MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Thursday, April 8, 2010

Sanah Helwah abangku..


Buat abang sulungku,
Muhammad Eiqbaal bin Surtahman.


Sanah Helwah ya Akhi..
Yang ke-28 (8th April 2010).
Kullu 'aam wa nta bkhair.
Semoga dengan bertambahnya umur,
maka bertambahlah amal.
Selamat beramal.. ^_^'

-dari adik2mu yang cute, Siti, Asma`, Ghazie, Syidah, Beela, Khawlah-


Abg Ebal, Eikhwan n Kak Fazilah.. (masa raya tahun lepas, di Masjid UKM)

Saturday, April 3, 2010

Sambungan..


"Ila.. Ila.."
. Mak Som mengejutkan anak kesayangannya dari tidur.

"Eh..ibu..bila masa Ila tertidur ni?"

"Tadi, lepas solat maghrib
je, Ila tertidur. Tu la..letih sangat anak ibu ni. Dah 3 malam berturut-turut tak tidur. Dah, bangun nak.. Segar-segarkan diri. Lepas tu ambil air sembahyang, kemudian solat Isya'."

"Terima kasih, ibu.." Ila segera bangun dan melihat jam di dinding.

"Ya Allah..dah pukul 10? Lamanya tidur.." Sambil matanya terbeliak melihat jam tersebut, hadiah dari sahabat karibnya sewaktu di matrik dahulu.

"Oh ye..Ila, kalau nak makan, ibu dah sediakan makanan, ada di atas meja di dapur. Jangan tak makan pula. Nanti masuk angin.." Nasihat si ibu.

"Baiklah, ibu. Ila ke bilik air dulu ye."

***************************

Seusai sudah membersihkan dirinya, Ila bingkas menunaikan Solat Fardhu Isya' , Solat Tahajud dan solat-solat sunat yang lain.


"Ya Allah, ya Tuhanku,
Sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau.

Ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kecilku dan dosa-dosa besarku,

Kau ampunilah jua dosa-dosa kedua ibu bapaku,

Kasihanilah mereka, sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil,

Rahmatilah guru-guruku, rakan-rakanku, saudara-saudara seagama denganku,

Berilah perlindungan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.,

dan berilah jua pertolongan kepada kaum muslimin, mukminin dan mujahidin,

di seluruh dunia dan di setiap masa,

Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa,

Aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepadaku,

Maka, Kau kekalkanlah rasa syukurku atas segala kurniaanMu,

Berikanlah aku ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi onak dan duri dalam hidupku,

Permudahkanlah segala urusanku,

Kuatkanlah semangatku,

Berkatilah segala gerak kerjaku hanya untuk Islam, yakni agama yang Kau redhai,

Sesungguhnya Engkau lah Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk.



Ya Ilahi,
Kau matikanlah aku dalam keadaan aku bersujud padaMu,
Dalam keadaan aku beriman kepadaMu,
Dan berilah pengakhiran hayatku dengan Husnul Khatimah,
Tetapkanlah cita-citaku untuk syahid di jalanMu sehingga ke akhir waktu,
Andai aku rebah, berilah kekuatan kepadaku untuk bangkit semula,
Berkati dan redhailah segala ilmu yang aku pinjam dariMu,
Rahmatilah hidupku,
Sesungguhnya Engkau lah Tuhan Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan.


Ya Rabbi,

Aku mohon padaMu ya Allah,
Kau jagalah hatiku agar hati ini diberikan khusus untukMu,

Jangan Kau biarkan aku lena dengan nikmat dunia dan cinta manusia,
Jadikanlah hati ini sentiasa mencintai ilmu,

Supaya aku lebih dekat denganMu,

Aku mohon ya Allah..

Bantulah aku ya Allah..

Allah.."



Menitis air mata mujahidah solehah ini, tatkala dengan rasa hina dan rendah dirinya, dia menadah tangan meminta dan berdoa kepada Tuhannya, Allah, Robbul Jalil.

"Amiin ya Rabbal `Alamiin..
"

Setelah selesai berdoa, Ila lantas beristighfar, memohon keampunan dari Allah.

Kemudian, dicapainya senaskhah al-Quran, menyelak dan membaca kalamNya yang indah, sehelai demi sehelai, sehingga dia membaca ayat ke-32, Surah an-Nur.


"Terkena atas batang hidung ni.." Bisik hatinya.

Sehinggalah dia menyudahkan bacaanya
hingga ayat ke-36.

Dia mengamati maksud ayat-ayat itu.


"Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Cahaya itu) di rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan dan menyebut nama-Nya, di sana bertasbih (menyucikan) nama-Nya pada waktu pagi dan petang."

"Subhanallah.."
Ucapnya perlahan.


Tiba-tiba terdetik di hatinya.

"Allahu Akbar. Mimpi yang sama. Dah 5 kali mimpi itu menyinggah dalam tidurku. Apa maksudMu ya Allah.." Ila bermonolog sendirian. Dia teringat kembali mimpi dalam tidurnya sebentar tadi.

"Adakah....."



To be continued, insyaAllah..^_^'

Click Me~

Thursday, April 1, 2010

(tak tau nak buh tajuk apa..)


Vrooomm..vrooomm..


Bunyi kenderaan yang kuat itu memecah kesunyian di sebuah kampung yang terletak jauh di pedalaman, lantas 'terpacak' betul-betul di hadapan sebuah teratak yang usung.


"Ila, tolong tengok siapa yang datang tu, nak..". Pinta seorang ibu berumur lebih setengah abad.

"Baik, ibu.."
. Seorang gadis memenuhi permintaan ibunya tanpa banyak bertanya.


"Assalamua`alaikum..."


"Wa`alaikumussalam.. Errr.."

Kelu. Kaku.


"Ya Allah.."
. Getus hatinya.


"Siapa yang datang tu, Ila?". Tanya si ibu yang sedang melipat pakaian di kamarnya.

"Errrkk..ibu.."


"Ibu..dia datang, ibu.."
Terketar-ketar suara gadis yang lemah-lembut setelah melihat siapakah gerangan tetamu mereka.


Ibunya yang lebih mesra dipanggil Mak Som segera ke ruang hadapan. Hairan, melihat satu-satu anak gadisnya yang sudah mencecah usia 20-an itu kaget di sebalik pintu, membiarkan pintu terbuka luas.


"Siapa tu Ila? Kenapa tak jemput masuk". Tanya si ibu lagi.

Na`ilah al-Farafishah tersentak. Seolah-olah tersedar dari lamunan. Segera menoleh ke arah ibunya.


"Ibu...dia...datang dengan mak ayahnya sekali.."
Jawab Ila tersekat-sekat.


"Siapa..?" Ibunya terus meluru ke pintu melihat tetamu yang dianggap 'aneh' oleh anaknya itu.

"Oh..."
Ibunya mengerti, sangat-sangat memahami.



To be continued, insyaAllah.. ^_^'

Monday, March 29, 2010

Night Jogathon 2010


Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 22 MPKj, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 dan Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech akan mengadakan Program Night Jogathon Belia 2009/2010 seperti ketentuan yang berikut:-

Tarikh : 3 April 2010 (Sabtu)
Masa : 4.00 p.m –11.30 p.m
Tempat : Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Bangi
(berdekatan dengan stesen Komuter UKM)



PENGISIAN PROGRAM

Ø Program Night Jogathon Belia

Ø Karnival Jualan Amal

Ø Forum Belia “ Seks di Usia Remaja”

Ø Pameran Pendidikan

Ø Pertandingan Mewarna

Ø Pertandingan Cube Rubic

Ø Persembahan Kebudayaan


TENTATIF

PROGRAM NIGHT JOGATHON BELIA 2009/2010


3 APRIL 2010 ( SABTU)


4.00 pm : Karnival jualan Amal

Pameran Pendidikan

Pendaftaran pertandingan mewarna kanak-kanak / Cube Rubic / Jogathon

5.00 pm : Forum mengenai “Seks di Usia Remaja”

6.00 pm : Pertandingan Mewarna

Pertandingan Cube Rubic

8.00 pm : Ucapan Perasmian Oleh Y.B. Dr. Shafie bin Abu Bakar, ADUN Bangi

8.30 pm : Lawatan ke tapak jualan dan pameran

Pelepasan larian Night Jogathon Belia 2009/2010

9.00 pm : Persembahan Kebudayaan

11.00 pm: Penyampaian Hadiah

11.30 pm: Minum malam/Bersurai



Hadiah yang lumayan...


Hadiah Night Jogathon


Ø Pertama

RM450 (tunai) + RM50 (hamper) x 2 kategori

Ø Kedua

RM350 (tunai) + RM40 (hamper) x 2 kategori

Ø Ketiga

RM250 (tunai) + RM30 (hamper) x 2 kategori

Ø Keempat-Kesepuluh

RM100 (tunai) x 3 peserta x 2 kategori

RM 50 (tunai) x 4 peserta x 2 kategori


Hadiah Pertandingan Mewarna


Ø Pertama

Hamper (RM100)

Ø Kedua

Hamper (RM75)

Ø Ketiga

Hamper (RM50)

Ø Saguhati

Cenderamata (RM5 x 40 orang)


Hadiah Pertandingan Cube Rubic


Ø Pertama

Hamper (RM100)

Ø Kedua

Hamper (RM75)

Ø Ketiga

Hamper (RM50)

Ø Saguhati

Cenderamata (RM20 x 7 orang)


Pendaftaran boleh dibuat semasa berlangsungnya program. Bagi pertandingan jogathon, 200 peserta pertama akan mendapat t-shirt percuma.


Hubungi, Pengarah Program / Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 22 MPKj , En. Fahmi 013-6248084
atau
Jawatankuasa Unit Pertandingan / Timbalan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 22 MPKj , Cik Asma` Wardah 019-3709035


Sunday, March 28, 2010

Award..?


Bismillah wal Hamdulillah.


Syukur pada Allah, Tuhan Yang Maha Menghidupkan dan Yang Mematikan.

Alhamdulillah, barusan tadi sahabat ana, Akh Muzani memberi anugerah di atas. (hihi..macam lawak je..) Mungkin ana antara pelawat blog beliau yang ter'acap' (katanya..). Terima kasih banyak-banyak. Sebagai penghargaan, insyaAllah ana akan tunaikan apa yang patut dan yang termampu. Jarang dapat buat macam ni, sekali-sekala.. Ana copy je ye Ustaz..

Syarat-syarat nak ambil award ini :

1) Thank and link the person who gave you the award.
2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4) State 7 things about yourself.

The task..


1) Thank and link the person who gave you the award.

Jazahullahu khairan kathira buat IJLIS BINA NU'MIN SA'AH kerana sudi memberikan anugerah ini untuk laman Tinta Permata. Bagi ana blog beliau antara blog-blog yang ilmiah, bermanfaat, mendedahkan perkembangan isu-isu semasa sama ada di Malaysia atau di luar negara (especially Mesir, absolutely..). Beliau juga merupakan sahabat satu sekolah dengan ana since Form 1 until Form 3 di KOSTAQ dan Imtiaz Dungun. Seorang yang berilmu dan cakna dengan masalah yang melanda remaja kini, terutama golongan muslimah. Ok, that's all. Thanx a lot for giving me the award. May Allah bless U, here and everafter, insyaAllah.


2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

Justeru, insyaAllah anugerah ini akan diberikan kepada insan-insan yang secara sengaja atau tidak sengaja (hehe..) tersenarai dalam blog pilihan. Terimalah daripada ana..

1. Ukht Fatin Nazihah Ashari (sahabat yang paling sporting. Blog yang penuh dengan macam-macam 'isu' dan banyak ibrah jika diteliti)
2. Ukht Siti Khadijah Abas (adik-beradik usrah semasa di DQ and macam adik-beradik sendiri. Blog yang sempoi semacam dengan tuannya)
3. Ukht Nordalila (sahabat DQ yang sering menasihati ana yang lemah ini.. Blog yang terisi dengan tazkirah-tazkirah yang semestinya mengingatkan kita akan Maha Pencipta.)
4. Ukht Husna Kamaruddin (sahabat DQ yang macam-macam ragam.. Blog yang bermanfaat untuk setiap mahasiswa khususnya.)
5. Ukht Nur Afiqah (adik-beradik usrah di DQ, sporting sama seperti apa yang tercatat di blognya..)
6. Ukht Nurfaezza (sering bersama ana tatkala di saat susah dan senang)
7. Ukht Atirah (kenalan di alam maya ini. Blog yang penuh dengan motivasi, terutamanya mengenai cinta..he..)
8. Ukht Rabi'atul Qursiah (sedorm masa di UIA Nilai dan sama-sama akan ke Gombak, insyaAllah.err.. Khas dari Singapore.)
9. Ukht Adawiyah Ahmad (satu-satunya orang yang suka cari gaduh dari dulu sampai sekarang.huhu..)
10. The ninth generation DQ (Blog ukhuwah gen9 DQ)
11. IQRaC gen9 Banat (tak taw nak habaq lagu mana lagi..hee..macam-macam ada..)
12. Akh Anas Mazli (TP1 exSIM. Bakal mendapat gelaran Ir. insyaAllah. Blog ilmiah dengan persepsi beliau mengenai isu-isu politik)
13. Akh Ihsan Fadhli (Mantan YDP Perkemat 07/08, DQ. Seorang murabbi bagi ana. Blog yang sarat dengan tazkirah dan isu-isu semasa)
14. Akh Danial Razali (ustaz keluaran Jordan, insyaAllah..mantop.)
15. Semua yang mengenali diri ini.. ^_^'


3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.

No problem. Bisa diatur..


4) State 7 things about yourself.

1. Nama diberi, Siti `Aishah Jauhara binti Surtahman. Jauhara yang bermaksud 'permata' mempunyai sejarah yang amat bermakna buat diri ini. =) Terima kasih mak..

2. Menetap di Kg Sg Tangkas, Kajang, Selangor.

3. Anak tengah daripada 7 orang adik-beradik (2 orang abang, seorang kakak dan 3 orang adik perempuan).

4. Sangat meminati warna HIJAU. Habis segala benda kalau boleh nak hijau. =) sebab sukakan ketenangan.

5. Minat subjek Matematik dan bidang keagamaan.

6. Kebiasaannya mempunyai kekuatan dalaman. Namun, kadang-kala ada saat jatuhnya, tapi bisa bangun serta bina semangat, kekuatan dan motivasi sendiri, dengan bantuan Allah, insyaAllah.

7. Sukakan kekemasan.


Ana kira, cukuplah sekadar itu. Doakan penulis agar terus thabat dalam perjuangan yang ingin berusaha dan ingin melihat kembalinya saat kegemilangan Islam, biiznillah.
Tolak rasuah, banyakkan ibadah.

Wallahu a`lam.

Siiru `ala barokatillah.

Salam juang!

Click Me~


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~


.......


Bismillah wal Hamdulillah.


Astaghfirullah.

Konflik diri..

Tenangkan aku, ya Allah.

Thanx sahabat..


Itulah sahabat, sentiasa menyedarkan sahabatnya yang lain di saat sahabatnya itu jatuh.

Smart ibadah.. ok..!!