MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Wednesday, August 14, 2013

Cinta & Pernikahan


Bismillah wal Hamdulillah..

Masuk saja bulan Syawwal, kecoh mengenai isu kahwin, wang hantaran, poligami, dan yang sewaktu dengannya. Hingga masuk paper dan laman sosial membincangkan isu ini. Oh, rupanya umur sudah masuk 20-an. Waktu belasan tahun mana nak dengar cerita-cerita sebegini.

Namun, zaman sekarang seakan mula meniti budaya zaman dahulu. Dulu, zaman atuk-atuk kita, bernikah seawal usia 16 tahun bukanlah sesuatu yang janggal. Hingga satu masa trend anak muda berkahwin adalah pada usia 25 tahun ke atas. Jika ada yang berkahwin awal, ianya menjadi suatu yang jarang berlaku. Kini, belum mencecah umur 20 sudah mendirikan rumah tangga.

Soal rezeki, jodoh dan ajal sudah ditentukanNya. Hanya saja kita berusaha untuk memperolehnya dalam keadaan yang terbaik dan diredhai Tuhan. Cepat atau lambat sama sekali bukan urusan kita. Kita hanya hamba yang tidak tahu bilakah pencarian itu bakal berakhir. Mungkin hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, atau 5 hingga 10 tahun lagi. Ianya rahsia..

Matang bukanlah syarat untuk mendirikan mahligai bahgia. Sayyidatina Aisyah r.a. masih kecil tika disunting oleh Rasulullah. Namun berupaya memberikan yang terbaik pada Baginda. Begitu juga persediaan. Andai kita sering mengatakan "aku masih belum bersedia", sampai bila kita takkan pernah bersedia. Justeru, bersedialah mulai sekarang.

Lakukan perubahan dan tindakan. Sediakan plan kehidupan di dunia, sebagai jambatan ke alam berikutnya. Cinta tika di dunia adalah jalan supaya kekalnya cinta itu hingga ke syurga. Bukan diikat dengan pernikahan sehari dua, lalu perceraian dipilih hanya kerana tidak sesuai dan tiada persefahaman.

Tujuan ikatan pernikahan perlu difahami sebaiknya. Hati perlu dicuci selalu, biarlah nur hidayahNya sering menembusi rongga-rongga kasih dan sayang gumpalan ini. Niat biarlah diperbaharui secara berterusan, agar kita menyedari hakikat cinta dan pernikahan bukan milik kita selamanya..


Layarkan muhasabah cinta <3


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~