MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Thursday, December 31, 2009

Koreksi Diri..


Bismillahi wal Hamdulillah.


1 Muharram 1431 telah menjengah,
membuka lembaran baru,
mengingatkan diri akan dosa-dosa lalu,
hanya diri yang mampu lakukan perubahan,
beserta hati dan jiwa yang ikhlas,
sebelum tiba saat bertemu denganNya.

31 Disember 2009,
hampir menutup tirai,
diri dihujani persoalan,
akan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan,
hanya jasad yang mampu merungkai tanda tanya,
beserta roh yang bakal dijemput,
tepat pada masa dimatikan olehNya.

Perlunya muhasabah diri..
Apa yang perlu dibuat,
untuk mendekatkan diri kepada Allah,
untuk mencapai keredhaan Allah,
untuk jadikan dunia sebagai jambatan ke akhirat,
dan apa yang perlu dibawa,
sebagai bekalan dunia dan akhirat..

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..


~Aslih Nafsak Wad'u Ghairak~

Tangisan Tanpa Erti....


Bismillahi wal Hamdulillah.


Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Taala.

First sekali, saya sendiri tidak mengerti, apa tujuan untuk saya menulis pada tengah malam ini dan saya tidak tahu tajuk apa yang sesuai untuk entry saya pada kali ini.

Minggu ini, dua kali saya menitiskan air mata. Saya sendiri tidak mengerti ianya bersebab atau tidak. Sudah lama tidak 'membasahkan' mata dan pipi. Atau dalam erti kata lain, menangis. Rasa janggal. Melainkan menangis atas sebab2 tertentu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Mungkin disebabkan terlalu kasihnya seorang ibu, mak, umi, boleh membuatkan seorang anak mengalirkan air mata. Terharu. Dipendekkan cerita. Setiap hujung minggu, kebiasaannya, saya akan pulang ke rumah. Atas permintaan keluarga, terutama mak dan bapa. Saya turuti tanpa membantah, melainkan jika ada masyaqah dan sebagainya. Maklumlah, setelah 5 tahun berada jauh dari keluarga, kini, bila melangkah ke alam matrikulasi, terasa tanggungjawab untuk berada di samping keluarga sebelum masa tidak mengizinkan. Lebih-lebih lagi jika pabila menaiki tangga ke tahap pelajar universiti, bekerja, berkahwin dan sebagainya.


Dan biasanya, saya akan pulang semula ke Nilai pada hari Isnin pagi, sebelum bermulanya kuliah pada jam 9 pagi. Melainkan jika saya membuat permintaan untuk pulang lebih awal ke kampus atas sebab-sebab tertentu. Isnin lepas, sebelum saya menyiapkan diri untuk pulang ke kampus, saya 'membakar' tudung yang baru dijahit dengan sebatang lilin. Jangan salah ertikan
word 'membakar' tu ye. Agak mengambil masa. Setelah selesai, saya bergegas ke bath room dan bersiap seperti sepatutnya. Dalam masa yang sama, saya mendengar bunyi 'orang yang sedang memasak' di dapur. Saya dapat rasakan itu adalah emak. Sebabnya, adik-adik saya yang lain sedang mengajar adik-adik atau jiran-jiran sekampung belajar mengaji. Manakala, kakak saya seawal pagi sudah keluar dari rumah untuk menghadiri seminar.

Pagi itu, saya lihat mak sedang bersiap, seolah-olah ingin menghantar saya balik ke Nilai. Saya bertanya kepada mak, "Mak, mak ke yang hantar?". "Ye2, mak hantar.". "Eh, x perlu la mak. Abg Ghazie kan ada..". Saya tidak mahu menyusahkan mak sebab mak masih dalam proses hampir sembuh dari penyakitnya. "Cepatla siap Ti. Nanti pergi minum air. Air ada kat atas meja." Ketika saya menuju ke meja untuk mengambil air, dalam hati saya berkata, "Eh, ingatkan ada makanan, rasa macam mak buat something tadi." Xpelah. Abaikan. Lagipun, saya memang jarang sarapan.


Sakit yang teramat sangat. Itu yang mampu saya katakan sebelum bertolak. Hanya Allah Yang Tahu.


Kami bertolak. Mak membawa dengan kelajuan yang agak laju. Sebab kami bertolak lebih kurang jam 8.25 pagi. Sedikit lewat. Di awal perjalanan, tiba-tiba,
jam!. Dan biasanya melepasi tol dengan Touch N Go. Tapi kali ini tidak. Membuatkan perjalanan ini mengambil masa. Dalam perjalanan, saya mengatakan kepada emak, "Mak, sakit sangat ni. Tak larat nak menahan. Boleh tak kalau Siti tak datang kelas?". "Ye ke? X pelah kalau macam tu. Mak boleh bawa slow sikit." Saya mendiamkan diri, dalam masa yang sama, saya menghantar sms kepada seorang kawan saya supaya pergi kelas dahulu tanpa menunggu kepulangan saya. Lantas, saya mengirimkan satu sms kepada Madam Narmi, Lecturer yang mengajar Writing yang dijadualkan jam 9 pagi pada hari itu. Kata Madam, "I still need a black and white letter from your mom or dad." "InsyaAllah madam. Thanx a lot." Sebab, pada hari itu, kami dikehendaki untuk membuat final draft untuk TICE. Barangsiapa yang tidak hadir, tanpa surat, dia tidak dibenarkan to complete that essay. TICE membawa 10% as a carry marks.

Tiba di Nilai, jam 8.55 pagi. Masih ada masa 5 minit untuk kelas bermula. "Ti, ada 5 minit lagi ni, mak tunggu kat sini. Kalau Siti dah berubah hati nak pergi kelas, mak boleh hantarkan. Mak tunggu sini dalam 5-10 minit lagi. Dah, pergi lah naik". Mak sempat menghulurkan satu bekas
tupperware yang berisi makanan untuk sarapanku. Menahan sebak. Ketika berjalan menuju ke bilik, sempat membuat teka-teki, nak pergi kelas ke tak?? Sambil menahan sakit. Mak sanggup tunggu. Dan saya sendiri tidak sanggup untuk ponteng kelas. Dalam study room. Bergegas mengemas buku ke dalam beg. Dalam hati, "kena pergi jugak ni!!".

9.03 pagi, saya cepat-cepat turun dari tangga blok asrama menuju ke kereta emak. Tiba-tiba, kereta mak mengundur, dan berlalu dari situ perlahan-lahan. Saya menyangkakan, mungkin mak ingat saya tidak mahu datang hadir ke kelas pagi itu. Saya cuba untuk mengejar kereta mak. Hampa. Lantas, saya cepat-cepat mendail no handphone mak. Adus, salah seorang adik saya yang berada di rumah yang mengangkatnya. Alamak, mak tertinggal handphone pula. Saya semakin lemah. Tak mampu lagi menahan kesakitan. Teringatkan pula perjalanan ke blok akademik yang agak jauh, dan kelas di tingkat 3, saya membatalkan hasrat untuk berjalan kaki sendirian. Terasa rugi meninggalkan satu subjek. Saya terus pulang semula ke bilik, dengan niat untuk merehatkan diri. Longlai. Sambil mata bergenang dengan air mata. Tahan.

Tiba di dorm. Air mata mencurah-curah jatuh. Jatuh dan jatuh. Saya tidak mengerti mengapa. Sehinggakan bengkak-bengkak mata. Saya menghantar mesej ke no mak. "Mak, tadi Siti dah turun dah nak pergi kelas. Tengok-tengok mak nak jalan dah. Tak sempat nak kejar..". Setibanya mak di rumah, mak menelefon saya. Kata mak, mak tak balik lagi sebenarnya. Mak ke Masjid Nilai sebab salah seorang adik saya yang ikut sekali, ingin ke
toilet dengan segera. Jadi, mak membawanya ke Masjid menuruti permintaannya. Dalam masa yang sama, mak masih ingat janji mak pada saya, yang mak akan tunggu dalam 5-10 minit. Kata mak lagi, dari atas bukit (di Masjid), mak memerhatikan student-student yang berjalan menuju ke kelas dan mencari-cari kelibat saya, kot-kot saya pergi ke kelas pada waktu itu. Setelah mendengarnya, air mata membasahi pipi. Laju.

Mak, tulusnya hatimu, ingin melihat anakmu berjaya. Sanggup lakukan apa sahaja. Terima kasih mak, atas segalanya.


*************************************************************************************

Selasa, 29 Disember 2009.


Kelas
Economics.
Ilmu yang diterima semakin berat rasanya. Semakin lama, semakin tak faham subjek ni. Termenung seketika. Kenapa aku boleh terjun ke bidang ni? I can not learn it by heart. Sangat sukar. Buntu. Berkali-kali soalan ini sering timbul. "Betul ke bidang yang aku ambil ni?". "Aku minat ke dengan subjek ni?". Walhal, saya tahu, saya lebih menjurus ke arah bidang mana. Tapi..?

Saya cuba mengambil hikmah dengan setiap apa yang berlaku. Semuanya secara kebetulan. Setiap kali saya merasa
down dan ingin berhenti dari mengambil kos ini, result yang saya terima untuk quiz and mid-term memuaskan. Apa tandanya...?

Ya, saya akui, saya meminati subjek Mathematics. Sejak kecik. Saya boleh menghafal Sifir 12 seawal 4 tahun. Saya tidak menyedarinya. Tapi, itulah yang mak beritahu pada saya. Tapi hanya subjek ini yang saya minat. Secara jujur, subjek Accounting bukan bidang dan kepakaran saya. Saya hanya menghafal step dan formula yang ada. Hakikatnya, saya tidak memahami langsung subjek ini. Bila soalan berputar belit sedikit, saya jadi kalut. Blur. Tandanya just memorize, not understand. Ekonomi, saya hanya faham pada permulaan topik. Berkisar mengenai perkara-perkara yang asas mengenai ekonomi. Tapi, saya tidak faham langsung apa skop bidang ini sebenarnya. Saya tak faham, tapi, saya tak tahu nak bertanya. Nak bertanya tentang apa? Tak tahu..

Sesekali air bergenang di kelopak mata. Tahan, supaya tidak jatuh. Tak sanggup untuk mengeluarkan persoalan yang berbentuk "kalau...". Perkara yang sudah lepas. Biarkan sahaja.
Look forward. Tapi...?

Maafkan saya. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengekspresikan perasaan saya ketika ini. Terlalu sukar untuk diungkapkan. Mungkin Allah ingin saya mencari jalan melalui hidayahNya. Mohon Allah berikan saya petunjuk yang sebaiknya...



Maaf juga atas kekasaran bahasa dan sebagainya.

Wallahu a'lam.


~insan dhaif~



Saturday, December 26, 2009

Maafkan Diriku Yang Hina..


Ya Allah,

aku meminta izin dariMu,
untuk meminjam sebentar cuma,
anugerah yang Kau kurniakan,
untukku luahkah isi hatiku di laman ini.

Ya Allah,
maafkan aku Ya Allah,
aku buntu.
aku jahil..
aku buta..
aku lupa..
Ya Allah..
akan segala nikmat dan kebesaranMu..

Bantulah aku..
Bimbinglah aku..
untuk redha akan ketentuanMu..
untuk menggapai keagungan cintaMu..
untuk ikhlas menuntut ilmuMu..

Lapangkanlah hatiku,
Bersihkanlah jiwaku,
Sucikanlah diriku,
untuk menerima tarbiyah dariMu..
Ya Rabb..

Masihkah ada untukku keampunan...?

Ampunilah segala dosa-dosaku..
Ya Rabbi..
Astaghfirullahal 'azhiim..


Friday, December 25, 2009

SMS Semalam..




Ukhti
fillah,
sedikit pesanan dari Imam Nawawi:

"Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk solat tahajud,

juga tidak mampu berpuasa di siang hari,
maka ketahuilah bahawa sesungguhnya
engkau telah dihalangi untuk melakukannya

kerana maksiat dan dosa yang membelenggumu."
Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah,
kerana Dia lah sebaik-baik pelindung.


-Adlina, 24/12/2009 12:33 am-


Renungan buat diriku dan dirimu..
Kembara kita di jalan sehala
semakin ke penghujung,
mengalas dua bekal;
dosa dan pahala,
bakal bertemu dua persimpangan;
syurga atau neraka.

-Achik, 24/12/2009 12:34 am-


Sekadar renungan:
"Mudahnya mencari cinta,
tapi cinta sejati itulah yang sukar diharungi.
Mudahnya mencari bahagia,
tapi bahagia berkekalan itulah yang sukar dikecapi.
Mudahnya mencari keseronokan,
tapi keseronokan tanpa kemurkaan itulah yang sukar ditemui.
Mudahnya mencari kesedihan,
tapi kesedihan kerana Allah jarang diperoleh."

-Raihanah UIA, 24/12/2009 1:02 am-


Imam Nawawi:
"Orang yang hafal quran,
tidak boleh tidur waktu orang lain tidur,
tidak boleh berseronok waktu orang lain berseronok.."

-Najah Solihah, 24/12/2009 11:48 pm-


Perkongsian yang sangat bermakna.

Masihkah ada untukku keampunan..??

Saturday, December 19, 2009

Warkah Ini Untuk Siapa..?


Bismillah wal hamdulillah..



Warkah ini kutujukan hanya untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat yang kucintai,
yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya diatas segalanya,

kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya,

cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan berbeza,

lebih bermakna dan indah.


Warkah ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat yang kucintai,

yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya,

yang mudah sekali terlena oleh cinta dunia,

yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya,

lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang,

entah di mana keikhlasannya?

maka di saat merasakan kekecewaan dan kelelahan,

kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan.

Padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil,

sebaliknya Dia melihat kesungguhan dalam mengusahakan sesuatu.

Warkah ini kutujukan pula untuk ruhku dan ruh sahabat-sahabat yang kucintai,

yang mula terkikis oleh dunia yang menipu,

serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati,

lalu dimanakah kejujuran diletakkan?

dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,

saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,

saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,

saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan,

Cuba lihat di sana! Hatimu menangis dan meranakah?


Warkah ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat yang kucintai,
yang sombong,

yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.

Sungguh, tiada satu pun yang membuat kita lebih dihadapanNya selain ketaqwaan.

Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa pasti merasai mati,

namun kita terus bergelut dengan kefanaan.


Warkah ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat yang kucintai,

yang mulai mati,

saat tiada gentar ketika Asma Allah disebut,

saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan,

dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.


Akhirnya warkah ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit,

jangan biarkan cahaya itu padam,
maka terus kumpulkan cahaya itu,

hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling,

memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya.


"Ya Allah Yang Maha Membolak-balikkan Hati,

Tetapkan hati ini pada agamaMu,

pada taat kepadaMu,

dan dakwah di jalanMu."



Wallahu a'lam.

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~

Thursday, December 17, 2009

Cuba, Try, Test Tengok..


Bismillahi wal Hamdulillah.

Salam sejahtera..

Sering kali persoalan kecil dan remeh terlepas pandang daripada perhatian kita. Namun, fakta-fakta tersebut tidak kurang penting dan menarik untuk menambah ilmu, di samping menajamkan minda kita.

Mari kita uji minda kita dengan menjawab soalan-soalan berikut..


1) Apakah hubungan kekeluargaan di antara Rasulullah s.a.w. dengan Sayyidina Umar al-Khattab r.a.?

2) Siapakah satu-satunya wanita yang menganggotai Majlis Syura selain Umar Ibn Khattab r.a., Ali bin Abi Talib r.a., Abdullah Ibn Mas'ud, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Umar?

3) Surah apakah yang terkenal dengan gelaran al-Mu'awwizatain?

4) Apakah hubungan antara tempat-tempat berikut?
Masjid Jami' al-Salamiyah.
Masjid Lala Mustapha Pasha.

Masjid Haydarpasha.


5) Berapakah tempat sujud sajadah dalam al-Quran?

6) Apakah digit yang diperkenalkan oleh ahli matematik Islam, al-Khawarizmi?

7) Apakah amalan yang mula-mula dihisab pada hari akhirat?

8) Bagaimanakah Salman al-Farisi menguji bahawa Rasulullah s.a.w. adalah nabi yang sebenar?

9) Namakan:
i. Makhluk yang diciptakan daripada api.
ii. Makhluk yang akan diazab dengan api.
iii. Makhluk yang selamat daripada api.


Jawapan akan diberikan kemudian. Selamat menjawab dan selamat mencuba.. =)

Cuti-cuti..


Bismillah wal hamdulillah.


Segala puji dan seinfiniti kesyukuran kepada Allah yang memberi secebis hidayah dan peluang untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah Taala.


Cuti-cuti? Apa ada pada cuti? Bukan cuti-cuti Malaysia ya..


Saya baru selesai menyediakan hidangan Spaghetti. Saya ingat lagi, makanan berat pertama yang saya masak ketika di bangku sekolah, adalah Spaghetti. Kali ni, saya masak buat kali ke berapa ntah. Dah banyak kali buat. Practice make perfect! Ye ke? Emm.. Tapi, kali ni masak on the spot. Tanpa bahan-bahan yang secukupnya. Apa yang ada di peti ais, yang sesuai untuk jadi bahan Spaghetti, saya ambil je. Nasib baik ada adik-adik 'membantu', menjadikan kerja jadi 'cepat' dan 'tangkas'. (huhu..). Cumanya, sempat ke Kak Asma' makan Spaghetti ni? Takut balik-balik rumah je, dah habis..err..


Cuti ni, saya lebih tumpu kepada pembelajaran Accounting. Computer tu, saya baca sikit-sikit sebelum tidur. Sebab lepas buka cuti nanti ada Quiz Computer. Pada hari yang sama, ada exam Account. Syukron jazilan kepada Ukht Aisyah Nasir dan Ukht Hazirah kerana banyak membantu serta melayan karenah dan pertanyaan saya yang banyak mengenai Account. Semoga Allah membalas jasa baik antuma dan moga ilmu yang ada berkekalan dan sentiasa bertambah.


Peluang cuti ni juga, saya lebih tumpukan kepada al-Quran. Masa ni lah masa yang terbaik untuk sentiasa bersama dengan al-Quran. Banyak dah saya lupakan dia. Kali ni, saya nak dapatkan dia balik. Doakan saya..


Satu permintaan saya, tolong doakan supaya mak saya cepat sembuh. Semoga Allah sentiasa memberikan beliau kekuatan dan ketabahan menahan penyakitnya.

Saya minta maaf sebab saya tidak dapat berceloteh lebih panjang. Moga pembaca semua sentiasa dalam lindungan dan tarbiyah Allah.
Barokallahu fiik.

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~

Monday, December 14, 2009

Aura Tariq bin Ziyad..


Bismillah wal hamdulillah.


"...Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu, pertahankan jiwa kalian."


Saya baru sahaja selesai membaca buku Novel Sejarah Islam, oleh Abdul Latip Talib mengenai TARIQ BIN ZIYAD. Dan kata-kata di atas saya petik antara taujihad yang diberikan oleh Tariq bin Ziyad. Antara yang lain,

"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian mahu lari? Demi Allah, apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran.."


Sungguh terkesan apa yang diperkatakan oleh beliau. Menang ataupun Syahid? Ya, dua matlamat yang kita perlu capai sebenarnya. Benarlah, Nabi Muhammad pernah bersabda,

"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan."
-direkodkan oleh Tarmizi dan Nasa'i


Kitalah generasi akhir umat. Benarkah kita sudah lari juah dari sifat syahid dan iman yang kuat? Ya! Kita masih lagi boleh bersenang-lenang dengan nikmat dunia, sedangkan ada saudara seIslam kita yang menderita. Dibunuh tak kira dimana, tak kira masa. Kebuluran sehingga menyebabkan kematian. Kita? Dengan kemewahan teknologi, kehebatan sains, sehingga melalaikan kita dengan arus pemodenan, menyalahgunakan sistem teknologi yang semakin gah di mata dunia. Di mana silap kita? Mahukah kita menjadi di antara golongan orang-orang yang rugi?


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya, kita umat akhir zaman. Kitalah yang akan dihisab terlebih dahulu oleh Allah Taala di Padang Mahsyar kelak. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati, roh dan jasadku di jalanMu. Aku tidak sanggup untuk menerima azab dariMu, Ya Allah..

"Berlawan pada jalan Allah hanya salah satu aspek jihad. Ini juga dalam Islam bukannya satu perbuatan pengganasan yang menggila. Ia mempunyai fungsi material dan moral, iaitu pemeliharaan diri sendiri dan pemeliharaan peraturan moral di dunia."
-Sahih Muslim, III:muka surat 938-ayat penjelasan.

Sungguh, aura jihad yang dibawa oleh Tariq bin Ziyad serta tentera-tenteranya telah menaikkan semangat saya untuk terus berjuang di jalanNya. Walau tidak dapat berperang menggunakan pedang, cukuplah dengan menggunakan mata pena. Ilmu yang tersemat di dada akan dipergunakan sebaiknya. Doa ku iringkan buat semua muslimin, muslimat, mujahidin dan mujahidat. Wahai pejuang-pejuang agama Allah, bergembiralah kalian. Sesungguhnya, kalian sedang menuju syurga yang dijanjikanNya.


"Jangan kamu menyangka mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."
-Surah Ali-Imran:169

"Tidak ditimpa luka seseorang pada jalan Allah, kecuali dia datang pada hari Qiamat dalam keadaan lukanya masih berdarah, warnanya tetap merah, adapun baunya seperti bau kasturi."
-direkodkan oleh Abu Daud.

Andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya.
Andai perjuangan ini singkat,
pasti ramai yang istiqamah.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu.
Turun naiknya,
Sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah,
bangkitlah semula.
Andai terluka,
ingatlah janjinya.

Ya Allah,
Rahmatilah hidup kami,
Berilah pengakhiran pada hidup kami sebaik-baik pengakhiran.
Janganlah Kau matikan kami dalam kekufuran.
Ampunilah segala dosa-dosa kami,
Ya Rabbul 'Izzati..

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~


Friday, December 11, 2009

Mid Sem Break...


Bismillah wal hamdulillah.

Segala puji bagi Allah, Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan. Sesungguhnya setiap makhluk, harta benda, nikmat dan sebagainya hanya pinjaman dariNya. Hanya orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh serta hamba-hambaNya yang terpilih sahaja mampu mendapat ganjaran yang Dia janjikan.

First of all, saya minta maaf sangat-sangat sebab sejak dua menjak ni, saya jarang meng'update' blog saya ni. Sekarang ni saya berada dalam fatrah mid semester exam + quiz + assignment. And then, memang malas nak 'update'. Sehinggakan, saya masih ingat lagi, saya pernah dapat anugerah 'Blog Paling Tak Update' dari teman seblogger saya, yang juga kawan sekolah dulu, aminmenulis. Dan kadang-kadang bila buka internet je, suka baca kat blog orang lain. Jalan-jalan cari ilmu. =)

Matrikulasi UIA Nilai baru sahaja start mid sem break, starting today until next sunday. I hope that I can manage my time during this holiday properly. Tak nak dah jadi macam cuti-cuti weekend sebelum ni. Lagipun, saya masih ada exam lagi dua paper after break. Paper for English L6, Computer2, Economics and Mathematics 2 dah pun lepas. Tinggal lagi Accounting 2 and Religions In Malaysia. Please pray for my success, k..

Malam semalam, paper terakhir sebelum cuti, iaitu Math 2. Betul2 menggugat.. Saya akui soalan-soalanya sangat susah. Dari first page until last page. Maafkan saya, Madam Noorazian. Saya tak dapat jawab dengan baik. Saya cuba bertahan supaya tak merungut yang terlampau. Saya tahu Allah nak uji tahap keimanan saya dan kebergantungan saya padaNya.

Saya lebih suka mengamalkan konsep tawakkal selepas berusaha dan selepas 'berperang' di atas kertas dengan menggunakan mata pena. Saya lebih suka berdiam diri selepas menjawabnya, sama ada susah atau senang. Bila orang tanya, "macam mana exam tadi?". Saya rasa lebih elok jika saya menjawabnya, "Alhamdulillah..". Tidak kira perkataan tu mengandungi makna yang tersirat atau tidak. Yang penting kita dah berusaha. Tawakkal 'alallah.. dan pasti Allah iringkan sebab kenapa begitu, begini dan begini. Mungkin Allah nak suruh saya berusaha lebih lagi dan banyakkan berdoa dan pengharapan dariNya.


Sehari dua ni, saya nak ambil masa untuk berehat seketika. Dah berminggu-minggu, saya asyik berjaga malam, sehinggakan macam-macam penyakit datang. Hanya Allah yang Tahu. Thanx pada Hazirah sebab selalu nasihatkan saya untuk berehat dan tidur malam lebih awal, tapi saya degil. Walaupun sampai urat jadi bengkak kat kepala ni, susah nak ubah pertukaran masa seharian saya. Lagi-lagi kalau buat latihan Math, kadang-kadang sampai tak perasan dah lewat malam.

Bila balik cuti, walaupun berhasrat nak study untuk paper akan datang, tanggungjawab terhadap family kena laksanakan juga. Saya tahu sangat, setiap kali saya balik, adik-beradik yang lain mesti paksa saya untuk masak, alasannya saya sekali sekala je boleh masak kat rumah, cuti-cuti macam ni je. (Ye la tu...) Tadi, kakak saya order sambal kentang. Nak jadi adik yang baik, buat jugak la, sebelum bapa saya balik dari masjid selepas solat Isya', supaya kami boleh makan sama-sama.

Astaghfirullah..satu perkara yang saya terlupa nak buat hari ini. Baca Surah Al-Kahfi. Aduhai.. Saya baru teringat bila kakak saya bertanyakan sama ada dah baca belum Surah Al-Kahfi memandangkan dia pun tidak berkesempatan untuk membacanya. Takpe2..lain kali kena ingat sokmo ni. Hmm..

Beberapa hari yang lepas, seorang pensyarah DQ menelefon saya. Ust Zaki Abd Rahman. Beliau banyak membantu saya dalam bab majlis menghafaz Al-Quran sewaktu di DQ. Beliau rajin menelefon saya, bertanyakan mengenai akademik dan Al-Quran. Setiap kali beliau telefon, soalan yang tak pernah miss, "Aishah, macam mana dengan Al-Quran ye? Selalu ngulang tak?". Fuh..Sungguh take care betul ustaz ni. Soalan cepu cemas... Ada lagi. "Aishah, masuk lagi tau pertandingan tahun depan!". MasyaAllah, sangat mencabar. Apa-apa pun, jazakallah ustaz sebab selalu mengingatkan saya dengan Al-Quran. Dan satu perkara yang saya tunggu-tunggu sekian lama. Bila ustaz dan Ust Dasuki nak buat jamuan untuk peserta amal islami IPTIM ni? Hehe..


Satu perkara lagi, saya rindukan kawan2, sahabat2 dan guru2 saya sewaktu di KOSTAQ dan Imtiaz dulu. Dah lama saya menyimpan hasrat untuk pergi berziarah ke sana. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat dengan mata saya sendiri masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan junior2 saya. Saya sangat sedih pabila mendengar pelbagai cerita dan berita mengenai adik2 di sana. Saya tiba-tiba teringat tempat yang mengajar saya erti berdikari, bila mana saya menemani kawan saya untuk beli air cendol selepas kelas tamat pagi tadi.

Nabihah : Bang, nak air cendol satu.
Saya : Nok se la bihah.. (dengan nada yang slow..)
Abg X : Ok. Hok laing?
Saya : Tok se..
Abg X : Tok se gapo?
Saya : Tok se air..
Abg X : Noh.
Nabihah : Time kaseh.
Abg X : Bilo nok kelik? (tanya kat saya)
Saya : Pete ni insyaAllah. (dengan selamba je sebut 'pete', tak tau la vocab betul ke tak. suka-suka je..)
Nabihah : Ingatkan aishah sebut petai tadi..
Kira : Banyak la ko..
Saya : =)

Alhamdulillah, sepanjang saya bermastautin di Terengganu, saya banyak belajar loghat2 timur ni. Masa berada di Besut, loghatnya lebih ke arah Kelantan. Seronok. Sehinggakan ada kawan saya yang mengajar saya loghat2 Terengganu, sehari satu perkataan. Zatil orangnya. Opss..Sorry Tie, I've mentioned your name. Hehe.. Hebat. Menarik. Selama 18 tahun ni, 5 tahun saya belajar di bumi Darul Iman tersebut. Balik rumah, saya aplikasikan bahasa2 tu. Lucu bapa saya mendengarnya. Dia nasihatkan saya supaya selalu praktis bercakap dalam loghat Terengganu dan Kelantan. Jangan bagi lupa, rugi. Kata bapa, saya berbakat. Macam orang Terengganu sungguh. Sampaikan, orang selalu ingat saya ni orang Terengganu. Lawak rasa.

Saya rasa, cukup setakat ini. Saya tak tahu bila lagi saya akan mengupdate blog ni. Saya berharap agar Allah terus berikan kekuatan kepada saya untuk terus thabat di jalanNya, menetapkan hati hanya untukNya, mengizinkan hamba untuk mendalami ilmu dunia dan ukhrowi hanya untuk mendapatkan redho dariNya, serta memberikan kesejahteraan ke atas muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Doakan saya..

Wallahu a'lam. Mohon maaf atas kekasaran bahasa dan sebagainya. Siiru 'ala barokatillah.

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~

Sunday, December 6, 2009

"Iman, kamu cuti hari ini??"


Iman : Assalamu'alaikum.


Diri : Wa'alaikumussalam. Oh, Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?


Iman : Apa pula saya cuti bos. Saya kan diberikan cuti.

Diri : Oh ye, lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam kabut pulak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari tu, saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi, saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En. Nafsu?

Diri : Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.

Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.


Diri : Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.


Iman : Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. En. Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.

Diri : Saya rasa serba salah la pula.


Iman : Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu, En. Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. En. Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, Al-Quran dan apa-apa yang patut.

Iman : Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah s.w.t.) sebagai muttaqin, insyaAllah.

************************************************************************************

Bismillahi wal Hamdulillah..

Ya, kitalah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan IMAN kita. Buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan IMAN. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.


Wallahu a'lam. Segala yang baik datang dari Allah Taala, yang buruk datang dari Allah juga tapi disandarkan pada diri ana yang hina ini.

~Islah nafsak wad'u ghairak~