MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Wednesday, September 30, 2009

Salam Perantauan..



Assalamu'alaikum warahmatullah..

Salam Ukhuwwah, Salam 'Aidilfitri, Salam Perantauan buat sahabat-sahabiah yang diingati selalu, yang berada di luar dari negara Malaysia.....

Khas buat Ustaz Al-Amin Salleh, Ustaz Muzani yang baru sahaja berlepas ke Cairo pada 8 Syawal yang lalu..Istimewa juga buat Ukht Ummu Habibah dan Ukht Siti Nur Hidayah yang 'terbang' ke bumi Mesir juga pada 14 September yang lalu dan Ukht Dalila pada 5 Syawal yang lalu..

Buat akak-akak senior DQ, Kak Azyan, Kak E, Kak Fatanah dll yang berlepas ke Mesir semalam..

Juga buat Azfa 'Ammar, Nur Zatil Husniyah, Nur Asilah, Amirah Nasir, dan semua lah..maaf, tak sempat nak senaraikan semua..

Ma'an najah untuk segala bidang yang diceburi..Wassalam..

Berhenti Seketika..


Salam Syawal..

Penulis berada dalam fatrah peperiksaan bermula dari 24 September yang lalu. Kini berada di rumah, dan sedang membuat persediaan untuk last paper bagi final exam sem 1 ini.

Jadual peperiksaan:

24th September 2009: English Level 5
25th September 2009: Computer 1
26th September 2009: Accounting 1
27th September 2009: Basic Themes of Al-Quran
28th September 2009: Mathematics 1
3rd October 2009: Statistics

Jadi, buat sementara waktu, blog ini akan jarang diupdate. Mohon do'a dari semua untuk kejayaan saya dan dipermudahkan segala urusan..insyaAllah..amiin..


Wednesday, September 23, 2009

Terima Kasih..


Ramadhan telah pun meninggalkan kita.

Syawal yang mulia pula tiba meniti masa.

Syaitan laknatullah sudah mula aktif bekerja.
Detik demi detik,
Minit demi minit,
Jam demi jam,
Hari demi hari,
Berlalu begitu sahaja.
Adakah kita sedar bahawa kematian semakin menghampiri kita? Haa..jawab la sendiri.. =)



Maaf semua. Sekadar celoteh, mungkin juga peringatan pada diri di pagi yang buta ini. Terima kasih kepada kak Asma' kerana membenarkan hamba guna laptop buat sementara waktu.

Sebenarnya, saya ingin merakamkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah Taala kerana masih memberikan peluang kepada saya untuk menulis sepatah dua di blog ini dan memberikan tubuh ini untuk bernafas serta menjalankan tugas sebagai seorang hamba.

Maaf, tujuan yang sebenarnya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua ibu bapa, adik-beradik, guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, pensyarah-pensyarah, sahabat sahabiah dan adik-adik semua yang telah meng'wish' Salam 'Aidilfitri kepada saya. Err..itu pun nak bagitahu kan? Tak mengapa la.. Anggap lah ini sebagai satu penghargaan.

Alhamdulillah, saya telah menerima lebih daripada 100 mesej ucapan hari raya, hanya melalui SMS, tidak termasuk wish melalui YM, call, emel dan di blog saya..=> Ada juga yang rajin memberikan kad raya kepada saya.. Saya berhajat untuk menyenaraikan nama-nama pengirim di bawah ini, akan tetapi masa sangat-sangat mencemburui saya. =) Syukron jazilan 'ala kullihal. Moga Allah Taala sentiasa merahmati kalian. Dan maaf sangat-sangat, bagi sesiapa yang saya tidak membalas kembali Salam 'Aidilfitri, mungkin kerana kredit sudah tiada atau sedikit sibuk atau malas ketika itu. Asif jiddan..

Setakat itu sahaja, wallahu a'lam. Sesiapa yang ingin mengucapkan Salam 'Aidilfitri kepada saya, dipersilakan, sementara Syawal masih ada..hehe..

Jazakumullah khairan kathira..

Salam 'Aidilfitri kepada semua..


Sunday, September 20, 2009

Andai Aku...


Andai aku
Bisa mengulang kisah silam
Pasti ku mencuba
Mengukir kembali
Kisah kehidupan diri ini

Ohooo..
Andai aku
Bisa diberikan peluang
Pasti ku mencuba
Menggapai impian
Yang selama ini ku cita

C/0
Namun hanya
Harapan yang kita impikan
Tak mungkin terjadi walaupun hanya seketika
Ia kan tetap berlalu

Ohooo..
Harus aku
Biarkan semuanya berlaku
Walau ku tersiksa
Hadapi segala
Sudah suratan yang Maha Esa

Ulang C/O

Redha menerima segala rintangan
Jadi pedoman kesilapan lalu
Kupohon Restu Cinta yang Satu
Kupercayakan pada KudratNya

Ulang C/O

Andai Aku
Album : Junjungan Mulia II
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

Saturday, September 19, 2009

Syawal Yang Tersirat..

Hampir 29 hari berpuasa di bulan Ramadhan mengajar kita banyak perkara. Kita dilatih melawan nafsu: Mulut dikekang dari berkata kotor seperti mengumpat dan mencaci orang, perut dikekang dari memendatkan dengan pelbagai makanan, telinga dikekang dari mendengar yang haram, kaki dikekang dari berjalan ke tempat kejahatan dan mata pula dilarang dari melihat sesuatu yang diharamkan. Pada masa yang sama, Ramadhan melatih kita mengerjakan banyak amalan sunat seperti membaca Al-Quran, bersembahyang sunat, bersedekah, berzakat, berzikir dan bertafakur.

Latihan yang kita amalkan dalam bulan puasa ini dapat membantu kita membentuk sikap positif yang perlu dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara di atas merupakan ibadat yang perlu dihayati bukan saja dalam Ramadhan tapi seterusnya dalam bulan-bulan lain. Sebagaimana Islam menganjurkan kita beristiqamah dalam sesuatu amalan, begitulah juga dengan ibadat yang dilakukan dalam Ramadhan. Ia perlu dijadikan budaya sepanjang tahun sehinggalah kita berjumpa Ramadhan satu lagi. Ramadhan demi Ramadhan seterusnya bertindak sebagai pengukuhan meningkatkan mutu dan prestasi amalan menjadikannya lebih baik dan mantap dari setahun ke setahun.

Demikian juga Lailatul-Qadr yang ditemui setiap Ramadhan memberikan ganjaran bonus 1000 tahun bagi setiap amalan yang dilakukan. Bayangkan jika 30 tahun berpeluang melalui saat-saat keemasan ini. Umur kita yang pendek secara automatis menjadi begitu panjang dengan ganjaran pahala yang semestinya kita tidak dapat alami secara virtual di alam dunia tetapi akan dilihat secara virtual di akhirat kelak. Di dunia hakikat ini hanya diyakini setakat ilmul-yakin. Tahap keimanan masing-masing menjadi ukuran dalam menilai dan menghayati lailatul-qadr.

Esok kita akan berhari raya. Secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan mereka melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa Ramadan sebulan lamanya. Namun kita perlu muhasabah dan mengoreksi diri dengan merenung kembali kualiti puasa yang kita lakukan. Apakah dengan berakhirnya Ramadan rasa ketaqwaan, cahaya keimanan dan obor ketauhidan dalam diri kita berjaya dipertingkat dan semakin menebal. Insyallah jika objektif ini dapat dicapai maka ia menjadi petanda bahawa amalan kita diterima oleh Allah. Ini jelas dalam setiap ibadat; misalnya dalam ibadat haji; jika amalan selepas mengerjakan haji dikatakan bertambah baik daripada amalan sebelum pergi haji, itu menjadikan tanda sebagai penerimaan Allah terhadap hajinya atau memperolehi haji yang mabrur. Demikian juga dalam ibadat puasa. Jika tiada peningkatan antara amalan sebelum dan selepas malahan bertambah teruk, fahamlah kita amalan puasa kita belum mencapai tahap; malahan bersesuaian dengan sabda Nabi saw "Betapa ramai orang yang berpuasa yang tidak dapat apa kecuali lapar dan dahaga." Sasaran berpuasa ialah untuk mendapatkan puasa yang 'mabrur' juga.

Sebenarnya setiap hari puasa iaitu ketika berbuka, kita disaran untuk menilai kualiti puasa khusus pada hari itu. Begitulah pada hari-hari seterusnya. Selama sebulan kita mengoreksi diri dan di bulan syawal ini diadakan secara lebih menyeluruh. Biarlah Hari Raya dijadikan titik tolak baru bagi kita menjalankan muhasabah bagi memperbaiki diri sendiri.

Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya yang keberatan meninggalkan Ramadhan lantaran banyaknya ganjaran dan pahala disediakan pada bulan itu. Kepada golongan ini, Allah membuka satu lagi tawaran dengan menjanjikan pahala setahun iaitu dengan menjalani puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Sama-samalah kita rebut peluang ini sementara Syawal masih berada di depan kita.

Akhirnya sama-sama kita berharap dan berazam sungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allah sehinggalah kita meninggalkan alam yang fana ini. Amin..

Thursday, September 17, 2009

Walimah dan Urus..



InsyaAllah, kepada bekas pelajar-pelajar KOSTAQ BESUT, 1st and 2nd batch, kita akan mengadakan Jamuan Hari Raya yang mana turut bersama kita guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah yang kita rindui.. =( insyaAllah..


Maklumat program seperti yang tertera di atas. Sebarang pengesahan kehadiran, boleh dibuat melalui nama yang tertera (hari ni last day ye..).

Barangsiapa yang tidak dapat hadir sekalipun, tetapi ingin memberikan sumbangan, amatlah dialu-alukan..

Saya dengan ini merakamkan rasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat bersama-sama sahabat dan sahabiah sekalian pada hari tersebut kerana saya terpaksa menduduki Peperiksaan Akhir Sem bermula dari 24hb September ini. Di kesempatan ini, saya mengharapkan doa dari kalian semua untuk kejayaan saya di dunia dan di akhirat serta dipermudahkan untuk menghadapi ujian dariNya.

Akhir kalam, sama-sama lah kita memanfaatkan Ramadhan yang masih berbaki. SALAM MUHASABAH DIRI dan SALAM 'AIDILFITRI. Moga kedatangan Syawal, memberi sejuta keinsafan dalam diri kita.

Jazakumullah Khairan Jaza'. Wallahu a'lam.


Tuesday, September 15, 2009

Munajat di Sepertiga Malam..




Saturday, September 12, 2009

Lailatul Qadar-Penantian Yang Sia-Sia??




Salam Ramadhan, Salam Juang..
Subhanallah..Kita telah pun memasuki fasa terakhir di bulan Ramadhan. Bagaimana iman kita pada hari ini? Tepuk dada, tanya iman.

Saya baru sahaja membaca satu artikel di internet, sedang saya mencari rahsia Lailatul Qadar, tiba-tiba saya terjumpa artikel ini..

Cuba baca sat..

Setiap tahun di dalam bulan Ramadan, umat Islam yang mempercayai hadis akan menunggu kedatangan Lailatul Qadar atau Malam yang Berkuasa kerana mereka percaya orang yang menemui lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yang telah lepas akan diampunkan Allah, dan segala do'anya akan dimakbulkan. Kepercayaan ini bersandarkan kepada hadis berikut:

AbuHurayrah
SAHIH AL-BUKHARI
1.34

Allah's Apostle (peace_be_upon_him) said, "Whoever establishes the prayers on the night of Qadr out of sincere faith and hoping to attain Allah's rewards (not to show off) then all his past sins will be forgiven."

Ada beberapa hadis yang menjelaskan kemungkinan waktu datangnya Lailatul Qadar itu. Diantaranya ialah:

Jilid: 3
No: 232
SAHIH BUKHARI
Narrator: Ibn 'Umar

Some men amongst the COMPANIONS of the Prophet were shown in their DREAMS the night of Qadr was in the last seven nights of Ramadan. Allah's Apostle said, "It seems that all your dreams agree that (the Night of Qadr) is in the last SEVEN nights, and whoever wants to search for it (i.e. the Night of Qadr) should search in the last SEVEN (nights of Ramadan)."

Hadis di atas mengatakan bahawa Nabi berkata, malam Qadar itu ialah dalam tujuh hari terakhir bulan Ramadan, berdasarkan MIMPI beberapa orang sahabat.

3.
234
SAHIH BUKHARI
'Aisha

Allah's Apostle said, "Search for the Night of Qadr in the odd nights of the last TEN days of Ramadan."

Dalam hadis ini Nabi berkata lailatul Qadar itu adalah dalam sepuluh malam-malam GANJIL terakhir Ramadan. Ini adalah bercanggah dengan hadis yang terdahulu.

3.
237
SAHIH BUKHARI
'Aisha

Allah's Apostle used to practice Itikaf in the last ten nights of Ramadan and used to say, "Look for the Night of Qadr in the last TEN nights of the month of Ramadan,"

Dalam hadis ini Nabi berkata lailatul Qadar itu adalah dalam sepuluh malam-malam terakhir (bukan malam GANJIL sahaja). Ini pun bertentang dengan dua hadis yang terdahulu.

3.
240
SAHIH BUKHARI
'Ubada bin As-Samit

The Prophet came out to inform us about the Night of Qadr but two Muslims were quarreling with each other. So, the Prophet said, "I came out to inform you about the Night of Qadr but such-and-such persons were quarreling, so the news about it had been taken away; yet that might be for your own good, so search for it on the 29th, 27th and 25th (of Ramadan).

Hadis ini pula mengatakan berita tentang lailatul Qadar itu sudah ditarik balik (Nabi lupa) kerana dua orang bergaduh. Maka Nabi mengagak-agak ia mungkin pada malam 29, 27 atau 25 Ramadan. Ini pun lagi satu penjelasan Nabi yang bercanggah.

3.
244
SAHIH BUKHARI
Abu Said Al-Khudri

Allah's Apostle used to practice Itikaf in the middle ten days of Ramadan and once he stayed in Itikaf till the night of the twenty-first and it was the night in the morning of which he used to come out of his Itikaf. The Prophet said, "Whoever was in Itikaf with me should stay in Itikaf for the last ten days, for I was informed (of the date) of the Night (of Qadr) but I have been caused to forget it. (In the dream) I saw myself prostrating in mud and water in the morning of that night. So, look for it in the last ten nights and in the odd ones of them." It rained that night and the roof of the mosque dribbled as it was made of leaf stalks of date-palms. I saw with my own eyes the mark of mud and water on the forehead of the Prophet (i.e. in the morning of the twenty-first).

Hadis ini pun mengatakan Nabi lupa. Namun demikian, Nabi menyuruh orang menunggu lailatul Qadar itu pada keseluruhan sepuluh malam terakhir Ramadan.

Hadis-hadis sahih Bukhari tersebut adalah saling bercanggah dan tidak menyatakan malam yang tepat tentang kejadian lailatul Qadar itu.

Walaupun begitu, ada satu hadis dari sahih Muslim yang memberi tarikh yang tepat kejadian lailatul Qadar itu, iaitu pada malam yang ke-27. Tetapi hadis ini agak karut kerana ia mengatakan buktinya ialah matahari terbit tanpa sinaran pada hari tersebut. Hadisnya adalah sebagai berikut:

Ubayy ibn Ka'b
SAHIH MUSLIM
2633
Zirr ibn Hubaysh reported:

I thus asked Ubayy ibn Ka'b: Your brother (in faith) Ibn Mas'ud says: He who stands (for the night prayer) throughout the year will find laylat al-Qadr. Thereupon he said: May Allah have mercy upon him. (He said these words) with the intention that people might not rely only (on one night), whereas he knew that it (laylat al-Qadr) was in the month of Ramadan and it was the twenty-seventh night. He then took an oath (without making any exception, i.e. without saying insha'Allah) that it was the twenty-seventh night. I said to him: AbulMundhir, on what grounds do you say that? Thereupon he said: By the indication or by the sign which the Messenger of Allah (peace_be_upon_him) gave us, and that is that on that day (the sun) would rise without having any ray in it.

Semua hadis tersebut adalah bercanggah, anih dan tidak boleh dipercayai. Tidak terdapat satu pun hadis yang mengatakan bahawa Nabi atau sahabat pernah terjumpa lailatul Qadar itu. Sekiranya Nabi sendiri pun tidak pernah bertemu dengan lailatul Qadar, mungkinkah manusia lain lebih wajar menemuinya?

Keterangan Quran tentang lailatul Qadar adalah amat jelas

97:1. Sesungguhnya, Kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang berkuasa.

97:2. Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?

97:3. Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan,

97:4. Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,

Ayat 97:1 menjelaskan bahawa malam qadr itu berlaku sekali sahaja iaitu satu malam waktu Quran diturunkan. Malam itulah yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan dimana Malaikat dan Roh juga turun.

Quran itu telah diturunkan pada bulan Ramadan, seperti yang dijelaskan di dalam ayat 2:185. "Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia.."

Quran itu diturunkan kepada Nabi sekali sahaja dalam waktu hayatnya. Maka peristiwa lailatul Qadar itu tentulah juga sekali sahaja dan tidak akan berulang lagi hingga hari kiamat.

Oleh itu, menunggu-nunggu kedatangan lailatul Qadar nyatalah amalan sesat dan sia-sia.

Sumber: http://www.e-bacaan.com/artikel_lailatulqadar.htm

Saya agak terkesima sebenarnya selepas membaca artikel ini. Mungkin saudara saudari ingin berkongsi hujah dan pendapat mengenai statement di atas??

Thursday, September 10, 2009

Siapakah Aku...??


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah, lalu dia kata, "Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun". Lalu sambil berkata, "Ya Robbi, aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan, lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan informasi dan pengetahuan ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain.

Renungan bersama...

Friday, September 4, 2009

Bayangkan Ini Berlaku..


Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah..

Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun.

Lalu salah seorang lelaki tu bertempik, "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu".

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam itu.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah..

Sekian.

Macam mana, adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas??? Selain terhibur, anda fikirlah..

"Lawak kan, dari 1,000 org yang mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman.. "

"Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun. Dia tak kata pun nak bunuh. Tapi generasi sekarang, amat lemah.. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi.."

"Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila time sembahyang jumaat. Tunjuk muka kat orang kampung. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje. Bila time sembahyang raya.."

"Lawak kan, ramai orang percaya kepada gossip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran.."

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.."

"Lawak kan, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam- jam tapi nak berdoa kepada ALLAH, alahai..tak cukup masa.."

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.

Lawak kan??? Kenapa?

Gelak tu kan realiti.

Tapi yg paling lawak sekali.. Berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kepada orang lain? Berapa banyak??

Wallahu a'lam..



Bapak Oh Bapak..



Bapak,
Selamat Sejahtera
Selamat Hari Lahir yang ke-55 (1 September 2009)
Selamat Hari Bapa (Hari-hari adalah Hari Bapa..)
Selamat Menjalankan Tugas
Selamat Beribadah
Selamat Berpuasa
Selamat Segalanya.....

Thursday, September 3, 2009

Cara Bersangka Baik..


Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum..
Kabare? Moga saudara, saudari, muslimin, muslimat semua sentiasa di bawah perlindungan Allah Taala. Bersempena di bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama men'topup' amalan kita dengan amalan-amalan sunnah seperti Solat Tarawih, Berzikir, Bertadarus dsb..

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat sahabiah semua berkenaan dengan cara untuk kita bersangka baik sesama kita. Tidak lupa juga, semestinya kita sentiasa Husnuzzhon dengan Allah Taala. Kerana apa? Setiap perkara yang Allah tetapkan, pasti ada hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia yang tersingkap di sebalik ketentuanNya. Syukur dan redha atas segalanya..

Saya mengambil sumber-sumber dari catatan Syeikh Abdulkadir Al Jailani. Sebenarnya, mudah sahaja untuk dipraktikkan, cuma Nak Atau Tak Nak sahaja. Moga-moga kita mendapat manfaat dari apa yang diperkatakan..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Ayuh mujahidin, mujahidah sekalian, FASTABIQUL KHAIRAT..
Rebutlah peluang di bulan Ramadhan dengan melakukan amalan-amalan yang soleh.
Wallahu a'lam.

Tuesday, September 1, 2009

Tribut Untuk ex-...........

Seusai sudah menikmati sahur, aku mencapai handphoneku, lantas ku menghidupkan telefon berjenama Sony Ericsson itu. Tatkala menunggu kedengaran azan Subuh, sekali gus menandakan waktu bersahur telah tamat, aku menggelengkan kepala, mengingat akan kecuaian aku meninggalkan charger phone di asrama. Masakan tidak, hanya aku seorang yang memakai telefon bimbit berjenama sony dalam keluargaku. Lalu, aku terpaksa meng’off’kan hp buat seketika sepanjang berada di kampung halaman.


Kali terakhir aku meng’on’kan hp adalah jam 12 pagi tadi, semata-mata untuk mengucapkan ‘Sanah Helwah’ kepada salah seorang adik-beradik usrahku, Ateh. Sejurus selepas itu, aku menutupnya kembali. Tiba-tiba, aku mendapat 3 mesej. Satu mesej dari Ateh, yang mengucapkan terima kasih untukku. 2 mesej lagi dari orang yang sama. Dia juga adik-beradik usrahku, Acik, merangkap bekas Roommate ku sewaktu di Darul Quran dahulu.


“Adik, bangun qiam.. Adik, Acik rindu Adik.. Acik rindu saat-saat kita bangun qiam sama-sama.. sangat indah masa tu.. Aku rindu ko..huhu.. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami untuk mencintaiMu Ya Allah.. Adik, Acik sayang Adik.. Fillah..Lillah..”


Dua kali dia menghantar mesej itu kepadaku. Mungkin kerana mesej kali pertama tidak delivered. Aku terdiam seketika. Tanpa berbuat apa-apa, aku terus bangkit dan menuju ke toilet untuk menyiapkan diri sebelum menunaikan Solat Subuh. Ayat dia terngiang-ngiang sehingga sekarang. Aku tidak mengerti, mengapa aku tidak membalas mesejnya sehingga kini. Tapi, kali ini, aku karang khas satu warkah untuk kau, Acik..


*************************************************************************************************


Terkenang kembali saat-saat kita mula menjejakkan kaki ke bumi barokah, Darul Quran. Kita sama-sama masuk mendaftar untuk pengambilan kedua. Kita betul-betul tidak serasi. Pada mulanya, aku agak gembira sebab dapat roommate orang Kedah, sebab mak pun anak kelahiran Kedah. Tapi, setelah beberapa hari berlalu, kita masih tidak bertegur sapa. Sikit-sikit tu, ada lah. Aku jugak yang tergerak nak pergi minta no phone dengan kau, kalau tak...


Setiap kali kakak senior di sekolahku datang menjengukku di bilik, pasti kau tiada. Dan setiap kali kau ada di bilik, aku pula yang tiada. Aku tahu, dulu kau mengadu pada kakak-kakak yang kau tidak serasi duduk sebilik dengan aku. Tapi, setiap kali kakak-kakak bertanya kepadaku perihal kita, “Macam mana dengan roommate?”. Aku jawab, “Alhamdulillah..kitorang OK je..”. Aku cuba berselindung dari hal sebenar. Aku faham kau rasa keseorangan sebab aku selalu bersama-sama rakan-rakan sekolahku dahulu. Jadi, kau pun mengambil inisiatif untuk buat perkara yang sama.


Suatu ketika, kita diminta oleh Exco HEWI untuk menukar bilik. Aku ingat lagi, betapa kerasnya kepala kau saat tu. Kalau baling dengan batu, sure tak pecah kepala kau tu. (Sorry..just kidding..) Alasan yang kau beri, kau tak nak bilik yang menghadap asrama banin. Nanti tak boleh buka langsir dan tingkap. Kau nak bilik yang menghadap taman. Masa tu, kita sama-sama kena ‘ceramah’ dengan akak-akak. Aku dah tak tau nak buat apa sebab aku tak kisah dapat bilik mana-mana pun. Masa tu, aku malas nak layan kau. Suka hati lah nak buat apa pun. Tapi, yang sedihnya, tergamak kau cakap, “Kalau kau nak pindah, pindah la sorang-sorang. Aku nak duduk sini je..” Habis, aku nak duduk dengan siapa? Last-last, aku ikut kau juga..=)


Venue: Surau Asrama Banat,

Agenda: Pembahagian Usrah LADAR, PERKEMAT.


Aduhai.. Tengok-tengok kita satu usrah pula. Kenapa la takdir aku asyik dengan dia je. Tapi, masa tu tak fikir apa dah. Gembira la roommate pun satu usrah. Mungkin di situ titik permulaan untuk kita jadi lebih rapat. Dan dari sinilah terciptanya nama ACIK untuk kau dan ADIK untuk aku.


12 Mac 2008. Ingat lagi tak tarikh ni? Ni lah tarikh keluar result SPM. Aku agak bersendiri ketika itu kerana keputusan yang aku terima kurang memuaskan. Sedangkan aku pernah menjadi 8 top students ketika di Tingkatan 5. Aku menerima suratan ini sebagai takdir dan pasti ada hikmah di sebaliknya. Kau hebat, Acik. Keputusan kau sangat cemerlang. Tapi kau tak tunjuk kebanggaan kau di hadapan orang lain. Kau tenang saja. Mungkin kau nak menjaga hati aku saat itu. Kau seorang yang rendah diri. Aku bangga punya roommate seperti kau.


Venue: Auditorium S.M.N.,

Agenda: AGM IQRaC.


Bermula dari Timbalan TTK, tiba-tiba muncul nama kau, Acik. Hebatnya kau. Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin tatkala diri masih bertatih untuk mengurusnya. Dari awal lagi aku dah Nampak kebolehan kau. Sebab itu, bila ada pungutan undi dari ahli sem kita, aku mengundi nama kau untuk jawatan tu. Aku tahu kau lebih dari boleh, dengan gaya dan perwatakan kau yang sebegitu. Walaupun acap kali kau mengatakan yang kau tidak aktif bersukan, tapi itu bukan puncanya. Kau punya idea dan pemikiran yang rencam dan luar biasa yang tidak semua orang dianugerahkan sebegitu.


Aku menyedari akan kelemahan kau dalam menghafaz. Aku bersalah, Acik..sebab aku tak banyak menolong kau di saat itu. Tapi, aku dah cuba sedaya upaya, Cuma tidak tahu setakat mana keberhasilan pertolongan aku. Bila tiba saat keputusan peperiksaan Sem 1 keluar, kau sedih, kau menangis. Aku dapat merasakan, akulah orang yang paling teruk waktu tu. Bagaimana tergamaknya aku membiarkan kau berada dalam kegagalan sedangkan aku cemerlang. Aku minta maaf,cik..


Aku berusaha untuk membuat surat rayuan bagi pihak kelab supaya pelajar-pelajar yang mendapar rasib dapat meneruskan pengajian di DQ. Melangkah pula ke Sem 2, aku sangat sibuk sepanjang sem tu. Aku tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada kau. Aku minta maaf. Bila tiba waktu exam sem kali ini, kau terpaksa mengasingkan diri. Tidak mengapa Acik, aku faham..


Sewaktu kau bermujahadah untuk ujian tambahan, aku takut untuk mengganggu. Aku cuba untuk membantu dari segi luaran. Aku limitkan kerja-kerja persatuan untuk kau, ambilkan makanan, basuhkan baju dan sampai masa aku pulang ke rumah hujung minggu, aku teringin sekali mengajak kau bersama. Tapi, memandangkan kondisi kau waktu itu perlukan masa untuk mujahadah, aku simpan hajat itu. Malangnya, sehingga kini, kau masih belum berkesempatan untuk bertandang ke rumahku. Tapi, aku pernah pergi rumah kau, Cik.. Ingat lagi tak waktu raya tahun lepas? =)


Sekali lagi, kau diundang perasaan sedih dan sayu. Kali ini, rayuan kau dan sahabat-sahabat lain tidak lagi dilayan oleh Pengarah. Aku amat-amat simpati dengan kau. Aku bersalah, Acik..


Teringat dulu, bila aku sakit, kau tolong urut, kau tolong sapukan ubat, kau tolong ambilkan makanan di dewan makan. Tapi, bila kau sakit, kau tidak beritahu aku pun. Kebanyakannya, aku yang perasan sendiri. “Adik, malam tadi Acik lelah la..”. “Laa..kenapa tak kejutkan adik??”. “Aku tak sampai hati laa..”. Itu lah kau.. Kau pun selalu dengar leteran aku. Kalau bilik bersepah sikit, mesti bingit telinga kau. Tapi kau sabar je. Bilik kita boleh kata macam stor. Mana tidaknya, tempat aku penuh dengan fail-fail SU, tempat kau pula penuh dengan barang-barang kelab. Kadang-kadang aku jadi serabut, tak pasal-pasal kau jadi mangsanya.


Menjelang Musabaqah Hafazan, aku akui, aku sangat-sangat tertekan ketika itu. Hampir seminggu sebelum hari bertanding, aku mengurungkan diri dalam bilik. Masakan tidak, persediaan dibuat saat-saat terakhir. Kerja-kerja persatuan pun banyak terbengkalai. Mujur ada ketua dan sahabat seorganisasi yang membantu. Waktu tu, kau sangat-sangat memahami aku. Kau paksa aku makan, tolong picitkan kepala dan macam-macam lagi. Aku terharu.. Terima kasih, Acik..


Peperiksaan Sem 3, membuatkan aku menjadi tidak keruan. Sebab, masa tu bertembung dengan banyak perkara yang perlu disetelkan. Persediaan pun ntah ke mana. Kau datang membantu. Kau tolong aku mengulang Al-Quran, tolong semak bacaan, tolong study sekali, walaupun waktu tu kau sudah terkecuali dari mengambil peperiksaan. Aku faham perasaan kau pabila orang kata kepada kau, “Alaa..best r kau Acik..x periksa..boleh duk relax..”. Tapi mereka tidak tahu yang kau sudah terseksa buat sekian lama. Kau tabah mengharungi semua ini.


Tamat belajar di DQ, kita berpisah. Aku ke Nilai, kau ke PJ. Aku kagum dengan kau. Kau ambil course MEDIC. Aku doakan kau dapat menjadi doctor yang berbakti kepada agama, bangsa dan Negara. Kau dah jadi doctor untuk aku selama ini. Moga-moga hidup kau lebih cerah selepas ini dan berjaya di dunia dan di akhirat. Doaku moga kau setabah Khadijah, dan doakan aku jua sefaqih Aisyah.


Hari Konvokesyen. Aku mengharapkan kau datang untuk sama-sama meraikan kejayaan ini. Alhamdulillah, aku dapat natijah yang cemerlang. Tapi, anugerah ini bukan untuk aku, tapi untuk ibu bapa dan untuk kau juga. Asalnya, berita yang mengatakan kau tidak dapat hadir, mengecewakan aku. Rupa-rupanya, kau datang juga walau sebentar. Kau buat kejutan untuk aku rupanya. Tahniah, sebab kau pun berjaya untuk khatam 30 juzu’ Al-Quran. Tidak semua orang dapat menikmati pahit manis perjuangan sebagai Huffazul-Quran. Kau beruntung, Cik..sebab kau redha dan sabar atas segala yang menimpa kau. Kaulah satu-satunya sahabat, rakan, taulan, teman dan kawan aku dunia dan akhirat.


Sahabat seperjuanganmu a.k.a ex-roommate..