MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Thursday, March 31, 2011

Anda Stress..??



Bismillah wal Hamdulillah.

Salam imtihan buat semua.

Buat mereka yang berada di dalam negara, mahupun di luar negara.

'Imtihan' ni banyak cabangnya. Bukan sahaja terbatas kepada peperiksaan bertulis atau ujian lisan, malah boleh diluaskan melalui ujian-ujian dalan kehidupan kita seharian.

Life is a test.

Wealth also is a test.


Kan?


Jadi, bagi mereka-mereka yang agak stress atau tertekan dengan exam, kuiz, tutorial, etc dan ujian-ujian dunia ini, di bawah ini ada cara-cara yang boleh diaplikasikan dan dilakukan. InsyaAllah, tidak melanggar syara'.. :)

1) Ambil wudhu'

2) Solat

3) Baca Quran

4) Duduk bersila, tutup mata, dan berzikir, atau menyebut 'ALLAH' (pastikan hingga rasa zuukk dalam hati)

5) Makan

6) Baring

7) Tidur

8) Dengar nasyid / muzik yang tidak melalaikan

9) Telefon parents - minta kata-kata semangat

10) Mesej kawan-kawan.

11) Layari internet sambil jalan-jalan ke blog orang - jangan amalkan, nanti lama pula duk depan laptop tu ^^




Boleh pilih mana-mana yang berkenan di hati.

"Alaaah..ni yang biasa punya.. Tak bagitahu pun, orang dah tahu."

"Memang lah. Saya saja ja nak bagitahu.." ^_^'

Jika ditanya kepada saya, apa yang akan saya pilih? Boleh tanya personal kepada saya (perlukah..?) :)

Akhir kata, moga sama-sama beroleh ketenangan. Segala-galanya datang dari Allah. Mintalah padaNya. Ok?

Sekian, itu sahaja.

Doakan saya..

My exam schedule for Semester 2, 2010/2011:

31/3/2011 : Foundation of Islamic Economics

1/4/2011 : Islamic Worldview

3/4/2011 : Principles of Macroeconomics

4/4/2011 : Fiqh for Economists 1

11/4/2011 : Management Accounting Fundamentals

14/4/2011 : Business Mathematics


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Thursday, March 24, 2011

10,000 dibunuh tentera rejim Gaddafi..


KUALA LUMPUR, 23 Mac:
Lebih 10,000 orang awam telah dibunuh oleh tentera elit rejim Gaddafi yang mendapat arahan dari beliau sepanjang tercetusnya 'kebangkitan revolusi rakyat' di Libya sejak bulan lalu.

Siri kekejaman yang amat membimbangkan itu bagaimanapun lebih memperkuatkan lagi keyakinan, semangat dan kesungguhan rakyat Libya untuk menumbangkan rejim tersebut melalui 'revolusi rakyat'.

Jurucakap Gerakan Pembebasan Libya, Dr Abdulmonem Hresha menegaskan, rakyat Libya kini ternyata mahukan 'hak dan pembebasan' dari kekejaman pemerintahan rejim Muamar Ghadaffi dan seluruh rakyat negara itu yakin 'revolusi rakyat' pasti akan menghasilkan kejayaan.

Menurut beliau, antara kekejaman yang sedang dilakukan oleh rejim Gaddafi sekarang adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang mengadakan demonstrasi di negara tersebut dan penghapusan penuh masyarakat Libya tanpa sebarang perikemanusiaan.

Katanya, siri kekejaman itu mesti dihentikan segera dan rakyat Libya kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan dari semua lapisan masyarakat dunia termasuk dari Malaysia.

"Kami amat memerlukan bantuan perubatan dan bantuan kemanusiaan agar rakyat Libya yang tertindas ini mendapat pembelaan dan dilindungi dari usaha pembunuhan beramai-ramai rejim Gaddafi," katanya.

Berita penuh boleh dilihat di sini..






Marilah sama-sama kita merenung dan memuhasabah diri kita bersama. Sesungguhnya kita rakyat Malaysia masih berada di zon yang selesa. Pernahkah kita terfikir nasib dan perit yang terpaksa ditanggung oleh saudara-saudara kita di Libya sana?

Allahu Allah..
Petanda akhir zaman..

Saya mengharapkan negara Malaysia melakukan sesuatu bagi membantu mereka di sana, seandainya kita merasakan negara kita sebuah negara ISLAM! Dalam masa yang sama, salurkan pertolongan dan kecaknaan kita kepada mereka dengan 'weapon' yang kita ada, iaitu DOA.

Salam juang buat semua!

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~


Friday, March 18, 2011

Sharing Moment with Bro Bob Lokman..


Bismillah wal Hamdulillah.

Alhamdulillah, masih ada
entry yang mampu untuk dipost, menandakan saya masih bernafas, masih lagi diberi peluang untuk bernyawa di atas muka bumi ini, masih ada beban amanah yang perlu dipikul sebagai seorang khalifah.

Jika sudah bertahun-tahun saya tidak meng'update' blog, dalam masa yang sama, orang ramai berpusu-pusu mengucapkan takziah dan mendoakan saya di ruangan chatbox di sebelah ini, mungkin menandakan saya telah pun tiada, tidak bernyawa, tidak lagi berpeluang menghirup udara kurniaan Allah, dalam erti kata lain, meninggal dunia.

Bila bercakap soal kematian, ngeri bukan? Tetapi itulah realiti yang kita semua bakal tempuhi. Saya, anda, kamu, kita..

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami."
(Surah al-Anbiya', 21 : 35)

Allah Taala mengulang ayat كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ sebanyak 3 kali di dalam al-Quran. Dua yang lain boleh didapati di Surah ali-Imran ayat 185 dan Surah al-Ankabut ayat 57.

Begitulah perasaan yang telah diserap masuk ke jiwa bekas juri Raja Lawak, pelakon, penulis lirik dan yang sewaktu dengannya, iaitu Bro Mohd Hakim bin Lokman (Bob Lokman). Alhamdulillah, beliau diberi peluang oleh Allah untuk memberi perkongsian beliau kepada kami students UIA Gombak pada 17 Mac 2011 jam 5.30 - 6.30 petang. Program mingguan anjuran Maaruf Club IIUM, yang pada asalnya dijadualkan adalah Pengajian Kitab Riyadhussalihin oleh Ustaz Imran Selamat, namun semalam telah membawa jemputan khas, Bro Bob untuk mengadakan perkongsian ringkas selama satu jam bersama kami.

Pengalaman hitam beliau sebelum ni, telah mengajar beliau kembali untuk dekat dengan Tuhan. Malah, jika dilihat kehidupan beliau kini, jauh berbeza dengan kehidupan kita (I mean, saya) sehari-hari. Sesekali beliau berjenaka, namun ada input disebaliknya. Kecaknaan beliau mengutamakan hak dan kewajipan seorang hamba terhadap Allah, betul-betul 'memukul' diri saya agar tidak terus lena dengan buaian duniawi.







gambar ~ credit to Maaruf Club..



Perkongsian yang cukup bermakna. Menjentik segala keegoan diri yang mendengarnya. Dari seorang artis terjun sebagai seorang dai'e, sudah mampu bercakap erti dan makna perjuangan, apakah kita yang sudah tahu dan mafhum tuntutannya, mahu lari pula serta menjauhkan diri? Na'udzubillah..


sedikit catatan yang sempat dicoret sewaktu 'talk' yang diberi oleh Saudara Bob Lokman..
(maaf, gambar tak berapa clear + handwriting yang tak seberapa)



Seperti analogi yang diberikan oleh Bro Bob, jika saya orang kaya, dan di hadapan saya ada beribu-ribu orang yang mahu menerima bantuan untuk menyambungkan pelajaran, kepada siapa yang saya mahu berikan? Pastinya orang yang terpilih itu adalah dalam kalangan orang yang terbaik, baik budi dan sahsiah, berakhlak baik, dan yang seumpama dengannya. Begitu juga, orang yang bagaimana Allah akan masukkan dia ke dalam syurga? Jika difikirkan secara logik, semestinya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, baik akhlaknya terhadap Allah, mendahulukan keperluanNya dari keperluan yang lain. Namun, di sana jangan kita menganggap dengan amalan kitalah yang membawa kita ke syurga, kerana tanpa rahmat Allah jualah kita tidak akan mampu ke sana meskipun amal ibadat kita menggunung dari orang lain. Kerana bimbang2 amalan-amalan itu dikikis sedikit demi sedikit dek dosa-dosa dilakukan yang tidak kita sedar, lantas menjadikan kita muflis di hadapan Allah. Wa na'udzubillah..

Ingatan bersama, selagi mana matahari tidak terbit di sebelah barat, pintu taubat Allah masih terbuka buat hamba-hambaNya. Yok, berubah!

Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Dan pastinya muhasabah kita bersama.

Wallahu a'lam.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Tuesday, March 8, 2011

Saya TERCICIR..?


Kisah 1

Cik A : Aishah, dapat tak mesej pasal jadi komiti Gold Dinar?

Aishah : Tak. Kenapa?

Cik A : Biar betul tak dapat? Ke, dapat tapi tolak?

Aishah : Tak lah. Tak dapat. =)


Kisah 2

"Salam. Aishah, gi tak Bakti Siswa?"

"Wa'alaikumussalam. Tak. Tak terlibat pun dengan bakti siswa, macam mana nak gi.. :)"

"Kak Ila tak hantar mesej ke pasal jadi komiti bakti siswa?"

"Tak.. ^^"


Kisah 3

"Aishah, kamu jadi unit PC program bakti siswa."

"Eh, tiba-tiba je.. Ngarut apa nih..?"

"Diorang tanya siapa unit kita yang TERCICIR. Jadi saya bagi la nama kamu."



***************************

Saya tidak kisah jika saya TERCICIR dalam hal ini. Namun, saya bimbang sekiranya saya TERCICIR atau GUGUR dari Jalan Da'wah. Lebih bimbang dan gerun, sekiranya saya tidak berpeluang untuk menyertai mereka yang beriman dan beramal soleh bilamana ditakdirkan oleh Allah dimasukkan ke dalam SYURGA. Tiba saat Hari Perhitungan, ketika mana melihat insan lain berat timbangan kanannya, kita pasti tidak mahu 'TERCICIR', bukan?


*kisah-kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. ^^


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~