miskin" kerana sifat penyayang dan murah hatinya terhadap golongan yang memerlukan?

7) 1 x 7 x 100 = 700
Apakah maksud tersirat di sebalik penyataan matematik di atas?

8) Apakah ganjaran yang ditawarkan oleh kaum Quraisy kepada orang yang berjaya menangkap Rasulullah s.a.w. dan membawa Baginda pulang ke Makkah semasa Baginda berhijrah ke Madinah?

9) Apakah gelaran yang diberikan kepada Qarun kerana kemerduan suaranya membaca Taurat?

10) Apakah perang pertama yang tercetus dalam Islam?

Itu sahaja.


Selamat mencuba. =)

~Aslih Nafsak Wad`u Ghairak~