MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..


Saturday, December 26, 2009

Maafkan Diriku Yang Hina..


Ya Allah,

aku meminta izin dariMu,
untuk meminjam sebentar cuma,
anugerah yang Kau kurniakan,
untukku luahkah isi hatiku di laman ini.

Ya Allah,
maafkan aku Ya Allah,
aku buntu.
aku jahil..
aku buta..
aku lupa..
Ya Allah..
akan segala nikmat dan kebesaranMu..

Bantulah aku..
Bimbinglah aku..
untuk redha akan ketentuanMu..
untuk menggapai keagungan cintaMu..
untuk ikhlas menuntut ilmuMu..

Lapangkanlah hatiku,
Bersihkanlah jiwaku,
Sucikanlah diriku,
untuk menerima tarbiyah dariMu..
Ya Rabb..

Masihkah ada untukku keampunan...?

Ampunilah segala dosa-dosaku..
Ya Rabbi..
Astaghfirullahal 'azhiim..


Friday, December 25, 2009

SMS Semalam..




Ukhti
fillah,
sedikit pesanan dari Imam Nawawi:

"Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk solat tahajud,

juga tidak mampu berpuasa di siang hari,
maka ketahuilah bahawa sesungguhnya
engkau telah dihalangi untuk melakukannya

kerana maksiat dan dosa yang membelenggumu."
Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah,
kerana Dia lah sebaik-baik pelindung.


-Adlina, 24/12/2009 12:33 am-


Renungan buat diriku dan dirimu..
Kembara kita di jalan sehala
semakin ke penghujung,
mengalas dua bekal;
dosa dan pahala,
bakal bertemu dua persimpangan;
syurga atau neraka.

-Achik, 24/12/2009 12:34 am-


Sekadar renungan:
"Mudahnya mencari cinta,
tapi cinta sejati itulah yang sukar diharungi.
Mudahnya mencari bahagia,
tapi bahagia berkekalan itulah yang sukar dikecapi.
Mudahnya mencari keseronokan,
tapi keseronokan tanpa kemurkaan itulah yang sukar ditemui.
Mudahnya mencari kesedihan,
tapi kesedihan kerana Allah jarang diperoleh."

-Raihanah UIA, 24/12/2009 1:02 am-


Imam Nawawi:
"Orang yang hafal quran,
tidak boleh tidur waktu orang lain tidur,
tidak boleh berseronok waktu orang lain berseronok.."

-Najah Solihah, 24/12/2009 11:48 pm-


Perkongsian yang sangat bermakna.

Masihkah ada untukku keampunan..??

Saturday, December 19, 2009

Warkah Ini Untuk Siapa..?


Bismillah wal hamdulillah..



Warkah ini kutujukan hanya untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat yang kucintai,
yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya diatas segalanya,

kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya,

cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan berbeza,

lebih bermakna dan indah.


Warkah ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat yang kucintai,

yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya,

yang mudah sekali terlena oleh cinta dunia,

yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya,

lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang,

entah di mana keikhlasannya?

maka di saat merasakan kekecewaan dan kelelahan,

kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan.

Padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil,

sebaliknya Dia melihat kesungguhan dalam mengusahakan sesuatu.

Warkah ini kutujukan pula untuk ruhku dan ruh sahabat-sahabat yang kucintai,

yang mula terkikis oleh dunia yang menipu,

serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati,

lalu dimanakah kejujuran diletakkan?

dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,

saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,

saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,

saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan,

Cuba lihat di sana! Hatimu menangis dan meranakah?


Warkah ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat yang kucintai,
yang sombong,

yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.

Sungguh, tiada satu pun yang membuat kita lebih dihadapanNya selain ketaqwaan.

Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa pasti merasai mati,

namun kita terus bergelut dengan kefanaan.


Warkah ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat yang kucintai,

yang mulai mati,

saat tiada gentar ketika Asma Allah disebut,

saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan,

dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.


Akhirnya warkah ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit,

jangan biarkan cahaya itu padam,
maka terus kumpulkan cahaya itu,

hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling,

memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya.


"Ya Allah Yang Maha Membolak-balikkan Hati,

Tetapkan hati ini pada agamaMu,

pada taat kepadaMu,

dan dakwah di jalanMu."



Wallahu a'lam.

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~

Thursday, December 17, 2009

Cuba, Try, Test Tengok..


Bismillahi wal Hamdulillah.

Salam sejahtera..

Sering kali persoalan kecil dan remeh terlepas pandang daripada perhatian kita. Namun, fakta-fakta tersebut tidak kurang penting dan menarik untuk menambah ilmu, di samping menajamkan minda kita.

Mari kita uji minda kita dengan menjawab soalan-soalan berikut..


1) Apakah hubungan kekeluargaan di antara Rasulullah s.a.w. dengan Sayyidina Umar al-Khattab r.a.?

2) Siapakah satu-satunya wanita yang menganggotai Majlis Syura selain Umar Ibn Khattab r.a., Ali bin Abi Talib r.a., Abdullah Ibn Mas'ud, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Umar?

3) Surah apakah yang terkenal dengan gelaran al-Mu'awwizatain?

4) Apakah hubungan antara tempat-tempat berikut?
Masjid Jami' al-Salamiyah.
Masjid Lala Mustapha Pasha.

Masjid Haydarpasha.


5) Berapakah tempat sujud sajadah dalam al-Quran?

6) Apakah digit yang diperkenalkan oleh ahli matematik Islam, al-Khawarizmi?

7) Apakah amalan yang mula-mula dihisab pada hari akhirat?

8) Bagaimanakah Salman al-Farisi menguji bahawa Rasulullah s.a.w. adalah nabi yang sebenar?

9) Namakan:
i. Makhluk yang diciptakan daripada api.
ii. Makhluk yang akan diazab dengan api.
iii. Makhluk yang selamat daripada api.


Jawapan akan diberikan kemudian. Selamat menjawab dan selamat mencuba.. =)

Cuti-cuti..


Bismillah wal hamdulillah.


Segala puji dan seinfiniti kesyukuran kepada Allah yang memberi secebis hidayah dan peluang untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah Taala.


Cuti-cuti? Apa ada pada cuti? Bukan cuti-cuti Malaysia ya..


Saya baru selesai menyediakan hidangan Spaghetti. Saya ingat lagi, makanan berat pertama yang saya masak ketika di bangku sekolah, adalah Spaghetti. Kali ni, saya masak buat kali ke berapa ntah. Dah banyak kali buat. Practice make perfect! Ye ke? Emm.. Tapi, kali ni masak on the spot. Tanpa bahan-bahan yang secukupnya. Apa yang ada di peti ais, yang sesuai untuk jadi bahan Spaghetti, saya ambil je. Nasib baik ada adik-adik 'membantu', menjadikan kerja jadi 'cepat' dan 'tangkas'. (huhu..). Cumanya, sempat ke Kak Asma' makan Spaghetti ni? Takut balik-balik rumah je, dah habis..err..


Cuti ni, saya lebih tumpu kepada pembelajaran Accounting. Computer tu, saya baca sikit-sikit sebelum tidur. Sebab lepas buka cuti nanti ada Quiz Computer. Pada hari yang sama, ada exam Account. Syukron jazilan kepada Ukht Aisyah Nasir dan Ukht Hazirah kerana banyak membantu serta melayan karenah dan pertanyaan saya yang banyak mengenai Account. Semoga Allah membalas jasa baik antuma dan moga ilmu yang ada berkekalan dan sentiasa bertambah.


Peluang cuti ni juga, saya lebih tumpukan kepada al-Quran. Masa ni lah masa yang terbaik untuk sentiasa bersama dengan al-Quran. Banyak dah saya lupakan dia. Kali ni, saya nak dapatkan dia balik. Doakan saya..


Satu permintaan saya, tolong doakan supaya mak saya cepat sembuh. Semoga Allah sentiasa memberikan beliau kekuatan dan ketabahan menahan penyakitnya.

Saya minta maaf sebab saya tidak dapat berceloteh lebih panjang. Moga pembaca semua sentiasa dalam lindungan dan tarbiyah Allah.
Barokallahu fiik.

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~

Monday, December 14, 2009

Aura Tariq bin Ziyad..


Bismillah wal hamdulillah.


"...Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu, pertahankan jiwa kalian."


Saya baru sahaja selesai membaca buku Novel Sejarah Islam, oleh Abdul Latip Talib mengenai TARIQ BIN ZIYAD. Dan kata-kata di atas saya petik antara taujihad yang diberikan oleh Tariq bin Ziyad. Antara yang lain,

"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian mahu lari? Demi Allah, apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran.."


Sungguh terkesan apa yang diperkatakan oleh beliau. Menang ataupun Syahid? Ya, dua matlamat yang kita perlu capai sebenarnya. Benarlah, Nabi Muhammad pernah bersabda,

"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan."
-direkodkan oleh Tarmizi dan Nasa'i


Kitalah generasi akhir umat. Benarkah kita sudah lari juah dari sifat syahid dan iman yang kuat? Ya! Kita masih lagi boleh bersenang-lenang dengan nikmat dunia, sedangkan ada saudara seIslam kita yang menderita. Dibunuh tak kira dimana, tak kira masa. Kebuluran sehingga menyebabkan kematian. Kita? Dengan kemewahan teknologi, kehebatan sains, sehingga melalaikan kita dengan arus pemodenan, menyalahgunakan sistem teknologi yang semakin gah di mata dunia. Di mana silap kita? Mahukah kita menjadi di antara golongan orang-orang yang rugi?


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya, kita umat akhir zaman. Kitalah yang akan dihisab terlebih dahulu oleh Allah Taala di Padang Mahsyar kelak. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati, roh dan jasadku di jalanMu. Aku tidak sanggup untuk menerima azab dariMu, Ya Allah..

"Berlawan pada jalan Allah hanya salah satu aspek jihad. Ini juga dalam Islam bukannya satu perbuatan pengganasan yang menggila. Ia mempunyai fungsi material dan moral, iaitu pemeliharaan diri sendiri dan pemeliharaan peraturan moral di dunia."
-Sahih Muslim, III:muka surat 938-ayat penjelasan.

Sungguh, aura jihad yang dibawa oleh Tariq bin Ziyad serta tentera-tenteranya telah menaikkan semangat saya untuk terus berjuang di jalanNya. Walau tidak dapat berperang menggunakan pedang, cukuplah dengan menggunakan mata pena. Ilmu yang tersemat di dada akan dipergunakan sebaiknya. Doa ku iringkan buat semua muslimin, muslimat, mujahidin dan mujahidat. Wahai pejuang-pejuang agama Allah, bergembiralah kalian. Sesungguhnya, kalian sedang menuju syurga yang dijanjikanNya.


"Jangan kamu menyangka mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."
-Surah Ali-Imran:169

"Tidak ditimpa luka seseorang pada jalan Allah, kecuali dia datang pada hari Qiamat dalam keadaan lukanya masih berdarah, warnanya tetap merah, adapun baunya seperti bau kasturi."
-direkodkan oleh Abu Daud.

Andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya.
Andai perjuangan ini singkat,
pasti ramai yang istiqamah.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu.
Turun naiknya,
Sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah,
bangkitlah semula.
Andai terluka,
ingatlah janjinya.

Ya Allah,
Rahmatilah hidup kami,
Berilah pengakhiran pada hidup kami sebaik-baik pengakhiran.
Janganlah Kau matikan kami dalam kekufuran.
Ampunilah segala dosa-dosa kami,
Ya Rabbul 'Izzati..

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~