MUTIARA KATA..


NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:

"BUKANLAH KEMULIAAN ITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN BERSEGAK, TETAPI IA ADALAH DENGAN KETENANGAN (SOPAN SANTUN) DAN MERENDAH DIRI."

-RIWAYAT AD-DAILAMI-


Permata Agama yang diredhai ALLAH..

Sunday, March 15, 2009

Pesanan Untuk Orang Cantik..


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.


Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.


Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.


Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.


Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?


Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.


Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.


Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.


Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!


Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160)

" Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan daripada yang dijumpainya"


Bila Al-Quran Mula Bersuara..

Waktu engkau masih kanak-kanak.............

kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran telivisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

Dalam bisu dan sepi....




Nak Balik Dah..

Assalamu'alaikum..

Hari ni insyaAllah last day duduk kat rumah,nak balik DQ dah.tak tau bila lagi balik rumah.dan tak tahu bila lagi akan bukak dan update blog ni.ni pun alhamdulillah dapat curi2 masa bukak..hehe..sekarang ni tengah duk pulun ngulang.pertandingan kebangsaan bertarikh 6 April 2009.dah tak lama dah tu.tapi ngulang pun tunggang langgang.doa2kan la ye untuk ana.dah terketaq ni.moga2 Allah Taala memberikan ketenangan,insyaAllah..

Barangsiapa yang tinggal di Kelantan tu atau yang berkesempatan gi Kelantan,pakat2 la ek mai saksikan pertandingan tu.tapi jangan tengok tyme ana baca.he..

Tu je la kot..Kepada semua,sama2lah kita m'jaga IMAN,iBADAH dan AKHLAK kita.

Wallahu a'lam..Siiru 'ala barokatillah..Ma'assalamah..

Wednesday, March 11, 2009

PUKUL 12???

Apa kena dengan pukul 12 tu??haa..ni nak sambung cerita ni. pagi tadi lepas ana habis melayan blog ana,ana dapat msg dari Mazian (salah seorang peserta Wilayah,tahun lepas wakil Wilayah untuk 1-15 juzu',tahun ni dia masuk 1-30 juzu' pulak.masyi betul budak ni.lebih masyi dari jozan..jangan main2..hi..) "Salam akak.hari ni akak datang tak?tadi kan kak ustazah maznah tu tanya akak datang ke tak,dia suruh akak datang jugak." ana pun terus reply,"akak datang lambat sikit kot".dipendekkan cerita,tiba2 ana dapat lagi msg dari mazian,katanya majlis penutup diawalkan pada pukul 12 tengah hari.asalnya pukul 2.30 petang.dah la masa tu dah pukul 11.55 pagi.ana pun terus la call ustzh maznah (orang jawi),ustzh kate datang jugak.ana kata la,"ustazah,ana tak keluar rumah lagi ni.ambil masa jugak nak sampai ke sana tu."lepas letak phone,terus siap2 (nasib baik dah mandi masa tu..he) keluar rumah pukul 12.25 lebih kurang.kami jalan ke KTM masa tu macam orang dah terlambat pergi kerja.jalan punyalah speed.x kesahla yang tu.mulalah pengembaraan sekali lagi.tapi kali ni xde la gelabah macam semalam.cumanya kaki kami bergerak lebih laju la,habis potong semua orang.sampai je kat KLCC,ana hantar msg kat Mazian tanya pasal majlis dah habis belum.masa tu terdengar azan zohor berkumandang.tapi mazian ni x balas2 pulak.hampir je dekat masjid as-syakirin,ana hantar msg kat ustzh maznah,ustzh kate mari sini cepat..ana pun apa lagi tambah speed la.tapi sampai2 je,ana tengok kenapa ramai para huffaz yang berpakaian jubah serba putih siap berserban ada kat koridor masjid,siap makan2 lagi.ana terus call ustzh,"ustzh,majlis dah habis ke?"ustzh kate,"a'ah..xpela.datang sini cepat.makan2 dulu."aduih..kepenatan masa tu,hanya Allah je yang tahu.xpelah.nak buat macam mana kan..kami pusing ikut jalan jauh nak masuk pintu masjid tu,boleh je nak ikut jalan dekat,tapi ramai makhluk yang bernama lelaki kat situ.pastu terserempak pulak dengan ust othman..gelak besar la ust."apa kes datang lambat ni?tu la semalam ust suruh datang awal,x nak dengar."hurmm..ust pun bawak la kami pi makan.masuk2 je kat koridor masjid tu,alamak,bertembung pulak dengan ust ihsan.memang masa tu buat muka tebal je.dengan gaya machonye,ust ihsan mengangkat kedua2 tangannye seolah2 ingin mengatakan.."ke mana korang pergi daa??" ana hanya mampu tersengih..dengan semputnye duk sengih2 pulak..lepas tu terus jumpa mak mazian,kate mak mazian,sape yang tak datang ambik hadiah,dia tak dapat.ana katela.xpe makcik,saya x kesah.lepas tu jumpa pulak dengan ustzh maznah,ustzh suruh makan dulu.ustzh kate,"haa..minggu ni dah start kelas tahsin ye.."urm,paham2..

>>kakak ana dah mengomel la.dia nak guna pulak laptop ni.mane x nye,dah lama duk depan ni.penat la jugak.nak makan pulak..he..jumpa lagi..=>

TIADA TANDINGAN!!!

Jangan salah paham pulak dengan tajuk nie..urm,tengah hari ni nak pegi masjid asy-syakirin balik..sepatutnye pagi ni sambung lagi pertandingan,semalam x abis..tapi xpe le maleh nak p pagi2,p petang sikit la waktu penutup..hurm..maksudnye tiada tandingan nie..bukannye apa,semalam tyme ana sampai2 je dalam pukul 9 lebih,ana tengok kat senarai nama untuk kategori 1-15 juzu',ana seorang je banat..???adeyh..ni maknanye bertanding sorang2 le..aisey..tapi orang kate tu rezeki la namenye,.alhamdulillah..nak jugak suh kte masuk kebangsaan..isk3..tapi bile tanya balik urusetia,kenape ana sorang je ni??x syok la..pastu depa kate,ana sorang je yang layak p ke peringkat akhir lepas tapisan dari pertandingan saringan hari tu..fuh..(ana sorang je??mane hafizah2 yang lain??err..hurmm..)memang ada niat nak tarik diri sebelum tu,mana x nye,persediaan entah ke mana,main sedap2 tawakal je..salah gune konsep tawakal tu..isy3..anok sapo la tu..huhu..tapi mak tetap bagi semangat..huh.semua mak nak anak dy berjaya kan..emm..meh nak cerita sikit pengalaman buat persediaan n masuk bertanding macam mana...

>>>urm..malam sebelum hari bertanding tu,kepala dah mula pening2,ye la kan,bukak m/s ni x kena,bukak m/s tu x kena..haa..tyme ni la baru nak gelabah..ada 3 juzu' lagi x ngulang..lagi2 juzu' 14,merangkak2,kalah baby baru blaja merangkak..he..teruk betul..(amaran:jangan ikut apa yang tak baik tau..) mak pun berleter la.. "tu la hang,.mak dah agak dah,la ni mula la pening la,nak muntah la,sakit kepala la..sapa suruh x ngulang awai2??lain kali dengaq cakap mak,patutnya dah struggle dari awal lagi!!"hua3.. p jugak la telan panadol acti fast 2 biji..bila dah start pening tu,ngulang apa pun x masuk..hoho..tidur memanjang hari tu..opss..malam tu tidur dalam pukul satu sambil mendakap al-quran..alhamdulillah..hebat betul kan..pagi tu,kebetulan masa tu terbangun lambat pulak..tindakan pun apa lagi,express tahap mega la..lepas solat,siap3..ana n kakak ana then bergegas ke stesen komuter dalam pukul 7 lbh r.sampai2 sana,tren baru berlepas..aduih..xpe2..lepas beli tiket,duk kat kerusi,ngulang jap juzu' 15..satg ntah2 kene tebuk surah kahfi kang, ternganga pulak..kui3..kakak ana yang sorang ni x abih2 ingatkan ana,ngulang2!!jangan sibuk duk buat benda lain..bagus2..ada yang mengingatkan..bila masuk dalam tren pun kakak kate,"cepat2 ngulang!"orait2..huu..mase tu x fikir dah,biar la orang nak pandang ke apa ke..moral:jangan ngulang last2 minute..huhu..k2,sambung lagi..sampai kat KL Sentral,beratur bukan main panjang..pastu ramai pulak orang duk tunggu kat bawah,guard tu tahan,x bagi lagi naik escalator..duk tunggu la sambil mulut terkumat-kamit..teror la konon..bila naik LRT pun,x habis2 lagi ngulang..sekejap2 tu,ana minta tolong kakak ana tebukkan..habis berlubang ana..gerudi,paku,skru,abis semua dia guna..kwang3..biar la..dipendekkan cerita..sampai je kat KLCC,tengah2 jalan,tiba2 terserempak dengan Jozan [bukan nama sebenar..he.,](kalau x silap dy kot,maap la x berapa nak cam sangat..err),tapi buat dek je la,takut salah orang..tapi kalau betul pun,xkan nak tegur kot..haha..betul3..dah2..lepas tu kami pun jalan2 keluar klcc pi masjid as-syakirin..sampai2 terus register,tengok2 giliran no 13,waktu petang..adeyh..lambat lagi rupanya..terketaq2 dibuatnye..ana awal2 dah cakap kat kakak ana,tengok la nanti,kalau dapat soalan juzu'12,13,14...duk tersengih je la depan hakim nanti..hua3..yang best tu,ana tengok kakak ana yang ketaq lebih,tangan dia bukan main sejuk..tapi memang r diakui dewan dy tu sejuk bangat,sampai kena keluar masuk pi toilet 2,3 kali sejam.haha..ana cari2 jugak,kot2 ada peserta yang ana kenal..student dq banat,ana sorang je.pulak tu peserta tunggal 1-15 juzu' wanita...lawak betul la..ana x bagitau orang lagi ni..so,siapa2 yang baca kat blog ni,dy tau r..huhu..yang student dq banin,ana x pasti ada ke x,x kenal belaka..sori maa..tengah2 dengar orang bertanding,kita kena cari ketenangan..huu..tapi la kan,kesimpulan yang ana boleh buat, kebanyakan yang masuk 1-5 juzu' ni baca x berapa lancar la..kenapa ye??emm,koreksi diri balik..hurmm..sampai la waktu makan tengah hari,x lalu nak makan tuh..makan sikit je,.tapi tengah2 nak amik makanan tu,ada la seorang hamba Allah ni menyekat perjalanan ana menuju ke tempat ambil makanan..tiba2 dia memulakan kalam,"enti dari daru qu'e ko?"terkezut ana..mamat klate mano la pulok ni??hak3..malas nak cerita bab tu..lepas makan,naik atas terus tempat solat,wudu' dah ada masa tu,alhamdulillah..ngulang2 sat,pastu solat..pas solat,amik quran ngaji lagi sampai pukul 2.30,baru turun kat dewan..masa tu jantung macam nak tercabut je..hanya Allah je yang tahu..lepas tu,tiba la giliran ana.jeng3.......tuuut...(kalau nak tahu,tanya sendiri empunya diri..he..segan la nak cerita..)hihi..apa yang ana boleh cerita,hakim fatih,hakim munabbih,penjaga masa,n pengerusi majlis semua tersengih kat ana..malu tuh..(ada la makna tu..hihi)lepas abis tu,duk tempat asal,terus hantar msg kat u.othman (hakim yang bagi markah,dia tengah duk kat dalam bilik khas)..ana pun taip la msg..."Salam ust.ana siti aishah jauhara ni.nak tanya,lepas ni ust nak balik rumah ke?rumah ust kat taman universiti kan?"..x lame pulak lepas tu,dapat msg dari ust,"maaf.ana nak kena balik pej bukit aman.stesyen komuter ana blh hntr"..huhu..xde..rumah ust ni dekat dengan rumah ana,ingatkan nak tumpang empat kaki,jimat sikit duit dan tenaga..he..lepas habis majlis dalam pukul 4,pi makan kuih sat,tiba2 ust pun mai datang jumpa ana..soalan first sekali ust tanya,"macam mana??awat tersangkut2 ni??"err,,terkaku sebentar..huhu..sengih je la..tak tau nak buat apa daa..last2 ust bagi tumpang,ust hantar kat masjid negara.dalam kereta ust,ada sorang ust ni dia tumpang jugak,namanya u.ihsan..imam masjid negara..ana sempat la tanya ust tu.."ust,ust kenal x ust saiful azhar?"x sempat ana nak explain,tiba2 dia jawab,"ada..kenapa?minat kat dia?"adeyh..ke situ pulak ust ni..huhu..pastu,ana cakap la.."xde la.dulu dia tu ust ana.."ermm..sambil2 tu sempat la kami sembang2 dengan ust2 tu..ust ada cerita cara pertandingan hafazan untuk tahun depan,konsep akan ditukar sikit..huu..mm,.solat asar kat masjid negara,then pi stesen komuter sendiri.turun je dari kereta u.othman,dapat missed call dari u.zaki..ah sudah..sure nak tanya pasal pertandingan ni..nasib baik x sedar masa ust call tu.kalau x,nahas..ingatkan dah terlepas..tiba2 dapat call dari u.dasuki pulak..mm,angkat je la..ust tanya,"ada kat mana tu??" pastu,ana jawab la "ada kat masjid negara ust."pastu ust tanya buat apa pi masjid negara?""solat asar ust"..ust kata,"aii..tengah solat bercakap ke??"ust ni laa.."tengah berjalan la ust.."....k,tamat bab tu..pas solat,sempat la amik gambar sikit2..pastu terus naik tren KL ke UKM..sampai je rumah,tengok2 kat depan pintu,ada terselit bunga plastik..main2 betul la abang ana ni..masuk2 je rumah,kakak ana dah syok bercerita..aikk..dia pulak yang lebih2..tapi xpe..ana dah paham perangai dia..kalau balik je,ada je cerita dia..cerita dengan penuh bersemangat pulak tuh..huhu..malam tu,ana terus menghadap laptop..mane x nye,sebelum bertanding,mak mengHARAMkan ana menghampiri laptop..!!huu..xpe2,,ada hikmah disebaliknye..emmm..habis cerita..urm,nak pi bersiap pulak ni..nak pi masjid as-syakirin le..si eikhwan (satu2nya anak saudara) ni pun dah mengacau ana dari td..
k la..tunggu keputusannya petang ni..hehehehe..k,wasalam..arigato!

Friday, March 6, 2009

TANDA HATI KITA MATI


1. Mengaku kenal Allah swt tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw tetapi mengabaikan sunnah baginda

3. Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum didalamnya

4. Memakan nikmat-nikmat Allah tetapi tidak mensyukuri atas pemberianNya

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatnya

7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

MARI KITA RENUNG BERSAMA....


Petaka Kegelapan Maksiat..


Sekali, apabila jadi blackout, semua orang jadi kelam kabut dan gelabah. Kalau jadi pada waktu perdana, maka tersangkut dan tergendalalah banyak urusan lebih-lebih lagi yang melibatkan mesin dan teknologi tinggi. Syarikat-syarikat besar mengeluh kerugian berjuta-juta ringgit. Kalau berlaku pada sebelah malam pula, alamat bergelap-gelitalah keluarga. Anak-anak kecil menangis kelemasan dan ketakutan. Hati menjadi rimas khasnya bagi orang yang siang malamnya sudah terbiasa dan tidak pernah lekang dengan lampu dan cahaya. Kerana perlukan cahaya juga, maka lilin dan ‘lampu simpan cahaya’ diusaha dapatkan segera sebagai alternatif sementara menanti tenaga eletrik dipulihkan semula. Lilin pun lilinlah, asalkan dapat sedikit cahaya.

Begitulah sifat manusia yang tersangat perlu dan berhajatkan kepada cahaya. Keperluan mereka pada cahaya hidayah, cahaya keimanan, cahaya ilmu dan kebenaran sebenarnya berjuta kali ganda lebih-lebih lagi amat diperlukan.

Jikalau cahaya-cahaya atau ‘Nur’ ini tidak ada, alamat gelap-gelitalah ‘kerajaan’ rohaniah dan batiniahnya. Walaupun cahaya mentari menyimbah terang ke serata ceruk dan ruang muka bumi ini, namun ia masih tersesat dan terkandas kerana Nur hatinya sudah terpadam. Walaupun cahaya neon dan kalimantang di rumah dan di jalanan menyinar dan membias indah, namun ia tetap terjebak ke dalam dosa dan mungkar kerana Nur di hatinya yang telah suram dan beransur kelam.

Kegelapan Hati Bawa Petaka
Kegelapan di dalam hati manusia itu sememangnya satu hakikat yang benar-benar dapat dirasai. Ia tidak ubah sepertimana kita merasakan kegelapan malam yang mulai melabuhkan tirainya. Kala itu, kalau dilihat dari sudut ‘pemandangannya’, kegelapan hati seolah-olah sama seperti kegelapan fizikal. Saling tidak tumpah.

Ketaatan adalah cahaya sementara, kemaksiatan adalah kegelapan. Bilamana kegelapan di dalam diri yakni ‘hati’ semakin bertambah pekat, maka kebingungan manusia juga akan semakin bertambah hingga akhirnya membawa kepada segala macam petaka dan bencana kepada agama tanpa disedarinya. Apakah petaka itu? Itulah perkara-perkara bidaah, kesesatan, jenayah dan penyakit sosial.

Manusia yang gelap hatinya ditambah pula dengan ‘Jumu-dul ain’ (mata yang pasif dan kaku) bagaikan si buta yang berjalan keseorangan di tengah kegelapan malam. Bahkan pernah disebutkan bahawa kegelapan hati akan menjadi semakin kuat dan menebal sehingga ia naik ke mata, kemudian menjalar ke muka, dan sehinggalah mukanya jelas kelihatan muram dan kusam pada pandangan orang lain.

Sama-sama kita renungkan kata-kata Ibnu Abbas r.a. berikut: “Kebaikan menyebabkan sinaran putih di wajah, cahaya di dalam hati, keluasan dan kelapangan di dalam rezeki, kekuatan pada badan dan kecintaan di dalam hati orang lain. Sementara kejahatan dan kederhakaan menyebabkan kehitaman pada wajah, kegelapan di dalam hati, kelemahan pada badan, kekurangan pada rezeki dan kebencian di dalam hati orang lain.”