MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Thursday, July 30, 2009

Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia..


Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah

paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (siapa nak dekat kalau asyik nak marah saja..bawak2lah senyum..tentu orang tak takut nak dekat punya..


2. Pendendam

tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh ini..)


3. Hasad dengki

amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki ini..)


4. Bakhil

sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia..


5. Tamak

orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar

andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja..he..)


7. Ego

ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yang ini no komen)..pasal semua org ada egonya sendiri..Cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...


8. Riak

terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada...


9. Cinta dunia

-tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulannya, jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. Tetapi ialah MAZMUMAH. Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklah padahnya.. Wallahu a'lam..peringatan bersama..


Saturday, July 25, 2009

Mudahnya Menjadi Muslim..

Mudahnya menjadi muslim, namun...

kita sendiri yang menyukarkannya.

Jika kita berfikir sejenak,

mudahnya menjadi muslim...namun...


# Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh

sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...


# Anda hanya perlu 2 saat untukmemberi salam kepada ibu bapa,guru² & rakan²

sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...


# Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab

sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...


# Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor

sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...


# Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar berjamaah

tetapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam...


# Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran,

tidak selama menonton tv,& cd...


# Solat maghrib 7 minit

tetapi cerita cina 1 jam...


# Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan

sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...


# Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis RasuluLlah SAW

walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit...


# Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak

sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam...


# Dan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur....


Renungan bersama...

Sahabat Yang Soleh..

SAHABAT YANG SOLEH

LAKSANA PENJUAL KASTURI

SEDIKIT KESANNYA

KEHARUMAN MELATA


SAHABAT YANG SOLEH

KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN

KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN

KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN

MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG

MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN


TETAPI,

SAHABAT YANG SOLEH

RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN

DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN

YANG MULIA DI HATI BUDI

ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA


SAHABAT YANG SOLEH

IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK BERULANG

MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN

YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN

TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA

MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA


SAHABAT YANG SOLEH

IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN

YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN

YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN

YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN

MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN


SAHABAT YANG SOLEH

MALUNYA MENGATASI PERAWAN

BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN

CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN

RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN

TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN

RANTINGNYA IKHLAS

DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN..


Warkah Buat......

Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tak tido semalaman. Assignment bertimbun. Dengan test la, homework la.Tu belum lagi dengan presentation. Lecturer – lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diorang ingat aku ni apa? Robot? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takder lah jadi macam ni. Minta maaf Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham saje lah keadaan aku. Bukan kau sorang jer yang aku tak jumpa, Su.


Zu pun dah lama aku tak jenguk. Kesian Zu. Sorry bebanyak la Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu lebih. Lepas kelas aku lepak-lepak sekejap. Tu pun kalau tak der kelas petang. Kalau ada kelas petang nasib lar. Balik jer perut lapar terus pergi makan kat dining. Lepas pekena, aku tak lengah,terus tido. Kadang-kadang sekejap, tapi selalunya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau ‘time-time’ macam ni,tapi sekarang aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku tak de masa, Zu.


As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi library, study. Tak pun, ada discussion time tu. Kau kan tahu aku banyak assignment. Kejap-kejap ada perjumpaan. Perjumpaan tu bukanlah tak tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Tu belum kira borak-borak kosong lagi.


Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab kau ni ganjil kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan sukan dah giat dijalankan. Aku pun ikut sekali lar. Tak kan nak suruh duduk sesorang kat dalam bilik. Balik pulak tu dah lewat. Balik dari main, mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi,member-member aku ajak keluar makan.


Aku tahu aku ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topic, satu topic lain yang keluar. Balik lewat malam. Lepas tu layan game pulak. Pastu mata mengantuk, terus padam. Is, sorry. Last-last, semuanya aku tinggalkan.


P/S

· Nama sebenarnya kawan-kawan, Su, Zu, As, Mag, dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.

· Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah ‘kawan’ kita, yang akan ‘backing’ kita kat akhirat nanti.

· Jadikan pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

Wallahua’lam……..



Thank You Allah..

THANK YOU ALLAH.....

We should be grateful to Allah for His blessing and His kindness that we are still around.


Even though I clutch my blanket and growl when the alarm rings,thank you, Allah, that I can hear. There are many who are deaf.


Even though I keep my eyes closed against the morning light as long as possible, thank you, Allah, that I can see. Many are blind.


Even though I huddle in my bed and put off rising, thank you Allah,that I have the strength to rise. There are many who are bedridden.


Even though the first hour of my day is hectic, when socks are lost, toast is burned and tempers are short, my children are so loud, thank you, Allah,for my family. There are many who are lonely.


Even though our breakfast table never looks like the pictures in magazines and the menu is at times balanced, thank you, Allah, for the food we have. There are many who are hungry.


Even though the routine of my job is often monotonous, thank you, Allah, for the opportunity to work. There are many who have no job.


Even though I grumble and bemoan my fate from day to day and wish my circumstances were not so modest, thank you, Allah for life.


If we can pass this on to most people we know, it might help a bit to make this world a better place to live in, right?


THANK YOU DEAR ALLAH....


Friday, July 24, 2009

Kaca Atau Permata?

Muslimin dan Muslimat


Usiamu bak permata bergemerlapan

Cerah bersinar indah

Itulah khazanah yang menjadi hiasan

Memancarkan sinaran

Walau diri berlumpur

Tetap kau teguh dan utuh

Ya Allah

kau lindungkanlah hambaMu

Dari kesukaran

Ya Rabbi

Kau kasihankan hamba dalam perjuangan

Menegakkan Islam


Terlintas di fikiran

Apakah bakti yang pernah kau berikan

Syahid dalam berjuang

Pasti ganjaran syurga yang dijanjikan

Taman wangian yang indah

Menjadi kekasih Allah

Bukan satu khayalan

Jelas terurai di dalam kalam

Ya Allah

Ku mohon anugerah kekuatan iman

Ya Rabbi

Kau kasihankan hamba dalam perjuangan

Menegakkan ISLAM...!!


Thursday, July 23, 2009

Kepada Siapakah Cinta Anda Bermuara?

Nafsu itu adalah kuasa penggerak dalam diri seseorang. Jika ia dimanjakan, ia akan ketagih. Tetapi jika dibiarkan, ia akan lupa. Cintailah Nabi Muhammad melebihi cinta kita kepada orang lain! Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri sejauh mana kita mencintai Rasulullah s.a.w? Tahukah kita bahawa bukti cinta tersebut adalah mematuhi apa-apa yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w dan meninggalkan apa-apa yang dilarangnya?

Nilailah semula perasaan kita dan ubahlah sasaran cinta kita. Pertama, kepada Allah, kemudian kepada manusia yang telah diutus Allah untuk mengangkat kita dari kesesatan. Jika kita menginginkan sebuah tempat yang tinggi di syurga, maka ingatlah hadith Rasulullah s.a.w.: "Seseorang akan bersama orang yang dicintainya." Bukti utama cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah melakukan apa-apa yang disuruhnya. Bagaimana mungkin seseorang mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. sedangkan perbuatannya tidak sesuai dengan dengan apa yang disuruhnya, tidak mengikuti sunnah dan ajarannya?

Carilah buku riwayat hidup Rasulullah s.a.w. dan bacalah. Perhatikanlah betapa agung akhlaknya, betapa lembut tutur katanya, betapa luas kemaafannya, betapa besar rasa takutnya kepada Allah dan sifat zuhudnya kepada dunia. Justeru itulah, ubahlah akhlakmu supaya selari dengan akhlak Rasulullah s.a.w..

Pengkhianatan isteri Nuh dan Lut menyebabkan keduanya celaka dan dikutuk. Manakala kemuliaan diperoleh Asiyah dan Maryam kerana keduanya beriman.

"...bahawasanya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu"

Wednesday, July 22, 2009

Sesuatu Yang Diimpikan..


Sesuatu yang diimpikan

Tidak selalu menjadi kenyataan..

Tetapi apa yang tak diduga

Seringkali berlaku dengan tiba2

Biarlah kita menangis hari ini

Kerana kesakitan semalam

Tetapi usah kita ketawa memanjang

Kerana kegembiraan yang belum pasti

Untuk selamanya..

Tiada 'abid yang ma'sum tanpa dosa

Apa lagi berjiwa pemuda

Namun kegagalan bukanlah

Mengajar erti kekalahan

Tetapi mengingatkan tentang kemenangan

Yang masih tertunda

Mungkin hari ini kita kuat & selesa

Tapi tidak mustahil esok kita pula

Rebah tak berdaya

Semuanya bukan ketentuan kita

Segalanya milik

Yang Maha Esa..

Jadilah Ibu Yang Melahirkan Para Pejuang..

Jangan hanya memandang duri di tangkai mawar,
tetapi pandanglah kelopaknya yang merekah indah..

Dalam peperangan menentang Romawi, Amirul Mukminin Usman bin Affan r.a. melantik Hubaib bin Musalamah al-Fahri sebagai ketua pasukan kaum muslimin. Isteri Hubaib termasuk di dalam pasukan kaum muslimin. Romawi sudah mengisytiharkan permusuhan dengan orang-orang Islam. Sebelum berperang, beliau mengunjungi pasukannya, lalu isterinya bertanya: "Di manakah posisimu jika peperangan telah sengit dan barisan telah terpecah?". Hubaib menjawab: "Engkau akan mendapati aku di tenda pemimpin Romawi atau di syurga!".

Apabila peperangan semakin sengit kelihatanlah Hubaib bersama beberapa orang berperang dengan keberanian yang tiada tandingannya. Allah memberikan pertolongan kepada mereka dan mengalahkan orang Romawi. Hubaib bersegera menuju ke perkhemahan panglima Romawi untuk menunggu isterinya. Ketika sampai di pintu khemah, ia sangat terkejut mendapati isterinya lebih dahulu berada di dalam khemah pasukan musuh.

Sekiranya semua kaum wanita seperti isteri Hubaib, sudah tentu mereka lebih baik daripada kaum lelaki.

Tidak ada yang perlu terlalu dirisaukan dalam hidup ini selagi ada kemampuan untuk bekerja dan bergerak.

Sunday, July 19, 2009

Terimalah Ketentuan Allah..

Perbendaharaan qanaah tidak pernah kekeringan dan tidak memerlukan penjaga sepanjang masa..

Allah s.w.t berfirman..:

"Tidak suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada diri kamu kecuali telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. )Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu tidak berputus asa atas apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangkang."

(Surah Al-Hadid:22-23)

Allah s.w.t berfirman..:

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."


(Surah Al-Baqarah:216)

Ketenangan hati ketika ditimpa musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada qada' dan qadar. Apatah lagi jika si hamba mengetahui bahawa Allah Maha Lembut terhadap hambaNya dan menghendaki kemudahan untuk mereka. Dan Dia Maha Bijaksana dan Maha Tahu. Dia menyimpan di akhirat dan memberikan habuan yang cukup bagi mereka yang bersabar tanpa perhitungan. Hal ini, jika direnungkan, maka akan mengubah kesedihan menjadi kesenangan dan kebahagiaan. Namun tidak semua orang kuat bersikap seperti ini.

Langkah-langkah yang perlu diambil supaya dapat menghadapi musibah dengan baik..:

1- Cubalah khayalkan musibah yang lebih besar dan lebih buruk dari yang sedang dialami.

2- Cubalah khayalkan orang lain yang sedang ditimpa musibah yang lebih besar dari yang sedang dialami.

3- Pandanglah nikmat-nikmat yang diberi kepada anda tetapi ia diberi kepada orang lain.

4- Jangan sekali-kali anda menyerah mendepani kegagalan yang berlaku sekalipun kedatangannya berupa malapetaka.

"Maka sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan, dan sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan."
(Surah Al-Insyirah:5-6)

Cara yang paling berkesan untuk memberi kebahagiaan kepada orang lain adalah menghadiahkan senyuman yang ikhlas..
Tidak ada yang mampu menyingkapnya selain Allah..


Pancarkanlah Cahayamu, Alam Akan Gembira Keranamu..

Janganlah menyangka bahawa kesusahan akan berkekalan! Kerana jika ada sesuatu yang kekal, maka manusia akan terdampar ke dalam kebingungan.

Tataplah hidup ini dengan penuh cinta serta harapan. Hidup adalah anugerah Allah kepada makhlukNya. Justeru, terimalah hadiah dari Yang Maha Esa, ambillah dengan senang dan bangga. Sambutlah waktu pagi yang cerah dan senyuman yang indah. Sambutlah malam yang tenang dan sunyi. Sambutlah siang yang bercahaya dan bersinar. Minumlah air yang jernih sambil memuji dan bersyukur. Hiruplah udara dengan gembira dan hati senang. Hisapla harum bunga dengan bertasbih. Dan renungkanlah alam raya sambil mengambil pengajaran yang berharga darinya.

Nikmatilah anugerah apa sahaja yang ada di bumi, di kelopak mawar, di panasnya matahari dan lain-lain. Jadikan anugerah itu sebagai penyokong untuk taa
t, bersyukur dan memuji Allah. Berhati-hatilah, janganlah sampai kita diliputi oleh kedukaan, kebingungan dan keadaan yang tidak menentu kerana nikmat-nikmat ini, sehingga kita menjadi orang yang keras kepala dan bongkak. Ketahuilah bahawa Allah tidak menciptakan nikmat-nikmat ini kecuali dijadikan sebagai cara untuk menyembahNya..

Keikhlasan dan ketulusan biasanya muncul dari orang-orang yang tidak punya apa-apa, tetapi mereka tahu nilai kata-kata dan senyuman. Hakikatnya, ramai manusia yang mahu menghulur bantuan tetapi tangannya mencubit.

"Sesiapa yang takut kepada Allah, akan diberikan untuknya jalan keluar."


Sunday, July 5, 2009

Istighfarlah Wahai Insan..


-Hari Ahad-


" Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunan kepadaMu di atas setiap dosa yang telah aku ketahui lalu aku dilupakan mengenainya, atau setelah aku ingati ataupun aku lakukan dengan sengaja atau pun tersalah, dan tidak aku syaki lagi bahawa Engkau akan mempersoalkanku tentangnya, sedangkan diriku adalah gadaian di sisiMu sekalipun aku melupainya dan leka daripadanya. Maka cucurilah rahmat wahai Tuhan! Limpahkanlah kesejahteraan dan keberkatan ke atas penghulu kami Muhammad dan keluarga penghulu kami Muhammad dan ampunilah daku wahai sebaik-baik Pengampun!"

-Hari Isnin-

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunanMu atas setiap dosa kerana meleraikan ikatan yang telah Engkau ikat, ataupun aku mengikat ikatan yang telah Engkau leraikan, atau dosa yang mengharamkan kebaikan yang telah Engkau janjikan, atau pun aku mengharamkan ke atas diriku kebaikan yang akan Engkau kurniakan. Maka curahkanlah rahmat wahai Tuhan, dan sejahterakanlah serta berkatilah ke atas penghulu kami Muhammad dan ampunilah dosaku, wahai sebaik-baik Pengampun!"

-Hari Selasa-

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunanMu di atas setiap dosa yang tersembunyi daripada pandangan makhlukMu tetapi tidak di sisiMu, aku memohon kepadaMu agar mengurniakan kepadaku kekuatan untuk meninggalkannya lalu Engkau perkenankannya tetapi aku ulanginya semula lalu Engkau menutupnya. Maka curahkanlah rahmat wahai Tuhan, dan sejahterakanlah serta berkatilah ke atas penghulu kami Muhammad dan keluarga penghulu kami Muhammad dan ampunilah dosaku, wahai sebaik-baik Pengampun!"

-Hari Rabu-

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohonMu di atas setiap dosa yang mengakibatkan putus asa daripada rahmatMu dan putus harap daripada menagih keampunanMu, serta terhalang daripada dikurniakan keluasan kurniaan yang ada di sisiMu. Aku juga memohon keampunanMu di atas setiap dosa yang akan mematikan hati, yang menyalakan kesusahan, yang menyibukkan fikiran, yang meredhakan syaitan dan yang memurkakan Tuhan Yang Ar Rahman. Maka curahkanlah rahmat wahai Tuhan, dan sejahterakanlah serta berkatilah ke atas penghulu kami Muhammad dan keluarga penghulu kami Muhammad dan ampunilah dosa-dosaku, wahai sebaik-baik Pengampun!"

-Hari Khamis-

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunanMu atas setiap dosa yang mewariskan sifat lupa untuk mengingatiMu, yang mengakibatkan kelalaian daripada ancamanMu, yang menyebabkan perasaan aman daripada tipu dayaMu dan yang memutus asakan daku daripada kebaikan yang ada di sisiMu. Maka limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan keberkatan wahai Tuhan, ke atas penghulu kami Muhammad dan keluarga penghulu kami Muhammad, serta ampunilah dosaku, wahai sebaik-baik Pengampun!"

-Hari Jumaat-

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunanMu, atas segala dosa yang yang digagahi oleh badanku dari keafiatan yang Engkau kurniakan, yang dicapai oleh kudratku yang aku perolehi dengan kurniaan nikmat yang Engkau curahkan, yang dilakukan oleh tanganku dengan keluasan rezekiMu, yang aku tutupi dengan tirai TutupanMu daripada pandangan manusia, yang aku bersandar padanya ketika ketakutan terhadapMu atas keamananMu, yang aku percayai dari kemurkaanMu ke atasku padanya dengan kelembutanMu, dan yang aku berpegang atas Kemuliaan dan KeampunanMu. Maka curahkanlah rahmat wahai Tuhan, kesejahteraan dan keberkatan ke atas penghulu kami Muhamad dan keluarga penghulu kami Muhammad, serta ampunilah dosaku, wahai sebaik-baik Pengampun!"

- Hari Sabtu-

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunanMu atas segala dosa yang menyebabkan kemurkaanMu terhadapku. Aku mempunyai kewajipan ke atasMu disebabkan janji yang telah aku meterain bersamaMu, dan ikatan yang telah aku ikat bersamaMu, atau perjanjian yang telah aku berikan semata-mata keranaMu dan bukannya kerana seseorang dari kalangan makhlukMu, tetapi kemudian aku ingkarinya tanpa ada sebarang kepentingan yang melazimkan aku meninggalkannya, bahkan aku telah digelincirkan daripada janji tersebut oleh sifat sombongku dan dinodai dari menjaganya oleh perangai jahatku. Maka cucurilah rahmat wahai Tuhan. Limpahkanlah kesejahteraan dan keberkatan ke atas penghulu kami Muhammad dan keluarga penghulu kami Muhammad dan ampunilah daku, wahai sebaik-baik Pengampun!"

-Antara Istighfar Imam al Hasan al Basri-
Ditulis dan Diucapkan Oleh:

Al-Faqir Ilallah al Qawiyy
Muhammad Fuad bin Kamaludin Al Maliki..