MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Tuesday, May 31, 2011

Keep on Smiling ;)


Bismillah wal Hamdulillah.

Atas izinNya, blog ini diberi kesempatan untuk diupdate, dan moga-moga 'bernyawa' hingga ke akhirnya.

Hari ini saya belajar sesuatu.

Belajar senyum pada sesuatu yang tidak kita inginkan ia berlaku.

Meskipun, kita menjangkakan ianya mungkin berlaku, lantas ianya terjadi, kebiasaannya kita pasti akan terduduk, merenungi dan menangisi hal itu.

Namun, kadang-kala kita perlu belajar. Belajar bagaimana menerima sesuatu dengan hati yang terbuka. Fikir dengan fikiran yang positif. Redha pada ketentuanNya.

Barangkali Allah tidak mengurniakannya serta-merta, kerana Allah telah menyediakan ia buat kita pada suatu masa yang tidak kita ketahui.

anak-anak kecil, fikirannya jernih, hatinya bersih, tiada dosa dan noda~

Yakinlah dengan janji Allah. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kita.

Smile, can make hearts calm and resolve problems.

^_^'

"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (ketika menghadapi kesusahan dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat, kerana sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar." 
(Surah Al-Baqarah, 2 : 153)


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Saturday, May 21, 2011

Nota Cinta..



Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-Nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah



Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com




~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Thursday, May 19, 2011

Grand Reunion exSIM 2011..




Bismillah wal Hamdulillah.

Salam ukhuwwah penuh mahabbah.

Seperti yang tertera, insyaAllah Persatuan Alumni SM Imtiaz Dungun @ ex-Student Imtiaz Dungun (exSIM) akan mengadakan Annual General Meeting dan Grand Dinner [Grand Reunion] seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 28 Mei 2011 
Masa : 9.00 pagi - 11.30 malam
Tempat : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun (bawah)
Sasaran :-
# Bekas pelajar SMID
# Guru-guru SMIYTD
# Bekas guru-guru SMID
# Staf SMIYTD

Yuran : RM10

Jadi, bagi mereka yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun [atau sebelumnya, Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ)], antum dialu-alukan untuk menghadiri program ini.

InsyaAllah, bas dari KL ke Dungun disediakan. Pergi (27hb malam) - balik (29hb pagi). Sila buat tempahan seat kepada saya. Penginapan juga disediakan (asrama menengah bawah).

Moga dengan kehadiran antum dan antunna bakal memeriahkan program yang julung-julung kali diadakan ini, serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah Taala.

Tolong sebarkan pada rakan-rakan, sahabat-sahabiah yang lain.

"Secangkir Kasih, Segunung Mahabbah, Selautan Ukhuwwah"

Sekian, terima kasih.

Cakap Mudah, Tulis Senang.. Praktikalnya?


Bismillah wal Hamdulillah.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, serta kaum kerabat dan para sahabat Rasulullah.

Sunyi sepi tidak bermakna tiada seri. Terima kasih atas kunjungan kalian ke teratak ini walau lagu sentiasa berbunyi serta menemani, namun tiada info terkini. (maaf, lagu sudah di'simpan' dengan baik)

Bukan niat untuk berpantun, namun gemar memulakan kalam bersopan santun. :)

Tinta kali ini ingin mengajak pembaca agar meluangkan sedikit masa untuk membaca, berfikir dan memberi pandangan yang membina dan bernas buat penulis dan pembaca selainnya.

Menulis, dan berkongsi, perlu kena pada niatnya. Kadang-kala, ia bisa memesongkan hati dari sifat keikhlasan semata-mata kerana Allah Taala. Justeru, mahu menulis bukan sebarang menulis. Jika penulisan mahu sampai ke hati pembaca, maka perlu menulis juga dari hati. Agar ia dicetus dari hati ke hati.

Segala perkara kita perlu sandarkan pada Allah. Bagaimana? 

قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين

Solat kita, kerana apa..?

Ibadah kita, untuk siapa..?

Hidup kita, apa tujuannya..?

Matinya kita, menuju ke destinasi syurga atau neraka..?


"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam."
(Surah Al-An'am, 6:162)

Cakap, bukan sebarang cakap. Tulis, bukan sebarang tulis. Cakap mudah, tulis senang.

Teori semata.

Praktikalnya?

Baik, kenali punca.

Solah

Mulakan dari wudhu' yang diambil. Sempurna atau tidak? Berwudhu' sambil gelak-gelak, atau bersembang-sembang sehingga tak perasan, rupanya dah ambil 'wudhu' sampai ke kaki? Atau berwudhu' sambil kepala ligat memikirkan "hari ni nak masak apa ye?", atau "sayangnya nak tanggalkan make-up kat muka ni. Basuh ala kadar sudah la.". Atau mungkin juga, terlalu was-was, "eh, sempurna tak wudhu' aku ni?" sehinggakan membasuh setiap anggota sebanyak 10 kali. Ini satu pembaziran dan mainan syaitan namanya. Atau, memulakan basuhan dengan nama Allah, "sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Taala", membasuh setiap anggota yang wajib dengan sunat 3 kali basuhan serta tertib, lalu disempurnakan dengan doa? Maka, secara tidak langsung ianya memberi effect kepada solat yang bakal kita tunaikan nanti. Solat merupakan penghubung bagi si hamba dengan Yang Maha Pencipta. Tunaikanlah setiap solat itu seolah-olah itulah solat dan pengabdian terakhir kita padaNya. Manalah tahu, selesai sahaja solat, roh sudah tiba masanya untuk dipisahkan dari jasad, buat selamanya. Allah..

Next~

Ibadah

Bisa dikategorikan kepada dua. Wajib dan Sunat. Sempurna sudah ibadah wajib kita sehari-hari? Atau terlalu mendahulukan yang sunnah, sehingga mangabaikan yang wajib? Cukupkah andai hanya memberi sadaqah kepada faqir miskin dan anak-anak yatim, namun solatnya tidak dijaga? Sekejap on, sekejap off. Atau berbangga dengan ibadah puasa di siang hari, namun solatnya tolak ke tepi? Penat, lapar dan dahaga menjadi alasan. Atau, sekadar berniat, "aku tidur kerana Allah Taala", lalu terbaring enak melayan mimpi selama 10 jam tanpa henti? Atau, pernahkah anda berniat "sahaja aku makan makanan rezeki yang dikurniakan oleh Allah, adalah semata-mata keranaNya, demi untuk menjaga hak badan untuk sihat dalam melaksanakan kerja-kerja harian dan gerak kerja Islam". Atau, pernahkah berniat, "aku meminta izin pada Allah Taala untuk mengalunkan bacaan suci kalamNya. Mudah-mudahan ada nilai tinggi di sisiNya."


Menulis juga jika ianya untuk agama Islam dan untuk mendapat redhaNya, bisa dikira sebagai ibadah.
pic from deviantart.com


Next~

Hidup

"Waktu muda hanya sekali, jom enjoy habis-habisan!!" 'Enjoy' dalam erti kata apa bagi anda? Enjoy berfoya-foya, berhibur, bermaksiat dan berpacaran? Atau, 'enjoy' dalam beribadah, menuntut ilmu, menadah kitab, bersukan, dan menjalani ibadah seharian? Memetik sabda Rasulullah s.a.w, "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir". Meskipun hidup di dunia ini lebih singkat berbanding kehidupan di akhirat, namun janganlah kita culas akan kepentingan mencari bekalan kerana ia adalah penentu kita bahagia atau celaka di akhirat nanti. Letakkan dunia ini di genggaman kita, bukan di hati kita. Warnai kehidupan di dunia dengan amal-amal kebaikan dan diredhaiNya. Sama-sama kita fikirkan, dunia adalah tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menanam memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Akan tetapi tanpa melalui kesusahan dan cabaran, kita sukar untuk menikmati kemanisan kesenangan.

Next~

Mati

Firman Allah Taala di dalam Surah an-Nazi'at ayat 40-41, yang bermaksud: "Dan orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan mencegah dirinya dari hawa nafsu, maka syurgalah tempat kediamannya." Bila tiba saat kematian, segala kemewahan harta benda, pangkat, keluarga dan kekayaan dunia terpaksa ditinggalkan. Hanya satu perkara yang akan mengiringi kita. Iaitu amalan. Fikirkanlah bersama, waktu tidur dan berehat-rehat telah berlalu, kerana bertambahnya umur kita bermakna kita telah terlalu hampir untuk bertemu dengan Allah Taala. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah s.w.t. kelak dengan membawa amalan tercatat yang terlampau sedikit sedangkan dosa pula melebihi daripada pahala yang kita miliki? Bermaknakah cinta kepada Allah yang kita sering ungkapkan, namun tiada pengamalan dan pelaksanaanya?

Cakap mudah, tulis senang. Praktikalnya?

Saya menulis, terutamanya untuk diri saya, untuk kaum keluarga, sahabat-sahabat, serta para pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Yang menulis bukan bermakna cukup sempurna. Namun, kita dan saya sendiri sebagai seorang hamba perlu ada rasa ingin berubah, dari semasa ke semasa, sedikit demi sedikit, ke arah yang lebih baik.

Moga ada manfaatnya.

Wallahu a'lam.

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~


Saturday, May 7, 2011

She is The Person..


Bismillah wal Hamdulillah.

Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammnad sollallahu 'alaihi wa sallam.

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk menjalankan amanah dalam menulis dan memberi.

Saya berkesempatan untuk mengulang tonton beberapa episod dari cerita bersiri Korea 'Jewel In The Palace'. Saya pernah menontonnya di TV suatu ketika dahulu. Sudah agak lama cerita ini, namun ketika itu ditayangkan dengan peralihan bahasa ke Bahasa Mandarin (kalau tak salah saya). Sedang menontonnya, ada babak yang menarik minat saya untuk dikongsikan di sini.

Ianya merupakan sesi 'teka-teki' yang diberikan oleh seorang 'physician lady' kepada King's mother. Soalannya begini..

"It's a person.. This person was a food examiner for the King from the olden times. The Chinese "food examiner" originates from this person. This person was a 'slave' of a family, so this person did all types of menial work. And this person was also a teacher to everyone in the family. There is a legend that says when this person was living, all the world was covered with mountains but when this person died, all the world was covered with water."

Who is the person?

Maka, jawapan yang diberikannya adalah..

"This lady's main job was as a 'food examiner'. She examines how a child eats, sleeps and everything else. A 'food examiner' always think about what the King should not eat and what food is beneficial to the King's health. She thinks of the King's health and food day and night. So the Chinese emperor started the office of 'food examiner' because of this person. So, this person becomes the 'food examiner'.
 This lady is a slave in the family but a teacher to the family. She puts clothes on the child even if she's cold, she feeds the child even though she's hungry, she gives comfort to child even though she's uncomfortable. So, she lives a life that may be more laborious than a slave. But, without such care of her, how could a child learn to put on clothes or eat by himself? So she is the most wearied slave and the best teacher in a family.
When this lady is alive, the whole world is covered with mountains, but when she died the whole world is covered with water. When she is alive, she must be a strong mountain to the child. Once she is dead, the child's tear will make a sea.
The person is a MOTHER."

Itu pandangan mereka yang bukan beragama Islam. Lalu, dimanakah peranan kita sebagai seorang yang mengaku beragama Islam, mengaku beriman kepada Allah dan Rasul, mentaati sepenuhnya kepada kedua ibu bapa kita. 

"And your Lord has decreed that you not worship except Him, and to parents, good treatment. Whether one or both of them reach old age [while] with you, say not to them [so much as], "uff," and do not repel them but speak to them a noble word. And lower to them the wing of humility out of mercy and say, "My Lord, have mercy upon them as they brought me up [when I was] small."
(Surah al-Isra', 17 : 23-24) 

Walaupun, ura-ura mengatakan 8 Mei (esok) [ataupun tak kisahlah bila2] adalah hari ibu, namun perlulah kita ingat, hari-hari adalah hari yang perlu kita hargai ibu, mak, umi, mama, ma kita. Laksanakanlah tanggungjawab dan peranan kita sebagai seorang anak sebaiknya, selagi mana kita masih hidup, atau selagi mana mereka masih hidup.

Buat mereka yang sudah pun bergelar ibu, setahun, lima tahun, atau berpuluh-puluh tahun, ketahuilah bahawa diri kalian adalah insan yang terbaik yang dijanjikan oleh Allah bahawa syurga anak terletak di bawah telapak kaki ibu. Doa kalian adalah doa yang insyaAllah didengari Allah. Kasih sayang yang kalian curahkan tidak mampu terbalas oleh anak-anak yang kalian tatang bagai minyak yang penuh. Siapalah si anak andai bukan insan yang bergelar ibu yang melahirkannya ke dunia. Semuanya adalah kerana kehendak Allah, dirimu dimuliakan sebagai seorang IBU.


Inilah mak saya dunia akhirat, Romalia Zainol :)


Sekian tinta untuk hari ini ^^

Moga ada manfaatnya bersama.

Wallahu a'lam.

p/s: lirik lagu Delusi Ummi (oleh Nice) boleh di dapati di sini..


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Monday, May 2, 2011

Semakin Bertambah Umur..


Bismillah wal Hamdulillah.

Syukur pada Allah, masih ada sisa hidup sehingga ke hari ini. Meskipun malaikat maut seringkali menjenguk kita, menunggu masa menarik nyawa. Cuma, saatnya, tidak pasti bila.

Semakin bertambah umur,
semakin bertambah amanah
semakin bertambah tanggungjawab
semakin bertambah taklifat.


amanah yang datang ibarat air yang mengalir..


Semakin bertambah umur,
semakin bertambah ujian
semakin bertambah cabaran
semakin bertambah dugaan.

Semakin bertambah umur,
semakin banyak amalan
semakin banyak dosa
semakin banyak suka dan lara.

Semakin bertambah umur, 
semakin jauh dengan keluarga
semakin jauh dengan rakan dan taulan
semakin jauh dengan keseronokan dan kesenangan.

Kerana apa,
semakin bertambah umur,
masa yang tersisa semakin sedikit,
masa yang dinanti semakin hampir,
masa yang pasti dihadapi oleh semua,
menandakan
semakin dekat diri ini dengan KEMATIAN!

Sediakan bekalan setiap masa, bukan berkala..

Begitu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan. Adakah aku tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur??

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."
(Surah Ibrahim, 14 : 34)

Doakan saya dan kita semua sentiasa berada dalam perlindungan dan jagaan Allah. Moga Allah tetapkan hati kita dalam ketaatan dan ketaqwaan dalam agamaNya.

Muhasabah diri..

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~